HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Talian Hayat [QS 2:25]


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera. ^^

Awak, kenapa menangis ni? Awak tengah sedih? Kenapa awak sedih? Ingatlah ini.. "La tahzan~ Inallaha ma'ana.." (Jangan bersedih~ Sesungguhnya Allah bersama kita.) Kemana sahaja kita melangkah, walaupun kita berjalan berseorangan, jangan sekali-kali lupa yang Allah sentiasa bersama kita. Allah sayang kita. Subhanallah.. ^^ Nah saya bagi nombor talian hayat.. Dial sahaja bila-bila masa. Nombornya, [QS 2:25]. Macam mana nak dial? Haa.. Senang je.. Kalau awak rasa sedih, awak berwuduk, buka al-Quran/tafsir dan mari kita cari ayat ke 25 dalam surah kedua al-Quran, surah al-Baqarah. Bacalah dan hayati.. In Sha Allah kelak kesedihan awak akan hilang bila dipujuk dengan ayat dari Allah yang sangat indah ini. Masha Allah. :')
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." - (QS Al-Baqarah 2:25)
Allah sentiasa punya cara untuk memujuk kita. Janji Allah buat hambaNya yang beriman semuanya manis belaka dan boleh buat kita senyum lebar bila teringatkan keindahannya. Ya Allah.. Seronoknya kalau dapat masuk syurga. Mari patuh dan beriman kepadaNya. Persetankan kesedihan duniawi yang awak alami. Itu semua fana. Ada yang lebih indah menanti, yang kekal abadi- syurga hakiki. In Sha Allah. =) Janji Allah adalah kepastian, dah nikmat syurga adalah indah~ Wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020