HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Syukur Nikmat, Syukur Ujian.


Bila Allah beri nikmat, kita suka serta teruja
Ada yang bersyukur dan ada yang alpa
Pada yang syukur, dia raikan dengan iman
Bagi yang alpa, dia rasa dunia ini ibarat 'ana yang punyaa~'
Macam mana tu? Faham faham jelah..

Siapa tak suka dengan nikmat? Semua orang suka

Bila dapat nikmat, rasa seronok sangat
Kalau boleh mahu lagi dan lagi. Kan?

Bagaimana pula dengan dugaan?

Saat di mana turunnya seseorang
Di mana roda berputar ke sisi bawah dari atas
Dengan jadinya untuk melengkapi fitrah

Kadangkala, Allah uji dengan dugaan yang menduga
Tapi, baru Allah cuit sikit saja, mulalah rasa jatuh moralnya.
Padahal baru sikit je Allah bagi.. Sikitt je~
Mungkin kerana jadi lupa akan fitrah turun naik itu

Janganlah kata kamu tak pernah lupa

Boleh jadi ada juga sekali dua, kerana kita bukan maksum
Ingatlah yang kedua-dua nikmat dan dugaan adalah ujian

Saya pun selalu masuk dalam kalangan yang alpa

Yang selalu tak bersyukur dan mengharap lebih
Yang selalu mengeluh dan mempersoal bila dicuit

Dan bila termuhasabah, rasa malu sendiri

Tersedar yang tak banyak titik syukur dalam hati ini.
Astaghfirullah al azim.. T_T

Makanya, saya ingin ingatkan diri sendiri di sini..

"Anugerah nikmat, teruslah kita syukuri,anugerah dugaan juga, biar kita syukuri.."
Buatlah apa yang patut.. Biar Allah nampak dedikasi kita. Biar Allah nampak cekalnya kita. Biar kita buktikan yang kita ini hamba yang taat dan patuh. Biar kita tidak dipandang sebagai hamba yang lemah dan tidak bersyukur.. Allah itu dekat, maka janganlah kita menjauh. Kata tawakkal, kata beriman, kata punya akidah. Jadi, tunjukkan yang sepatutnya dengan syukur. Erti syukur itu meluas. Dengan al-Khaliq, syukuri dengan iman yakni patuh segala yang Dia suruh dan tinggal apa yang dilarang. Mudah sahaja bunyinya kan? Tapi sukar nak laksanakan kerana tetap ada ranjau bila atas dunia ini. huhuk. Moga Allah terus beri kekuatan kepada semua kita makhluk ciptaanNya untuk kekal patuh dan taat terhadapNya.. Aamiin ya Rabb..

P/s: Mohon baca sambil dengar nasyid Setanggi Syurga - InTeam. Wiwiwiii. :b



 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020