HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

17.2.15 - Entry Jam 1645.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selalunya kita menulis atau berkata kata dengan sebab.
Kita akan sampaikan apa yang kita nak sampaikan.
Tapi pada orang, lain yang sampai pada kefahamannya.

Lain kefahaman orang, sebenarnya itu bukan masalah kita.
Kefahamannya itu masalahnya, tapi jadi tanggungjawab kita juga.
Bila kita takmahu orang salah faham dengan kita, kita perlu adakan yang jelas.

Allah menguji kita dengan apa yang kita katakan.
Sesiapa pun yang berkata kata, Allah akan menguji apa yang dikata.
Baik atau buruk, atas apa yang dikata itu. Allah akan uji.

Apa yang dah keluar dari perkataan kita itu?
Serupa bikin ke? Cakap sembang kosong atau betul terlaksana?
Atau mungkin Allah akan uji melalui penerimaan dan tanggapan orang.
Sesungguhnya, melalui itu akan terlihat jelas. Betapa manusia sungguh berbeza!

Yang penting, kalau ada berbeza pendapat, kita raikan. Tak boleh judge, condemn, provoke, pertikaikan apa orang lain kata. Lain orang lain pandangan dan cara mereka kerana setiap yang dipilih pasti ada sebab musababnya. Tak boleh bersangka sangka atau buat assumption. Tak boleh juga mulakan dalam satu khalayak sebab bila ramai yang lihat, maka ramai lah yang terlibat.

Nak orang hormat kita?
Kita pun hormatlah pada orang.
Hormat tak kira usia, darjat mahupun cara hidup.
Asalkan Allah redha. Allah redha. Allah redha... =)

-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020