HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Selamat Jalan 2014...



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..

Terlebih dahulu, selawat dan salam dipanjatkan buat junjungan besar Rasulullah saw.
Moga ada syafaat dari Baginda buat kita di akhirat kelak, In Sha Allah..

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Sebagai ingatan dan perkongsian, Baginda pernah bersabda, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku di pagi hari 10 kali dan di petang hari 10 kali, maka dia akan mendapatkan syafaatku di hari kiamat.” - (HR. Tabrani) Wallahua'lam.

Memulai entri ini.. Kini kita berada di muka surat ke 365 dari 365 lembaran hari bagi tahun 2014 yang penuh dengan cerita suka duka dan kenangan pahit manis. Alhamdulillah ala kulli hal.. Syukur ke hadrat Illahi atas nafas yang dipinjamkanNya hingga ke saat Qish menaip entri ini. Masih belum pasti sampai bila akan terus bernafas di bumi Allah ini. Entah sempat entahkan tidak nak menjengah ke tahun baru 2015. Apapun, semoga terus dipanjangkan usia serta diberi kesempatan oleh Allah untuk terus memperbaiki diri dan amalan sang pendosa ini sebelum dijemput oleh Al-Khaliq. Sungguh sampai bila pun tidak akan bersedia lantaran dosa diri yang bergunung tinggi. Moga diampunkan segalanya -- dosa saya, dosa para kesayangan saya serta dosa awak yang membaca juga. Doa tulus dipanjatkan, semoga dipermudahkan segala urusan kita, semakin bertambah cinta dalam hati kita kepada Rabbul Izzati & ditingkatkan keimanan kita semua kepada Dia, Aamiin Aamiin ya Rabb.. In Sha Allah.


Mengimbau semula susur masa perjalanan hidup sepanjang tahun 2014 dari awal Januari yang lalu hingga ke penghujungnya iaitu hari ini, hari terakhir bagi tahun 2014. Lembaran demi lembaran kita isi setiap hari dengan kisah tersendiri yang penuh warna warni.. Ada hari kita bersuka dan gembira, ada hari kita diuji namun kita tabah, ada hari kita sakit kemudian Allah sembuhkan, ada hari kita jatuh tapi bangkit semula, dan ada hari kita berduka kerana sesuatu tapi kita tersenyum kembali selepas itu. Namun, telah jayanya juga kita akhiri satu lagi jilid kehidupan kita yang terdiri dari 365 halaman cerita yang bakal tinggal kenangan. Ternyata setiap hari selalu berlalu dengan kisahnya tersendiri yang membawa 1001 kisah yang mencipta kenangan penuh hikmah. Alhamdulillah atas segala pengalaman yang mengajar kita erti hidup & syukur. Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak yang manis dan banyak juga yang pahit. Moga kita semua selalu redha dengan ketetapan takdir cinta dari Dia.. 

Malam tadi, mendapat perkhabaran sedih yang sangat mengejutkan saya. Salam takziah buat Muhamad Helmi, si jurutera hati saya atas pemergian abang tercinta akibat kemalangan jalan raya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak senja semalam. Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Razak bin Ramli Kamaruddin (Abang Ajak). Moga roh Allahyarham Abang Ajak dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Moga si jurutera dan keluarga besarnya tabah serta redha menghadapi kehilangan ini. Aamiin ya Rabb. Sungguh Allah sangat menguji jurutera saya. Mendapat perkhabaran sedih ketika sedang sibuk menyiapkan tugasan universiti dan lagi 2 hari hendak menghadapi peperiksaan akhir semester.. Inalillahi waina ilaihi rajiuun. T_T Moga awak terus diberi kekuatan serta dipermudahkan segala urusan. Doa qish selalu mengiringi si jurutera dan keluarga In Sha Allah..

Sesungguhnya bagi saya, pengakhiran tahun 2014 bagi saya dan mungkin bagi kebanyakan ummah di seluruh dunia juga sememangnya agak mengharukan lantaran beberapa tragedi serta ujian yang tidak putus putus Allah telah hadirkan buat hamba hambaNya. 2014, tahun kesedihan Malaysia. Tahun yang penuh duka & tragedi. Mudah mudahan banyak hikmah indah yang telah menanti di sebalik semua itu. Ayuh panjatkan doa tulus ikhlas kita buat semua umat Islam di seluruh dunia -- buat saudara seagama kita di Palestin, Syria, Mesir, dan semua negara Islam yang bergolak, buat saudara seagama kita yang tertindas oleh para kafir laknatullah yang zalim, buat saudara seagama kita yang diuji dengan musibah kehilangan ahli keluarga serta harta benda akibat penindasan, bencana alam & kemalangan, buat saudara seagama kita yang selalu hanyut dalam dosa, buat saudara seagama kita yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu, buat ahli keluarga dan sahabat kita yang tersayang, serta buat diri kita semua sendiri.. Moga kita semua berada dalam peliharaan Allah selalu. Moga 2015 datang dengan lembaran baru yang penuh hikmah & lebih bermakna Aamiin ya Rabb. T_T Saya akhiri update entri untuk tahun 2014 ini dengan sepenuh pengharapan semoga kita semua diberi kelancaran atas segala urusan pada masa yang akan mendatang. Mohon maaf buat semua, atas segala salah dan khilaf saya sepanjang tahun 2014 ini. Mohon diampunkan segalanya.. Mohon maaf juga jika ada perlakuan saya yang tidak menyenangkan hati mana mana pihak. Sesungguhnya yang baik semuanya datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari diri saya sang pendosa ini, dengan izin dari Allah jua. Wallahua'lam..

-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -


Souls & Ukhwah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt & hello awak! ^^

Here I have a nice sharing that I found on a Facebook page. It's about the ukhwah among people Masha Allah.. It's really interesting thing to find out. Hmmm. By the way, have you noticed when you meet a particular brother or sister for the first time, you get along with them instantly? You agree on most things, you feel comfortable in their presence and most importantly you talk to them as if you have known them for years. You even express yourself in a way that would take you months or even years with other people. You don't hold back what you want to say and can express yourself freely in their presence.

After meeting them a few times you have a firm attachment to them and proudly proclaim them to be your brother or sister. The Prophet (sallallahu alayhi wasallam) described why this happens,
A'isha r.a narrated that the Prophet s.a.w said: “Souls are troops collected together and those who got along with one another (in the realm where souls existed before entering physical bodies in this world) will have an affinity with one another and get along (in this world)." [Bukhari, 3158; Muslim, 2638]
So the brothers and sisters that you love and cherish in this world are with you for a reason. You were joined together before you were born and you exist in harmony together as brothers in this world as a result of that attachment. Al-Khattabi states that people are attracted to those who are like them and people’s souls recognize one another according to their nature. If they are similar they will get along and if they are different they will not get along.
Finally this sums things up. Ibn Hibbaan narrated: Ibn Abbas saw a man and said, "Indeed he loves me.’ His companions asked, ‘And how do you know?’ He said, ‘Because I love him and souls are like recruited soldiers, those that recognize one another unite in harmony and those that do not recognize one another are at an aversion." - [Rawdah Al-Uqalaa, 1/108].
Alhamdulillah ala kulli hal! What a great knowledge that I've discovered today. :'D Let this cause us to have more appreciation and being thankful for having the good people that Allah has sent to cheer up our life. May Allah bless our brothers and sisters and may we all meet in the gardens of Jannah under the Shade of Allah. Aamiin aamiin ya Rabbal alamin~

-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -

This Is So True..


Hmmm. Isn't it? :P


Work to live, don't live to work. Enough say..

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020