HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Jaga Diri, Jaga Hati.


Bismillahirahmannirrahim~
Assalamualaikum warahmatullah/Salam sejahtera.. ^^

Selingkar kisah yang ingin dikongsi, cuma buat renungan para saudari yang dirahmati Allah.. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Cuma secebis rekaan yang sangat banyak bersangkut paut dengan dunia realiti. Kita semua para muslimah, sang bunga yang fitrahnya menjadi dambaan para jejaka. Sebagai sekuntum bunga, perisaikanlah diri supaya menjadi Mawar Agama yang jauh lebih berharga. Jadi lah ibarat sekuntum mawar yang penuh dengan duri berceracakan yang tidak memandang dan tidak dipandang. Tampak kita mungkin bisa menarik hati tapi kalau si kumbang sebarangan mahu menyentuh, duri tajam kita akan menusuk dan melukakan mereka.. 


*Credit gambar; FB Lukisan Dakwah Islam*

Mari pasang 'perisai' Mawar Agama kita! Jangan kata tidak boleh! Kita semua mungkin punya sejarah tetapi sejarah itu hanya sebuah kisah lampau. Hiduplah untuk masa hadapan dan mari buka buku baru demi kebaikan kita semua.. Yang kita nak cari, redha Allah. Ingat! Redha Allah dan bukan redha manusia~ Hihi. Dah terlebih celoteh pula. Hmmm. Begini kisah pendeknya.....
Saya bercakap dengan seorang sahabat dan cuba meyakinkannya, menyuruh dia melupakan teman lelakinya. Dia membentak dan berkata, "Hentikan! Awak cuma cemburu dengan saya!" Muka saya merah padam kerana tidak percaya dengan apa yang baru dia katakan kepada saya sebentar tadi. 
Saya tunduk, terdiam seketika mencari akal. Selepas itu, saya menjawab, "Ya.. Memang awak betul! Saya cemburu.." Saya cemburu dengan hati saya, saya tak mahu hati saya berdetik untuk cinta yang Allah tidak redhai. Saya cemburu dengan perasaan saya, saya tak mahu kongsi perasaan saya dengan lelaki sebarangan selain bakal suami saya. Saya cemburu dengan mata saya, saya tak mahu mata saya menatap seseorang yang bukan milik saya dan saya tak mahu air mata saya menitis kerana sesuatu selain daripada ketakutan saya terhadap Allah.. Saya cemburu dengan telinga saya, saya tak mahu telinga saya mendengar kata-kata cinta yang manis dari siapapun kecuali dari si dia yang diciptakan untuk saya. Saya cemburu dengan bibir saya, saya tak mahu bibir saya berbisik apa-apa kata cinta kecuali buat yang Halal bagi saya. Saya cemburu dengan tangan saya, saya tak mahu tangan saya disentuh oleh sebarangan lelaki melainkan jika dia berhak ke atas saya. Saya cemburu dengan kaki saya, saya tak mahu kaki saya berjalan di sebarangan jalan kecuali di jalan yang diredhai Allah. Dan akhir sekali, saya cemburu dengan bakal suami saya. Saya harap yang hati dia akan terpelihara untuk saya sebagaimana saya memelihara hati saya untuk dia.. :')
Selepas saya habis bercakap, saya lihat air matanya bergenang dan sahabat saya itu menangis teresak-esak. Moga air matanya itu menyimbah keinsafan dalam hatinya dan moga kami sama-sama cuba terus istiqamah untuk menjaga hati kami. In Sha Allah~
Okay.. Begitu saja kisahnya. Pendek je~ Haa. Tapi macam mendalam kan maksud dia. Saya tahu saya membebel je lebih dalam entri ni sebabtu jadi macam panjang pulak. -__- Apapun, pendapat saya sendiri, memang susah nak jaga hati ni sebenarnya. Saya akui memang sangat susah lebih lebih lagi bila dah ada laman sosial, dengan penggunaan internet secara meluas ni kan. Kalau bagi diri saya sendiri, saya pun pernah terjebak dan susah untuk saya melepaskan diri. Bila dah dapat lepaskan diri, In Sha Allah lebih mudah jalannya. Biasanya, benda baik Allah selalu permudahkan. Ye tak? ^^ Pokok pangkalnya, tumpukan diri atau sibukkan diri dengan amal serta perkara yang lebih bermanfaat seperti menuntut ilmu dan lain-lain. Jangan risau bab jodoh ni.. Ramai yang takut jodoh tak datang kalau tak dicari yaa? Haaa. Benda yang Allah larang kita sibuk nak buat, tapi benda yang Allah dah janjikan kita lupa. Lupakah kamu pesan-pesan Allah dalam al-Quran?

Pesanan 1, jangan bercouple/bercinta sebelum nikah!
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." - [Al-Israa' 17:32]
Pesanan 2, semua orang ada pasangan masing-masing dengan izin Allah.
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." - [Yaasin 36:36]
Pesanan 3, jadilah yang baik maka kamu akan dapat yang baik.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." - [An-Nuur 24:26]
Tuntasnya, kalau kita nak yang terbaik dalam hidup kita, kita kena jadi baik dan buat yang baik. Benda baik yang kita buat pun bukan untuk sesiapa tapi untuk kebaikan diri kita juga. Fikir ikut logik je senang~ What goes around, comes around. And the same thing like 'What goes positive comes positive.' Betul tak? Huhu. Ingatlah, janji Allah adalah kepastian, dan nikmat syurga adalah indah~ Ayuh bangkit wahai bunga, dan jadilah Mawar Agama yang penuh duri! Wallahua'lam, salam sayang dari Qish buat saudari Mawar Agama sekalian.

Kematian.


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/Salam Sejahtera.

'Kematian; al-Maut'
*Pusara Allahyarham Ayahanda Badaruddin b. Ghazali*

Mati adalah bila roh dipisahkan dari jasad, dimana malaikat Izrail mendampingi manusia dan menjalankan tugasnya mencabut roh/nyawa dari badan manusia tersebut apabila mendapat perintah dari Allah SWT. Tiada siapa mengetahui bilanya akan tiba saat kematian itu baik untuk dirinya sendiri mahupun orang lain. Hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan bila saat tibanya ajal kita seawal dari kita di dalam rahim kandungan ibu lagi dan hanya Allah SWT jualah berkuasa mengubahnya jika Dia berkehendakan yang demikian.

Bila dah tersurat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui takdir hidup kita ini, maka kita manusia makhluk ciptaanNya hanya mampu menunggu bila tibanya giliran kita. Semua makhluk Allah SWT termasuk haiwan pun akan melalui saat kematian itu dan mati itu bila-bila masa sahaja boleh datang menjemput dengan izin Allah SWT. Yang pasti, kita manusia wajib untuk sentiasa mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi kematian. Siapkanlah diri kita dengan sebanyak-banyaknya bekalan ilmu, iman, amal dan taqwa kita kepada Allah SWT supaya bekalan tersebut boleh menyelamatkan kita di alam kubur dan di hari akhirat kelak. :)

Kematian datang tak semestinya ketika kita sedang terlantar sakit. Senang cerita, waktu makan boleh mati, waktu kahwin boleh mati, waktu ketawa boleh mati dan bila-bila masa sahaja. Ada yang mati dalam tidur dan waktu sedang bersolat juga. Tidakkah anda gerun bila kematian tiba-tiba datang menjemput dalam keadaan anda langsung tidak bersedia? Sebab itulah kita disuruh sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. Hidup kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini tidak lebih dari ujian semata-mata dan fitrah kita sebagai hamba adalah untuk mematuhi perintah Allah SWT serta menjauhkan diri dari laranganNya.

Ajal datang bila-bila masa tak kira usia. Tidak kisahlah sama ada umur kita baru sehari atas dunia ini ataupun sudah 100 tahun panjangnya usia hayat kita. Oleh itu, marilah sentiasa menganjurkan diri ke arah kebaikan, jauhi segala kemungkaran dan apabila hati terlintas untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, muhasabah diri dan renungkan tentang kematian. Takutnya kalau-kalau ajal kita datang waktu tengah buat dosa dan tak sempat bertaubat. Ish. Nauzubillah.. T_T
"Lahir, satu tarikh tidak dapat dipinta.Mati, satu tarikh tidak dapat ditunda."

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." - [QS 63:11]

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;.." (QS 56:60]
Rasa gerun bila bercakap fasal mati ni. Moga Allah panjangkan usia saya dan beri saya kesempatan untuk saya betulkan apa yang salah dalam diri saya dan berbakti buat keluarga dahulu. Terpanggil nak bercakap serba sedikit tentang kematian lepas bermula pembacaan siri buku milik Arwah Papa bertajuk "Panggilan Kubur & Alam Akhirat" yang merupakan saringan dari Kitab "Al-Tazkirah Fi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al-Akhirah" tulisan Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah. In Sha Allah kalau dah habis baca nanti dan ada masa kita cuba kongsikan disini. Moga kita peroleh manfaat darinya. Apa yang saya tulis adalah bukan dari hasil pembacaan buku tersebut (tak khatamkan lagi) dan cuma buah kata sendiri di samping dalil-dalil Quran tentang kematian serta dari rujukan dari beberapa sumber. Apapun, yang baik semuanya dari Allah, saya hanya menyampaikan dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. Wallahua'lam. ^^
Inalillahi wa'ina ilaihi rajiuun~  



 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020