HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Laksana Bunga Jatuh Ke Katil.

Assalamualaikum warahmatullah..

Tahu tak macamana rasa bila penat? "Laksana Bunga Jatuh Ke Katil"
Macamtu lah saya punya penat.. Allahu Allah.. :|
*pembayangan yang agak pelik dan mengarut*

=__________________________________="


Belakangan ini, terlalu sibuk sangat dengan komitmen sebagai seorang pelajar. Ya.. Hujung semester ketiga si Qish dan rakan-rakan di Unisel sangat menyesakkan. Penat tapinya itulah tanggungjawab. Jadual sentiasa padat tapinya semoga ia membawa hasil yang berbaloi.

Obviously, saya memang sampai tahap tiada masa yang boleh saya curi untuk diberi buat blog ni. Minggu depan adalah kemuncak. Final exam yang terakhir buat pelajar TESL di UNISEL. Semoga Allah permudahkan segalanya buat kami semua. In Sha Allah..

Kami sangat-sangat sibuk dengan classes yang makin padat hari demi hari, persediaan untuk pementasan role play kami, mid term test dan quizzes dan sempat juga curi masa untuk mengendalikan program Sekolah Sahabat Unisel 2012. Cuba untuk bergiat aktif selepas kali pertama join Konvoi Ramadhan Unisel waktu mula-mula bergelar student dulu. Hihi! Part paling best & hectic ialah pementasan besar Nanny McPhee (assignment major untuk Literature subject). Kami rehearsal siang malam & all out untuk benda ni. Alhamdulillah segalanya sudah berakhir semalam.. Sekarang tugas Qish, tumpukan perhatian untuk final exam 7 & 8 Mei nanti. Bila dah selamat semuanya, baru lah akan ku update dengan membuak buak. Hiwhiw. *takut janji melayu je lebih* lantak ah kalau time tu cerita dah basi pun..

Apapun, Qish mohon doa tulus buat kawan2 yang datang menengok ke sini. Doakan kejayaan Qish dan kawan-kawan dalam exam yang bakal menjelma. Doakan moga segalanya dipermudahkan buat kami. *kalau anda sudi* Lepas ini pun mungkin Qish tak update buat beberapa ketika sampai selesai semuanya.. *haa kan dah cakap haha!*

Akhir sekali, terima kasih buat yang sudi menjenguk blog yang suam suam kuku ni. Dah lah tuan dia macam biskut yang perangainya kejap update kejap tidak.. Haha.  Thanks again! :)


How Special Is A Muslimah?


Ya Allah, please surround her with those whom you love in this life and hereafter. Make her kind, humble, patient, grateful and one who remembers you often. Ya Allah, let her be loved by people wherever she goes and make her one who loves and upholds the sunnah. Ya Allah, make her amongst those who love the Quran and who love to pray. Ya Allah, keep her close to you always and let her stay as one who weeps at night upon your remembrance.




Tabarruj Tak Kita?


Assalamualaikum warahmatullah..

Dulu kann Qish ni si gadis pelik. Ya.. Memang agak pelik sedikit bila mana dia suka sangat mencuba sesuatu yang baru dan unik. Fesyen dia membuatkan dia selalu digelar pelik oleh kawan-kawannya. Oh yaa.. Itu zaman kejahilan lampau. Waktu tak bertudung, apa saja gaya yang dia tak pernah cuba? Nauzubillahi minzalik. Tak mahu dah kembali ke zaman jahil. Bila masa baru bertudung ini pun dan baru nak menyesuaikan diri, Qish tak nafikan yang Qish serba sedikit terpengaruh dengan imej yang dibawa oleh arus trend. Qish bertudung tapi tak betul-betul menutup aurat. Qish bertudung dengan lebih mementingkan gaya yang dibawa dan bukan bertudung dengan menjaga aurat yang ada. Wahai kaum hawa, itulah "Tabarruj".. Ramai orang yang tidak sedar akan perilaku atau gaya mereka yang mungkin boleh membawa kepada tabarruj iaitu cara kaum wanita berpakaian atau berhias berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian, WALAUPUN WANITA ITU DIKATAKAN MENUTUP AURAT. Qish sedar yang diri sendiri adalah salah seorang daripada kaum hawa yang bertabarruj. Ya saya..

Hmm. Dari beberapa artikel yang Qish baca mengenai tabarruj ni, pokok pangkal yang menjadi penentu sama ada cara kita berpakaian itu tabarruj atau tidak ialah MENARIK PERHATIAN vs. TIDAK MENARIK PERHATIAN. Kalau bab yang menutup aurat itu pula tak terletak pada hukum tabarruj kerana aurat sendiri pun ada hukumnya yang begitu jelas. Kalau soal aurat, ia tetap wajib ditutup walaupun ia boleh menarik perhatian atau tidak. Tetapi pada soal tabarruj ini, ia adalah berkenaan berlebih-lebihan dalam berhias. Dan yang pasti, tabarruj buat wanita yang menutup aurat dengan sempurna mahupun tidak menutup aurat adalah sama haramnya di sisi Islam. Wallahualam. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur Ayat 31 menyebut;-
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Astaghfirullah al azim. Malunya dengan Allah. Kesimpulannya kawan kawan, ayuh kit berubahlah serba sedikit demi untuk mencapai husnul khaatimah  buat diri kita sekalian umat hawaNya di akhirat kelak. Tutuplah aurat dan peliharalah diri anda daripada menjadi bahan tontonan di pandangan mata-mata kaum adam yang meliar mencari mangsanya. Kalau kita semua tutup aurat dengan sempurna, In Sha Allah anda lebih selamat dalam serba serbi. Selamat di dunia dari ancaman syaitan bertopengkan manusia dan lebih selamat di akhirat dengan bekalan saham yang kita bawa. Ayuh jauhkan diri kita dari perilaku yang boleh membawa kepada kemurkaanNya. Jadi tutuplah aurat dengan betul. Tapi macam mana caranya? In Sha Allah mudah saja.. 

1) Elakkan tutup aurat begini (seperti dalam gambar di bawah). Jangan kata kita tak bersedia, tak cukup baik untuk berubah atau takda pakaian yang sesuai. Kalau betul-betul berniat baik untuk berubah, Allah akan permudahkan In Sha Allah. (Tekan gambar untuk tengok lebih jelas.)


2) Seterusnya, tutup aurat dengan betul sebetulnya dan sempurna. Macam mana tuu? Hmm. Bermula dari bahagian kepala, tudung mestilah tak jarang, tak nipis, dan labuhkan sehingga menutupi dada anda. Lepastu tang baju mesti lengan panjang biar nampak tapak tangan je, baju mesti longgar, tak jarang dan tak nipis macam tudung. Tak ketat hingga nampak susuk tubuh awak yang tak patut orang ajnabi nampak tuu. Kalau boleh, yang dipakai dengan seluar tu biar labuh hingga tutup punggung. Seluar atau kain yang awak nak pakai pun biarlah labuh sampai ke buku lali. Tapinya jangan pula ketat, jarang atau nipis juga hingga nampak kaki awak tuu. Tang kaki mestilah bersarung kaki atau pakai stokin. Kasi cover seluruh tubuh badan yakni aurat anda kecuali muka dan tapak tangan yang bukan aurat tu. Tang tangan pun eloklah dipakai sarung tangan/handsocks sebagai penyelamat. Kot lah kalau lengan baju terselak aurat awak takda lah nampak kann. Pendek kata rupanya begini. Sedap sangat mata memandang. Masha Allah..


3) Lepastu, yang paling penting sekali bila dah menutup aurat, perbetulkan ibadah anda. Tak susah pun nak solat lima waktu.. 2-4-4-3-4. Bukan Allah minta masa lama untuk diluangkan bersujud kepadanya. Cuma tak sampai 10 minit untuk satu waktu solat. Payah sangat ke? Kalau jaga solat, terjagalah iman kita. Nak buat jahat pun takut. Jaga ibadah kita elok-elok. BIla dah sempurna, lakukan yang sunat. Lagilah pahala berganda. In Sha Allah. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar..


Cara di atas saya rancang dan cuba praktikkan pada diri saya dan saya rasa wajib saya kongsikan dengan kawan-kawan semua juga. Takda alasan untuk kita katakan tidak untuk perkara yang wajib kita buat ni. Walaupun kita sekarang tak bertudung atau menutup aurat dengan sempurna, belum terlambat lagi kalau kita nak berubah. Kembalilah ke pangkal jalan secepat mungkin dan istiqamah agar Allah redha dengan kita. Entry ini saya nukilkan sebagai perkongsian buat semua. Saya sendiri masih memperbetulkan diri saya dan sedang belajar lebih lagi untuk menjadi gadis solehah yang berharap untuk sentiasa diredhaiNya. Saya juga sedang berusaha nak mengajak adik-adik dan keluarga saya sendiri. Hakikatnya memang bukan mudah tetapi tanpa usaha, kemahuan kita takkan dapat berturut. In Sha Allah kita akan sentiasa dalam lindungannya. 

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020