HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Kisah Maulid Yang Outdated.


Bismillahirahmannirrahim.. Assalamualaikum & jumuáh mubarakah.
Ahamdulillah.. Hari ini, 28 Jun 2013. Yeay! :D

In Sha Allah entri ini akan jadi panjang berjela sebab kita dah lama tak update blog. Hihi. Pertama-tamanya, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kasih sayangNya, Qish telah diberi peluang untuk menginjak ke usia 20 tahun lebih 10 hari yang lalu. Hahahaha. Tetiba je kan. Slow sangat sangat sebenarnya ni. Dah lepas dekat 2 minggu dah kita punya hari lahir tapi harini baru sempat nak update. ==" *facepalm* 

Pada awal pagi 16 Jun 1993 iaitu genap 20 tahun 12 hari yang lalu, seorang Mama sedang tabah menahan kesakitan yang bukan sedikit dan bertarung nyawa semata-mata untuk membawa zuriatnya ini keluar dari rahim untuk hidup di atas dunia. Alhamdulillah.. Tepat jam 5:15am di Hospital Kuala Krai, Kelantan lahirlah seorang puteri dengan berat 3.3kg, cahaya mata sulung pengikat kasih tanda cinta Ayahanda dan Bondanya. :'P

Diberi nama Siti Hajar oleh Nenda sebelah Bondanya, si gadis ini membesar menjadi seorang yang agak cekal dan tabah *cewah* mungkin kerana berbekalkan pengaruh nama itu. Terima kasih Nenda kerana menamakan kaklong dengan nama Bonda Sayyidatina Hajar itu. :') Tahun 2013 ini, tahun kedua Qish menyambut ulangtahun kelahiran tanpa kehadiran Allahyarham Ayahanda disisi dan tahun pertama menginjak ke usia 20an. Alhamdulillah ala kulli hal~

Hari lahir yang ke-20 ini tak disambut dengan cake. Tahun lepas ada 3 cakes dengan 3 celebrations tapi ini buat pertama kalinya seumur hidup kita tak ada birthday cake waktu hari lahir. Mama beriya sangat nak beli tapi kita takmahu. 2-3 kali jugalah keluar masuk kedai kek main tarik tali dengan Mama. Huhu. Kenapa? Sebab teringatkan kata kata akhir Allahyarham Ayahanda 2 hari sebelum dia kemalangan yang menyebabkan dia meninggal dunia hampir 2 tahun yang lalu. Katanya tahun 2011 ni birthday dia tak perlu beli cake, tak perlu disambut hari ulangtahun kelahirannya. Rupa-rupanya itu petanda yang dia akan pergi. Al-Fatihah.. T_T Apapun, terima kasih sangat kepada keluarga dan kawan kawan yang sudi memberi ucapan hari lahir menerusi SMS, panggilan telefon, WhatsApp, Twitter dan Facebook. Seronok bilamana orang beri ucapan sambil mendoakan yang baik baik untuk kita. Moga kalian juga memperoleh yang sama.. Aamiin. :')

Hipotesis kehidupan sempena 2 dekad di atas kerajaan ad-Dunya;
Semakin usia bertambah, semakin banyak pengalaman ditimba. Semakin usia bertambah, semakin matang seseorang itu. Semakin usia bertambah, semakin dekat ajal datang mendekati. 
Kita merancang untuk kehidupan kita, tapi Allah juga merancang dan Dia jua adalah sebaik-baik perancang. Kita lalui macam-macam perkara dalam hidup yang ada turun naiknya juga dan kita mempelajari sesuatu daripada pengalaman yang kita lalui itu. Semua yang kita lalui, kehidupan kita atas dunia ini, segalanya hanya ujian semata-mata dari Allah SWT. Kehidupan kita, Allah yang susun segenap inci takdirnya tapi kita yang mengendali serta melaksanakan melalui naluri dan pancaindera kita yang Allah dah kurniakan. Kalau salah kendaliannya, mungkin tersasar jauh dan tersungkur tapi kalau betul kendaliannya, kita lebih selamat dan mungkin terus berjalan di laluan yang benar. Tak berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Semuanya dengan izin Allah tapi dengan kuasa doa dan munajat permintaan kita kepadanya, tak mustahil Allah boleh mengubah sesuatu takdir yang Dia dah suratkan itu kepada sesuatu yang tak dapat terjangka di igauan kita hambaNya..

Pokok pangkalnya, sepanjang dua dekad atas dunia ini, perkara yang paling banyak membantu kita ialah keajaiban doa dan munajat. Banyak sangat Allah dah tolong melalui doa.. Tapi kita selalu mengeluh dan tak bersyukur dengan pertolonganNya. Awak yang sedang membaca ini, ingatlah selalu yang kuasa Allah itu paling besar tak boleh ditandingi sesiapa. Pertolongan Allah pula terlalu meluas kerana kasih sayang Dia kepada hambaNya. Berdoalah selalu.. Bukan hanya waktu sempit tetapi pada waktu lapang juga. Sayang betul Allah kepada hamba-hambaNya. Subhanallah..

Sebaknya mengenangkan 2 dekad yang sudah kita lalui. Dari fasa seorang bayi yang baru dilahirkan hinggalah di fasa kedewasaan ini. Macam macam pengalaman yang dilalui -- pahit, manis, suka, duka dan lain lain lagi. Bersyukurnya kerana terpilih untuk merasai kesemua itu. Dan seiring hari hari berlalu, pantas juga masa berlalu. "Dah besar dah anak Mama kan.." kata Mama waktu malam birthday kita sambil tersenyum penuh makna. Tanpa Mama dan Papa, siapalah kaklong kan. Terima kasih Mama & Papa kerana menyebabkan kaklong berpeluang merasai peluang hidup atas dunia ini. Alhamdulillah.. Syukur juga pada Allah, berbangganya bila dilahirkan sebagai seorang muslimah umat pewaris Nabi Muhammad saw. :'D Allahuma solli ala Muhammad wa ala alihi wasohbihi wassalam~ ♥

Baiklah.. Sampai disini saja update untuk kali ini. Taktahu lah bila pula nak update lagi kerana belakangan ini sangat sibuk dengan pelbagai komitmen. Huhuk. T_T Moga anda yang membaca ini sentiasa dirahmati dan dipermudahkan dalam segala urusan. Salam ukhwah fillah. Wassalamualaikum warahmatullah~




 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020