HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Terjatuh..


Kalau 'jatuh' bangunlah balik.
ALLAH kan ada.. - (QS 9:40)


P/s: Nihari 27/12/12. 
Sanah helwah Papa. T_T


 

Entri Emosi Keduniaan.


Dunia ini sangat meletihkan dan terlalu meletihkan. Setiap orang mahu kehendaknya dituruti dan bilamana kehendaknya dituruti, barulah hatinya akan puas. Ini fitrah di mana-mana saja. Perkara ini tergolong dalam kepentingan diri dan setiap orang mempunyai kepentingan sendiri. Bila bercakap tentang kepentingan diri, pernah tak kita berfikir tentang orang lain bilamana kita mahu dilunaskan sesuatu kehendak kita itu? Adakah kita pernah berfikir bagaimana pengaruh terhadap orang lain disebalik kepuasan hati kita itu? Kepentingan diri ini ada yang baik dan ada yang tidak baik juga jenisnya. Sama seperti perkara lain di atas muka bumi ini.. Kita selalu lupa untuk berfikir bahawa jika kita mahu mendapatkan sesuatu itu, kita perlukan pengorbanan (sedikit atau banyak bergantung kepada kemahuan kita itu). Kita selalu saja alpa apabila kita sudah tenggelam dalam keinginan kita. Kita lupa bahawa kita hidup dalam dunia realiti di mana kita perlu mempunyai sifat memberi dan menerima dalam apa jua perkara. KITA SELALU LUPA!

Pokoknya, saya berada dalam keadaan terlalu emosi ketika menaip entri ini. Spontan hadir dalam kepala dek kerana terlalu letih memikirkan hal keduniaan ini. Terlalu ramai orang yang ingin menerima tetapi mereka kedekut untuk memberi. Sedih mengenangkan situasi ini. Mungkin ia nampak remeh tapi, tanpa kamu sedar yang kamu telah melakukan ‘silent discrimination’ terhadap mangsa keadaan kamu itu. Kamu ialah penerima dan mangsa keadaan itu ialah orang yang memberi. Dia terpaksa berusaha dan berkorban untuk memenuhi kemahuan kamu. Boleh jadi dia yang memberi itu adalah ayah atau ibu kamu sendiri, kakak atau abang, adik, kawan-kawan mahupun sesiapa sahaja di sekeliling kamu. Ada ramai orang yang sedar dengan perkara ini tetapi lebih ramai orang yang tidak sedar kerana sedang hanyut dan terus hanyut menanti ditenggelami lautan mimpi sendiri.
TOLONGLAH BERFIKIR SEJENAK. BERHENTILAH JADI SEORANG YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. JADILAH MANUSIA YANG BERLAKU ADIL DALAM MEMBERI DAN MENERIMA WALAU APA JUA KEADAAN PUN. ADAKAN PERASAAN EMPATI DAN SIMPATI TERHADAP ORANG LAIN. INI CABARAN DUNIA DAN KAMU PERLU PANDAI MENGENDALIKANNYA.. SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA USAHA KITA. MEMANG BENAR YANG KITA PERLU SERAHKAN SEMUANYA PADA ALLAH TAPI ADAKAH KITA TERUS NAK BERSERAH BULAT-BULAT TANPA MEMULAKAN APA-APA USAHA? FAHAMILAH YANG TAKDIR ALLAH BERLAKU DI PENGHUJUNG USAHA. TANPA USAHA, TAKKAN ADA HASILNYA.. “MAN JADDA WA JADDA!~” -SESIAPA YANG BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA.. JANGAN ASYIK MENGHARAPKAN ORANG LAIN BERUSAHA UNTUK KITA MELAINKAN IA MEMANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. Think it back!

Siti Hajar.


 Assalamualaikum warahmatullah..

Amboi sendiri jadi title~ :P Pertama-tamanya, nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua muslimat dan muslimin yang sudi mengunjungi blog ini. Nihari dah 4 Muharram. Tak terlambat lagi nak ucap kan? :P Rasanya baru je sambut Aidilfitri haritu, tetiba tengok dah datang musim Haji. Pastu ni kejap je dah masuk tahun baru Islam. Kejap je masa berlalu kan. 
“Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.” – [QS Al-‘Asr 103:1-3] 
Oleh itu, manfaatkanlah masa yang kita ada dengan sebaiknya. Buat ibadah Fardhu Ain dengan sebaiknya dan jangan lupa juga ibadah sunat jika berkemampuan. fardhu kifayah juga jangan dilupakan. Tarbiyyah dan amal makruf nahi mungkar buat saja walaupun awak bukan seorang Ustazah atau Ustaz. Nak berdakwah ni bukan nak kena tunggu ada title dua tu je. Yang penting saling berpesan pesan tu satu kebaikan untuk kita selalu mengingatkan sesama manusia kan. Penyakit dan kematian datang tak mengira usia. Jadi, beramal lah seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir bagi kamu. Cewahh. *tetiba jadi tazkirah kejap* hahaha.

10 Zulhijjah 1433 Hijrah yang lalu adalah Eiduladha kedua saya tanpa Ayahanda tercinta. hmm. Papa meninggalkan kami pada 8 Zulhijjah 1432 Hijrah, dua hari sebelum kita menyambut Eiduladha pada tahun 2011. Al-Fatihah buat Papa dan semua yang telah pergi meninggalkan kita. :’)
AMARAN KERAS! ENTRI INI MUNGKIN BOLEH JADI SANGAT PANJANG. SAYA MENAIP SECARA SPONTAN TERUS DARI OTAK KE JARI DI PAPAN KEKUNCI JADI SAYA TAK TAHU APA YANG BAKAL SAYA TULIS. MUNGKIN 50% MELALUT DAN HANYA 50% SAHAJA BAKI UNTUK PENGISIAN. ELAKKAN MEMBACA JIKA ANDA KHUATIR IANYA KERJA SIA-SIA. HUHU. ENTRI INI HANYA SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG ALA ALA AIMAN TAK KISAH~ JE. xD
Mukadimah saja dah panjang berjela kan. huhu. Biarlah.. Bukan selalu update pun. By the way, what’s with the title- “SITI HAJAR”? Oh ya. Entri ini tentang diri saya. Apa saja yang saya nak tulis tentang saya. Literally about myself.. Huhu. Buat yang belum mengenali atau yang dah mengenali tapi belum tahu nama sebenar empunya diri ini. Saya adalah salah seorang dari beribu ribu atau mungkin berjuta juta umat yang memiliki nama Siti Hajar. Inspirasi dari nama ini? Sudah tentulah dari nama Ibunda Sayyidatina Hajar r.a, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s yang juga ibu kepada Nabi Ismail a.s. ^___^

Dari dulu, selalu cari maksud di sebalik nama Siti Hajar ini. Puas cari maknanya di buku nama-nama Islam mahupun di internet. ==” Tapi satu pun tak jumpa.. huhu. Yang memang mainstream fasal nama ni, tiap kali selak buku atau Google, dia bagi tafsiran Siti Hajar = Nama isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. Nak dijadikan cerita, asal usul diberi nama ini pada tuan empunya badan adalah dari Nenda tercinta sebelah Bonda, Muryatee bt. Hassan. Kebetulan, waktu musim Haji tahun 1993, Mama tengah sarat mengandungkan kita. Hihi. Kita ni pula cucu perempuan pertama dalam keluarga jadi dah tentulah Nenek excited sangat kot. Kot lah.. ^^” Arwah Ayahanda dan Mama sebenarnya nak namakan kita Nurul Aishah. Tapi Nenek awal-awal dah sediakan nama untuk cucu dia ni. Katanya, memandangkan kita bakal lahir pada bulan Zulhijjah dan mungkin sebelum atau selepas musim haji, maka Nenek nak namakan kita Ibrahim (kalau lelaki) atau Siti Hajar (kalau perempuan). Sweet kan Nenek? :’D Kalau kita lahir sebagai lelaki, sekarang ni mungkin orang panggil kita Ba’im kot.

Berkenaan nama ini, memang betul kata orang. Nama selalu bawa pengaruh yang kuat dalam diri si pemiliknya. Hmm. Nama Siti Hajar, inspirasi dari nama isteri Nabi Ibrahim yang tabah dan kuat walaupun ditinggal suami di padang pasir yang kering kontang yang sepatutnya juga menggambarkan muslimah yang kuat menghadapi ujian dunia. Setakat ini, rasanya nama ini memang sangat serasi dengan saya. Pernah beberapa kali ditegur tentang perihal nama ini dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Bagi saya, memegang nama ini sedikit sebanyak memberi semangat dan kekuatan untuk saya terus berdiri dengan dugaan kehidupan yang harus saya tempuh di dunia ini. In Sha Allah.. :)

Sedari kecil sampai dewasa, jadi anak paling manja dalam keluarga walaupun kita anak sulung. Mungkin kerana adik adik lebih rapat dan tidur bersama Arwah Nenda sebelah Ayahanda. Saya dari kecil dah diajar tidur dalam bilik sendiri. Jadi saya hanya bersaing dengan adik bongsu saya saja. Adik-adik yang lagi dua orang tu dilihat lebih berdikari dan selalu ‘ekk ekk’ (as in merengek manja) dengan Arwah Nenda je. Tapi di sebalik kemanjaan saya tu, ada juga kena marah dengan Papa Mama kalau buat salah. Bila umur makin meningkat remaja dan dah masuk sekolah menengah katanya, budak innocent ni jadi berubah juga serba sedikit. Kata orang, bila mula nak kenal dunia lagilah macam-macam ujian yang akan kita mulai kenal. Alhamdulilllah. Mujurlah punya Papa Mama yang sangat menjaga kehidupan puteri-puteri mereka dan hidup di tengah-tengah bandar buat saya makin mengenal dunia. Benar kata orang, didikan orang tua mempengaruhi cara hidup. Diberi kebebasan namun tetap di bawah kawalan mereka, minta apa saja akan diberi mengajar saya untuk tidak terkena kejutan budaya yang banyak dialami oleh para remaja seusia ketika itu. Okay.. Nak flashback balik timeline hidup kita~~

Umur 7 tahun, Papa dah benarkan guna komputer. Dia biarkan saya explore setiap perkara yang ada dalam teknologi itu secara sendiri tanpa dia ajar atau sesiapapun yang mengajar. Kemudian, dia bawa saya ke pejabatnya, mesyuarat politik, persidangan politik, debat perdana dan apa saja yang berkaitan dunia kerjaya dan politik. Dibesarkan dalam suasana begitu buat saya jadi seorang yang sedikit sofistikated dan berfikir secara kritikal. -____-“ Saban kali kalau ada apa saja event formal dan protokol, Papa tetap akan bawa puterinya ini bersama. Umur 11 tahun, banyak masuk pertandingan nyanyian dan bakat atas reason untuk asah self-confidence saya. (Ini kerja Mama.) Umur 12 tahun, saya dah jadi PA Papa. Tolong buat surat rasmi, buku laporan mesyuarat dan macam-macam lagi dokumen rasmi yang digunakan waktu mesyuarat. Tugas ini berterusan sampailah hingga akhir hayat Papa. Tak percaya? Datang tengok koleksi arkib di rumah dan kawan kawan Papa semua saksinya. Huhuk. Semua ni dilatih secara tak langsung oleh Papa. He gave me the trust! Saya memang suka memerhatikan setiap kali Papa buat kerja dan mungkin sifat curious observer ni buat saya mudah belajar benda baru. Masuk sekolah menengah, Papa dah berani melepaskan saya keluar pergi shopping mall sendiri secara berdikari seawal umur 13 tahun. Pada umur 13 tahun juga, saya paling bahagia bila dapat banggakan Papa, menang tempat kedua pertandingan pidato anjuran DBKL yang sepatutnya untuk penyertaan peserta 18 tahun ke atas dan saya seorang peserta bawah umur waktu tu. =__= Kalau part Mama, saya selalu terpengaruh dengan passion Mama terhadap shopping dan gaya. (Itu dululah..) Mama biasalah, lebih mengajar anak gadisnya untuk jadi sepertinya.. Selebihnya, Mama tumpukan untuk perhatian pada adik-adik.

Puteri Papa bernama Hajar ini terlalu rapat dan payah nak berenggang dengan Papa.. Di mana ada Papa, di situ ada kaklong. Hidup saya selain daripada bercampur dengan kawan-kawan seusia, saya banyak bergaul dengan orang yang jauh lebih berusia. Kawan Papa dan Mama jadi kawan kita juga. Tapi, bergaul dengan orang-orang yang matang tak semestinya buat kita jadi matang juga. Lalala~ Umur-umur yang seterusnya sepanjang tempoh berada di sekolah menengah, jadi makin maju hari demi hari. Dah mengada-ngada nak masuk cheerleader tapi dalam masa yang sama pegang amanah jaga surau sekolah bersama 2 orang sahabat yang lain selama 3 tahun. Budak gedik ikat rambut tinggi pakai reben putih yang Ustazah Norliza bagi amanah untuk jaga surau? hmm. Ada juga yang fikir macamtu dulu.. Di sekolah menengah saya keluar masuk beberapa badan kepimpinan seperti prefectorial board, sidang redaksi dan juga pembimbing rakan sebaya. Paling seronok waktu sekolah dulu tentulah cheerleader sebab banyak attention dan hot konons lah.. Seribu satu lagi pengalaman di zaman sekolah menengah yang mencorak saya ke hidup yang seterusnya juga. Lepas PMR saya dipaksa masuk ke Science Stream walaupun cikgu tahu yang saya lebih minat bidang Sastera. Mati matian saya berjuang taknak masuk Science Stream. Mungkin budaya di sekolah ni, bila kelas pertama atau kelas kedua wajiblah ambil Science dah takda option lain. Tapi benda ini sangat membawa banyak pengaruh dalam hidup saya dan pertama kalinya, saya memberontak dan jadi acuh tak acuh untuk belajar subjek SPM. Dua tahun terakhir di sekolah sebagai bakal pelajar SPM sangat teruk kerana Science Stream. Perang memang habis diisytiharkan untuk subject Addmaths dan Kimia tapi saya jatuh cinta dengan Biology. (^^,)

Masha Allah.. Bila dah sampai ke perenggan ni, saya dah sedar yang saya makin banyak merepek dan entri ni jadi makin panjang. Suka hati lah.. Memang generally entri ini berkenaan saya dan ini blog saya. *tiup kuku* Haha. By the way, senior year kat CPR juga tak kurang hebatnya bila bercerita tentang persahabatan dan keseronokannya. :D Okay cukup.. Panjang sangat dah ni. Errr.. Bercakap tentang cita-cita, sejak kecil memang cita-cita saya tak pernah berubah iaitu nak jadi seorang peguam. Mungkin keadaan sekeliling agak mempengaruhi sebab ramai sangat kawan Arwah Ayahanda yang bekerjaya peguam. Lagi satu, mungkin sebab saya suka berdebat kot. :P Lepas SPM, surely matrik dah reject awal awal dan saya hanya dapat tawaran melanjutkan Diploma TESL di Unisza Terengganu. Konon nak sangat belajar asasi undang-undang di UIA atau UiTM tapi tak layak dan awal awal dah gagal. T__T Kawan-kawan ramai yang pergi IPTS untuk belajar LLB (as in course for Lawyer) dan buat American Degree Program tapi Ayahanda bagi bagi pergi jejauh sebab kosnya mahal dan baginya kerjaya lawyer tak menjamin sangat sebenarnya. Hmm. Akhirnya dapat offer dari Unisel untuk belajar TESL dan Ayahanda suruh pergi je tanpa toleh yang lain lagi. Ada hikmahnya.. Ada hikmahnya.. :D

Kembali ke alam nyata.. Kisah di atas banyaknya dah lama berlalu dan tak ubah hanya sebuah flashback buat Qish mengimbau memori lalu. Sekarang di mana Qish berdiri, menongkah realiti. Semusim kesedihan dan hari hari yang berlalu penuh dugaan dah berjaya diharungi berkat kuatnya nama ini. Alhamdulillah.. Bercakap kembali tentang nama ini, pernah diduga dengan pertanyaan berbunyi seakan begini, “Berat sungguh ujian awak dapat. Ni mesti sebab nama ni. Nama awak ni beratlah.” Hmm. Mungkin dia nak maksudkan yang si pemilik nama Siti Hajar akan menghadapi ujian dunia yang berat rentetan ia diinspirasi dari nama Ibunda Sayyidatina Hajar yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dari Allah. Wallahualam.. Setiap orang takkan pernah terlepas dari ujian Allah. Pendek kata, segalanya yang berada di hadapan kita ini tidak lebih dari hanya sekadar ujian dari Allah. Cara mengendali dan menerima sesuatu ujian itu saja yang menjadi kelainan. Ujian datang dalam bentuk yang baik mahupun dalam bentuk dugaan dan cabaran. Nikmat Allah juga adalah satu ujian yaa. huhu. Firman Allah;
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” – (QS Al-Anfaal 8:28) *Dalam QS At-Taghaabun 64:1 pun ada menyatakan tafsir yang sama.*
Dan ada banyak lagi kalam Allah yang bercakap tentang ujian. Boleh rujuk (QS Al-Furqaan 25:20), (QS Al-Ankabuut 29:3), (QS Ar-Ruum 30:37), (QS Az-Zumar 39:49). =D

Sebenarnya, ujianlah yang menjadi tarbiyyah dalam kehidupan kita. Tanpa ujian, kita mungkin takkan ingat pada Allah. Kalau dah seronok dengan ujian kenikmatan, mungkin kita akan leka dengan hal keduniaan dan takkan ingat dah betapa kita hanya sementara di atas muka bumi yang fana ini. Sayangkan dunia, lupa akhirat. Buat diri saya sendiri, saya rasa sangat bersyukur bila Allah dah datangkan macam-macam cabaran dan dugaan kepada saya. Benda ini lah yang mendewasakan saya dan membawa kepada di mana berdirinya saya sekarang. Semuanya ada hikmah. Mungkin kamu akan menangis pada awal waktu tertimpanya ujian itu terhadap kamu tanpa kamu sedari yang kamu akan dihujani pelangi selepas itu. eh. Macam metafora terlebih pula. hihi. ^^” Apapun, apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya disini ialah “PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN. BOLEH JADI KAMU TIDAK SUKAKAN SESUATU YANG DIA DATANGKAN KEPADA KAMU DAN AKHIRNYA KAMU AKAN TERSEDAR SENDIRI BAHAWA IA ADALAH PERANCANGANNYA YANG TERBAIK BUAT KAMU. DAN BOLEH JADI KAMU SUKAKAN SESUATU ITU PADAHAL IA ADALAH MUDARAT BAGI KAMU.”

Subhanallah panjangnya entri nii.
Nyenyenye. Alang-alang nak update biarlah panjang berjela~ 
Manalah tahu kan kalau kalau ini adalah update terakhir di blog ini.
Manalah tahu kan kalau kalau ini pengakhiran luahan dari tuan punya badan.
Manalah tahu kan sebab Allah je yang tahu bila masa ajalnya kita sampai.

Pokok pangkalnya sekarang, saya dah penat menaip. Akhir kalam, betapa besarnya kurniaan Allah terhadap nama yang saya pegang sekarang. Saya harap saya istiqamah dalam apa jua kebaikan yang saya lakukan dan saya harap akan ada banyak lagi hikmah yang menanti selepas ini. Keinginan saya, untuk jadi seorang bintu solehah yang berbakti buat orang tua saya, untuk jadi umat Muhammad yang patuh akan suruhan Allah, nak jadi muslimah yang baik buat sekelilingnya dan macam-macam lagi. Moga Allah permudahkan. Hati ini masih lemah, iman masih enteng berkocak, akhlak masih 50-50. Moga terus kuat yaa. *tepuk bahu sendiri*

Sekian, Wassalam..

Setahun Ayahanda Pergi..



Assalamualaikum warahmatullah..

November 2011, Jumaat. 9:15am.

Wad Neurologi 4B, Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Badaruddin bin Ghazali

Perginya seorang ayah yang sangat penyayang dan selalu sabar dengan kerenah puterinya. Perginya seorang suami yang pengasih selepas hampir 20 tahun menjadi kekasih hati isterinya. Perginya seorang anak dan adik yang selalu berbakti buat arwah ibunya dan kakaknya yang sakit sepanjang hayatnya. Perginya seorang insan yang prihatin terhadap orang sekelilingnya. Cepatnya Ayahanda pergi kan.. Genap setahun sudah Ayahanda mendahului kami pergi mengadap Illahi. Doa dipanjatkan moga roh Ayahanda selalu dicucuri rahmat. Aamiin..

Kami disini sudah kuat dan tabah sementara menanti giliran dipanggilNya untuk menyusul dirimu juga. Al-Fatihah. ♥ Ayahanda jangan risau kami semua disini. Kaklong katang~ Yang pasti, kaklong sayang Papa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat to the infinity and beyond~ huhu. I manques tellement mon cher Papa~ mwah! *beliau sangat menggalakan kita belajar bahasa French time degree ni* In Sha Allah Ayahanda. ^^"

P/s: Nanti nak update kenangan dari kecil sampai besar dengan Ayahanda. Kena cuba curi masa. hihi. Wassalam.

Mencari 'Siti Hajar' Dalam Dirimu.


Mari kita renung pengorbanan Siti Hajar dan kemudian kita cuba kupas tauladan yang dipaparkan oleh beliau dalam kehidupan kita sebagai isteri..dan juga apresiasi si suami dan anak dalam menghargai pengorbanan isteri dan ibu yang kita kasihi..


Mari kita kenali siapa Siti Hajar dan kehebatannya. Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya. Siti Hajar seorang wanita luar biasa kerana beliau berhadapan dengan pelbagai musibah besar merdeka sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang menemui telaga air zam-zam sumber air yang terbaik di dunia.

Ya memang benar, beliau seorang wanita yang sungguh luar biasa. Sukar untuk ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, dialah seorang wanita, isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya. Beliau sangat taat, tabah, dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar? Ramai orang yang meneguk air zam-zam, tetapi tidak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu. 

Sejarah menceritakan beliau wanita berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah. Beliau menjaga anak bernama Ismail. Ya, beliau biasa-biasa sahaja pada lahirnya. Siti Hajar mempunyai hati seperti emas kerana diuji dengan pelbagai dimensi seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya diuji dengan tawakal, sabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami. Memang Siti Hajar benar-benar luar biasa. 

Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar. Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu. Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya. Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani. Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. 

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu. Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar. Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" 

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. 

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali. Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku." Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.


Rumusan dari kehebatan Siti Hajar

1. Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka tidak baik pada suaminya. Apatah lagi bersangka buruk kepada Allah. 

2. Kenapa dia ditinggalkan atau dibiarkan semua persoalan itu sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Dalam diri Siti Hajar terbina satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. 

3. Ketika Hajar ditinggalkan suaminya, beliau menyerahkan bersama anaknya kepada Allah s.w.t. Maka kepada Allahlah seluruh pergantungan hatinya. 

4. Siti Hajar ikhlas dan reda kerana beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya. 

5. Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus. Bayangkan jika kita diuji sedemikian rupa. Beliau juga yakin bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya. 

“Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu,” (Surah Luqman ayat 22) 

6. Ciri-ciri luar biasa yang ada pada Siti Hajar adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul, jiwanya disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

7. Beliau sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan kerana ketulusan jiwa itu darjat Siti Hajar diangkat tinggi Allah s.w.t walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba. 

8. Siti Hajar adalah contoh teladan buat bakal bergelar isteri dan ibu. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi di sebalik kepahitan takdir-Nya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.


Nah sekarang kita telahpun ketahui siapa dan apa yang telah dilalui oleh Siti Hajar dan pengorbanan yang beliau lalui yang menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam.

Jika dikaitkan dengan kehidupan seharian kita kini;

1. Berapa ramai di antara isteri2 diluar sana yang tabah ditinggalkan suami yang keluar mencari nafkah yang dengan redha menangung tanggungjawab sebagai ibu dan ayah dan memegang amanah sebagai isteri namun tidak sedikitpun dihargai suami?

Apa yang lebih menyedihkan bila suami pulang isteri tidak diberi perhatian dan kasih sayang, tidak ada ikhsan untuk walau meminjamkan telinga mendengar keluh kesah si isteri akan sukar dan cabaran yang dilalui dalam menanggung tanggungjawab keluarga tanpa suami di sisi.

2. Ada pula suami yang mencari ruang dengan melengkapi kekurangan isteri melalui kekasih2 gelap dan tidak pula memberi ruang pada isteri mengetahui kelemahan yang perlu diperbaiki dan terus menghukum pada isteri yang berkorban jiwa raga demi menjaga maruah keluarga berseorangan tatkala ditinggalkan suami.

3. Pada isteri pula, kadangkala cepat benar melatah, mengadu domba, kecewa apabila dilanda dugaan hidup sedangkan dugaan itu jika dibandingkan dengan dugaan yang diterima Siti Hajar tidakpun setara walau sekelumitpun. Lalu menghukum suami dan meletakkan tanda aras yang terlampau sehingga membebankan jiwa dan raga suami.

4. Ada juga isteri yang tidak dapat menerima kekurangan suami dan mula mencari jalan pintas dengan mengadu domba pada orang ketiga yang dengan senang hati menangguk di air keruh menyebabkan punca rumahtangga berantakan dan anak2 menjadi mangsa keretakan hidup berkeluarga.

Buat suami2 dan isteri2...

Tidak kira apa jua kelemahan dan kekurangan pasangan hidup kita, sewajarnya kita berfokus kepada saling melengkapi bukan sebaliknya kerana jika kesempurnaan yang kita dambakan sehingga idealisme itu menghukum diri dikhuatiri kita terjerumus ke dalam hamba yang khufur akan nikmat Ilahi.

Moga kita sama2 tabah dan berusaha memperbaiki diri dan berfokus pada solusi dan bukannya saling menunding jari menyalahkan kelemahan pasangan.

Pada suami... jika dambakan isteri sehebat Siti Hajar, cerminlah diri dan timbangtara kualiti peribadi adakah sehebat Nabi Ibrahim akan dirimu?

Buat isteri... Hebat sangatkah dugaan yang dihadapi jika dibandingkan dengan dugaan yang dilalui oleh Siti Hajar hingga mudah sangat kau berputus asa dan menjatuhkan hukum?

Moga kita sama2 peroleh iktibar dari perkongsian ini..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri saya yang lemah dan dhaif..

*In Sha Allah nanti kita kongsi satu cerita fasal diri kita dan nama ini.* ^___^

'Sedikit' Celoteh :P



Assalamualaikum warahmatullah..

Petang yang sunyi seperti hari-hari lain juga dari kamar hostel Qish. Tiba-tiba muncul perasaan ingin jenguk blog yang makin terbiar ini. Nak cuba update. Kalau jadi, terbitlah entri ini. Kalau tidak, teruslah senyap sunyi blog ini. :P Sampai perkataan ini, baru lupa yang saya tak baca Bismillah lagi. haha. ^^" Okay. Bismillahirahmanirrahim~ hmm. Mari teruskan.. Sambil cuba mengeluarkan kata dari jari terus ke papan kekunci laptop ini, saya rasa nak termenung dan termenung lagi. Kenapa termenung? Seronokkah kamu termenung wahai Qish? Entahlah.. Macam-macam yang bermain dalam kepala sambil termenung. Bukan setakat termenung sahaja.. Allahu Rabbi. T___T

Pejam celik pejam celik, 4 November 2012 nanti bakal genap setahun dah Allahyarham Ayahanda meninggalkan kami. Cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah Allah dah permudahkan segala urusan kami untuk terus betah hidup tanpa Ayahanda disisi. Moga Allah mencucuri rahmat yang tidak henti buat roh Ayahanda. Kaklong rindu Ayahanda. :') Alhamdulillah.. Semakin hari juga, saya nampak yang kami berlima semakin kuat dan tabah.  Selalu pesan pada diri sendiri, "Jangan pegang nama Hajar kalau diri tak boleh jadi kuat seperti Sayyidatina Hajar." Betul tak? Mati itu pasti. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup.. Live for your future life in akhirat.. Gather as much good deeds as you can and you will be success in both dunia and akhirat lives. In Sha Allah.. :D *Boleh rujuk QS [3:185] Surah Ali Imran*

*Entri ni terbengkalai takat perenggan atas tu selama hampir 4 hari dan sekarang saya nak sambung lagi. Moga terus publish satgi.* =___=

20 Oktober 2012 - Sabtu (1:44am)

Sebenarnya, saya masih mencari-cari identiti saya sendiri. Saya masih kabur tentang matlamat hidup saya dan saya rasa keliru dengan diri saya sendiri. Yang pasti, saya sedang sedaya upaya mendaki hingga ke takat tertinggi kemampuan saya. Saya punya matlamat hidup sejak di bangku sekolah. Hari demi hari, ia semakin berubah-ubah seiring apabila saya menginjak ke usia yang sedikit matang. Banyak perubahan yang berlaku dalam cara pemikiran saya, cara saya memandang sesuatu perkara dan juga cara saya menghadapi sesuatu. Kalau nak bermula dari awal memang mustahil. Tapi tak salah kalau nak betulkan semula apabila tersedar di mana-mana checkpoint kan? :P Haha. Sounds complicated~

Well.. Don't make it complicated. Simplify it as simple as you can.. Think back! Whatever you're trying to achieve in your life, and whatever you decided to have, it doesn't mean that you can get it according to what you've planned before. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan dan Dia juga yang melaksanakan mengikut perancanganNya dan bukan perancangan kita. Ingat kun fayakun~ (Jadi, maka jadilah~) Kalau Allah kata jangan jadi! Maka tak akanlah ia terjadi. *Boleh rujuk QS [2:117] Surah Al-Baqarah dan QS [36:82] Surah Yaasin* Dari situ, adakan sikap berserah hanya kepada Allah.. hmm. *tepuk bahu sendiri*

Okay.. Ambil dari sejak saya tamat SPM which means hampir 2 tahun lepas. Terlalu banyak perkara yang berubah.. Sangat banyak tak terkira dan ada yang berlaku sekelip mata! O__O" *Gulp. Lepas tamat SPM kerja sementara bla bla bla, dapat offer letter dari macam-macam IPT, gagal masuk matrik sebab fail Addmaths~ -.-" Lepastu sebelum keluar result UPU dapat offer sambung TESL di Unisel dan Arwah Ayahanda kata tak perlu fikir lagi.. Just grab the chance! Maka bermulalah lagi titik perubahan lain dalam hidup Qish. Yes.. I learnt too much things from my experiences. :D Selepas itu satu perkara lagi terjadi yang mengubah hampir keseluruhan hidup Qish. Iyaa.. KESELURUHAN~~ Takpa lah.. Saya memang nak catatkan semula semua perkara yang telah membawa perubahan dalam hidup saya. Satu entri untuk tiap satu atau apa-apa jelah.. :P In Sha Allah. Yes I'm living for the future but I'll never forget who I was before. =)

Sekarang saya terpaksa berhenti setakat ini. Tetiba macam ada hint yang emotional breakdown bakal menyerang. Tidakkk.. Taknakk.. >.< Nak chill up, nak minum air dulu kemudian tidur. Yang penting, Allah sayang saya dan Allah sayang kita semua. Allahu Ya Rabbi.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Sayangnya Allah pada kita.. Subhanallah. Moga kita semua terus berada di bawah rahmat Allah dan tidak tersasar dari jalanNya. Allahuma amin. Bi iznillah~
^___^

Habis menaip jam 2:30am. Alhamdulillah..
*Selesai pun. Dahsyat whoah sampai 4 hari* =oo=


Salam~

 
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Dapat juga tempuh onak duri untuk sampai ke blog ni. hihi. Penuh belukar dan rumput lalang semua dah tumbuh panjang. Hish. Lama mana tak update blog nii awakk? *cakap dengan orang dalam cermin* Psstt.. katanya di Facebook~~
"Dah lama tak update blog. Rasanya itu bukan priority.. Kalau free, update. Kalau tak free, takda lah update. Tulisan yang picisan dan tak ubah macam tembok ratapan. Haha. Saya tulis apa yang saya mahu, ikut tekak hati dan otak. Tak suruh orang baca. Tapi serasa nak ilmiahkan sedikit penulisan tu. Taknak jadi blog gajah putih yang beku tanpa manfaat. Orang kata, alang-alang bercucuk tanam, biarlah mendatangkan hasil. Takkan tanam pokok sebab nak suruh mati kan.. Ramai yang berdakwah melalui penulisan. Kalau itu benda baik, mengapa katakan tidak? Walaupun ilmu tak penuh di dada, sekurang-kurangnya berkongsi apa yang kita ada. Moga Allah permudahkan semua. =]"
Okay. Faham dah kenapa? :P Hihi. Apapun, Salam Jumaat, Salam Sayyidul A'yyam dan Salam 27 Syawal 1433 Hijrah. Huh?! 27 Syawal? Allahuakbar.. Nihari dah Jumaat terakhir dalam Syawal 1433 Hijrah. Dah sampai ke detik penghujung dah bulan Syawal tahun 1433 Hijrah ini. Alahai.. Cepat sungguh masa berlalu. T____T Tapinya, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat kalian yang membaca ni.. Taqabbal allahu minna wa minkum~ Eh. Apatuu? Inilah alternatif ucapan hari raya yang paling afdhal berbanding "Selamat Hari Raya Aidilfitri". lalalala~ Bukanlah tak boleh ucap selamat tu, tapi ertinya yang itu lagi lunak dan sedap didengar.. Apa maksudnya? *sambil ucap sambil mengajar sikit.huhu* ^____^
"Taqabbal allahu minna wa minkum~" Ertinya:- Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian. Terima apaa? Hmm. Menerima amal ibadah kita semua selama bulan Ramadan yang kita tempuh sebulan lepas. In Sha Allah..
 Dah tahu dah? Kita pun baru belajar maknanya.. Sebelum ni tak tahu dan tak ambil kisah pun. Jahilnyaa.. huhu. T___T Alhamdulillah sekarang dah tahu dan akan gunakannya sampai bila-bila. Hee.

Berkenaan sambutan hari raya Qish sekeluarga pula, hmm.. Tahun ini biasa-biasa saja. Kami memang sambut secara sederhana sejak Arwah Ayahanda ada lagi. Tapi tahun lepas dan tahun ni tak best pun sebenarnya. Kenapa? Sebab tahun ni adalah pertama selepas pemergian Ayahanda. Tahun lepas pagi raya kita nangis tepi katil hospital suruh Ayahanda bangun sebab nak raya dengan dia. Tapi tahun ni kita raya dengan Ayahanda tepi kubur Ayahanda.. Betapa kita tak tahu perancangan Allah kan.. :')
Di sebelah kiri, pusara Allahyarham Ayahanda Badaruddin bin Ghazali dan sebelah kanan ni pula pusara Allahyarhamah Nenda Mon binti Hitam di Taman Raudhatus Sakinah, Lebuhraya KL-Karak. :)

Pagi raya kami sekeluarga tak meriah langsung. Ayahanda dah tentu tak ada disisi kami lagi.. Dan tahun ini yang patutnya meriah sebab giliran kesemua 12 orang adik -beradik Mama beraya di Kuala Lumpur bersama Nenda dan Tok Abah jadi lain sebab Nenda dan Tok Abah pulang beraya di Singapura bersama Moyang dan adik-beradik Nenda di sana. Maka adik-adik Mama yang ada mentua di kampung pun tukar plan juga beraya di kampung masing-masing. Tinggal lah keluarga Qish, keluarga Cikta adik Mama dan keluarga Cikjah beraya bersama di rumah kami di Kuala Lumpur. sobs. *kesat air mata* Lepas seminggu lebih menyambut Syawal, barulah dapat jumpa Tok Abah, Nenda dan keluarga yang lain. Yang itu sebelah Mama.. Sebelah Ayahanda pula?

Sebelah Ayahanda, kami hanya ada Paklong dan Achik.. Paklong ialah abang sulung arwah Ayahanda manakala Achik ialah kakak ketiga arwah. Arwah Ayahanda ada lima beradik kesemuanya tetapi Pakngah, Ayahanda (anak keempat) dan Paksu dah terdahulu meninggal dunia. Rindukan Paklong sekeluarga.. Tak berpeluang lagi nak beraya dengan mereka. T___T Achik pula tinggal berhampiran rumah kami. Tinggal seorang diri sejak arwah Nenda meninggal. Achik ni tak berapa sihat sebab dah menderita sakit jiwa sejak zaman sekolah dulu akibat terkena buatan orang. Tapi Alhamdulillah dia masih boleh berdikari dan hidup sendiri dengan bantuan Paklong dan kami. :') Moga Allah selalu memberkati kami sekeluarga dan kalian yang membaca. Allahuma aamin~ *cerita dah meleret ke lain*

Ohh. Sebenarnya update ini dah meleret jauh. -.-" Qish terpaksa tamatkan di sini khuatir makin merepek pula nanti.hihi. In Sha Allah akan cuba update seperti biasa selepas ini kalau diizinkan bi iznillah.. Banyak kerja nak buat nii. Esok kawan-kawan dari kampus nak datang beraya di rumah. Kita teruja sangat! huhu. Esok baru berpeluang nak raya rasanya. ^____^ Illa liqa'~


Selingkar Bicara Ramadan dan Syria.


Assalamualaikum warahmatullah..

Salam 1 Ramadan 1433 Hijrah. Alhamdulillah nihari kita semua muslimin dan muslimat di Malaysia sudah mula berpuasa. Syukur nikmat kerana Allah beri Qish peluang untuk merasa kehadiran Ramadan untuk tahun ini. Harap dapat peluang merasa berpuasa penuh walaupun mungkin mustahil.. Hmm. 

Ramadan Kareem buat anda yang membaca! ^_____^

Alkisah beberapa hari lepas, Qish bermalam semalaman di rumah ibu saudara kesayangan Qish kerana ada urusan dengannya semalam. Menjelang Maghrib kelmarin, zzoomm Qish meredah kesibukan ibu kota dengan menaiki teksi menuju ke KL Sentral dan ambil KTM ke Kepong Sentral kemudian dijemput Cik Noni disana lalu dibawa makan malam di kawasan Menjalara. Sampai di rumah terus rehatkan diri, duduk di ruang tamu bersama dua orang little cousins menemani mereka menonton televisyen sambil membelek iPad. Leka Qish bermain dengan application Cake Doodle di dalam tablet tersebut. Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Pantas Qish melarikan jari-jari ke skrinnya sambil diperhatikan tingkah laku si gadis oleh Faris dan Farisha. 


Kek bendera Syria.. 

Farisha: Kaklong buat apa tu?
Qish: Kaklong buat kek sayang.. 
Faris: Kek apa? Tengok sikit.
Qish: Ni.. *sambil tunjuk kepada mereka*
Faris: Ohh.. Bendera.. Negara mana ni?
Qish: Ni bendera Syria..
Farisha: Kaklong.. Kaklong suka sangat ke kat Syria? Kenapa buat kek Syria?
Qish: Hmm. *tiba-tiba rasa sebak dan mata mula bergenang*
Farisha: Kat Syria best ke kaklong? *Faris hanya diam dan memerhatikan saya*
Qish: Sekarang kat sana ada masalah.. Ramai rakyat terbunuh. Diorang mati syahid. Kesian kat rakyat Syria. Kaklong kalau ada rezeki nak buat kek ni sebab nak suruh diorang happy. Kaklong nak bagi diorang kek yang Kaklong buat ni.. 
Faris: Ohh. Kenapa diorang kena bunuh pulak? Ada perang ke?
Qish: Lebih kurang macamtu lah.. Sebab diorang nak pertahankan negara dan agama.
Faris: Siapa yang bunuh diorang tu? *Farisha diam mungkin sebab mula tak faham*
Qish: Hmm. Tentera Rejim Bashar yang bunuh. Diorang tentera kerajaan. Diorang bunuh anak kecil, perempuan, semua rakyat yang bangkit nak menentang. Diorang jahat sangat. Diorang takda hati perut. Diorang tak takut Allah. Diorang sembah pemerintah. Diorang tak ikut sunnah ajaran Islam. Sampai hati diorang. Yang kena bunuh tu semua mati syahid. Diorang mati sebab nak pertahankan agama Islam. Pemerintah diorang sendiri sanggup rosakkan agama suci kita. Teruk sangat kat sana sekarang. Ayish dengan Isha ada kawan dari Syria tak? (kebetulan mereka belajar di Islamic International School di UIA Gombak dan kebanyakan kawan mereka berasal dari rantau Arab.)
Faris: Taktau lah.. Ada kut. Isha.. 'A' *tak ingat dah nama apa* tu dari Syria kan?
Farisha: Bukanlahh.. Dia dari Sudan. *dan dua beradik tu mula bertekak*
Qish: Dah.. Jangan gaduh. Tak kisahlah.. Nanti korang tanya balik dengan kawan-kawan tau. Sekarang ni yang penting, doakan keselamatan diorang kat sana. Lepastu bolehlah tanya dekat Teacher Sofi atau Teacher Safa awak pasal Syria ni. Kesian sangat diorang kat sana tu. *Farisha hanya diam termenung dan Faris minta si gadis Google gambar rakyat Syria sebab dia nak tengok. Lepas tengok semua gambar tu, dia ajak Farisha main game di laptop Papa mereka dan mereka terus berlalu.*


Faris Putra dan Farisha Shahira
Anak kecil yang gugur syahid selepas menjadi korban.

Kesimpulan dia.. Mungkin mereka belum boleh mengerti. Ataupun, mereka faham apa yang cuba diceritakan tapi mereka taktahu untuk beri respon yang sesuai. Harap-harap mereka faham dan mereka cuba selongkar lagi lebih dalam dengan bertanya dan bercerita kepada teacher mereka atau kawan-kawan. Macam diri Qish sendiri, saya tak mampu nak kesana nak membantu apatah lagi nak sama-sama syahid dengan mereka. Hanya mampu tumpang bersedih dan berdoa dari jauh. Sebenarnya, Walaupun mati dalam keadaan seksa, mungkin mereka boleh berbangga sebab mereka syahid dengan jalan mudah ke syurga. Hanya mampu berdoa dari jauh dan teruskan berdoa..

Revolusi dan kekejaman ini dah berlaku sejak beberapa bulan lepas. Tapi taktahu lah sampai bila ia akan berpanjangan. Wallahualam/. Moga Allah memberi balasan yang setimpal atas kezaliman yang Rejim Bashar Al-Assad lakukan terhadap rakyat Syria. Terbaru, seramai 145 orang telah menjadi pada 1 Ramadan 1433 Hijrah di Syria yang mula berpuasa sehari lebih awal dari kita di Malaysia. Jujur pada mulanya, Qish tidak berapa mengetahui tentang hal sebenar yang berlaku di Syria dan tak berapa ambil tahu sehingga lah pada suatu hari Qish terbaca tentang artikel Syria dari sebuah laman dakwah di Facebook. "LIKE" page ini --> [Rakyat MalaysiBersama Revolusi Syria] untuk menyatakan sokongan anda kepada rakyat Syria. Moga Allah sentiasa melindungi mereka dan memberi rahmat yang tak berpenghujung sempena kedatangan Ramadan ini.. In Sha Allah.

CIKMIN MACARON.



Assalamualaikum warahmatullah!

Selamat membaca buat yang membaca! Nihari 26 Syaaban 1433 Hijrah. Ada lebih kurang 5 hari lagi kita nak berpuasa. Alhamdulillah.. Cepatnya masa berlalu. Makin hari makin teruja nak countdown to Ramadan. :') Bila teruja akan sesuatu nikmat Allah, kita dapat rasa akan kemanisan hidup ini. Dan bila hidup dibuai kemanisan, hidup pun tenang dan sentiasa tersenyum. Mengambil kata-kata,
"Kemanisan hidup membuai ketenangan, dalam ketenangan terukir senyuman."
Memang manisnya hidup kita kalau kita nikmatinya dengan betul. Lebih-lebih lagi kalau dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang tersayang. Bahagia sangat-sangat kan.. Lagi bertambah manis lah kalau kita jamu diri kita dan mereka yang tersayang itu dengan sesuatu yang manisss~ Ewah. Apakah itu? O___o Jeng..jengg...

 Lemony Cheese Rainbow Cake, 3kg+.
Red Velvet Cake w/Cream Cheese, 2kg+.
Single Pavlova w/Vanilla Cream, 8'. 
Regular Macarons with Variety Flavors.
Tiramisu Cake in Jars.



Nampak tak awak yang membaca ni? Awak nampak tak kemanisan yang mengiringi rasa manisnya hidup awak bersama yang tersayang tu? Hihi. There we go. Semua kemanisan di atas tuu Qish dah cuba sendiri dah jamah sepuasnya namun sekarang bila tengok balik gambar-gambar tu, rasa terliur datang semula. Huhu. Sebenarnya entry ni dah lama tertangguh dalam draft oleh kerana sQish tak sempat nak go online Blogger. Alhamdulillah sempat juga curi masa harini.. By the way, semua produk di atas adalah bingkisan manis dari La'Min Sweet Craving milik Aunty Cikmin Macaron. Eh. Siapakah  Aunty Cikmin Macaron? Tekan nama beliau tu untuk find out dengan lebih lanjut. hihihi. 

Hmm. Sebenarnya Aunty Cikmin Macaron ni adalah seorang pengusaha produk bakery yang berjaya dan agak terkenal dalam kalangan pengguna Facebook. Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual dan menerima tempahan macaron secara online dan kemudiannya meluaskan perniagaan dengan menjual produk bakery seperti kek, pavlova, creampuff, choc eclairs dan lain-lain. Di bawah jenama kek saja, Aunty Cikmin Macaron ada membuat pelbagai jenis homemade kek yang eksklusif dengan pelbagai variety mengikut kehendak pelanggan. Antaranya ialah whole cake yang boleh customize ikut size dan bentuk, cupcakes, cake in acrylic, cake in jar dan push up cake. Tiga jenis kek buatan Aunty Cikmin Macaron yang pernah Qish nikmati ialah Red Velvet Cake w/Cream Cheese, Lemony  Cheese Rainbow Cake dan Tiramisu Cake in Jar. Semestinya kek yang paling menjadi kegemaran Mama dan Qish sekeluarga ialah Red Velvet Cake w/Cream Cheese yang sudah 4 kali kami tempah dari Aunty Cikmin Macaron. Lemony  Cheese Rainbow Cake pula baru sekali tempah sempena AGM Family Day haritu dan Tiramisu Cake in Jar ni Qish berpeluang merasa sebab Aunty Cikmin Macaron pernah bagi free dua jar time order banyak tuhari. Hihihi. Terima kasih Aunty Cikmin Macaron. =D Beberapa jenis kek lagi yang Qish belum pernah cuba In Sha Allah nak cuba order kalau ada rezeki nanti. hihi. For sure, saya memang verdict full stars and trust me readers, kek buatan Aunty Cikmin Macaron sangat terbaik. 

Selain itu juga, Qish pernah order Single Pavlova w/Vanilla Cream sebab tak pernah rasa lagi dan berhajat nak rasa. Hmm. Sedapnya juga sangat tak terkata dan buat saya yang pertama kali makan pavlova, memang akui yang rasanya dan teksturnya sangat unik. :P *Okay cukup. Tiba-tiba terliur balik. Huhu* Produk utama yang memang menjadi trademark dan kunci kepada rezeki Aunty Cikmin Macaron dah tentulah Italian Macarons yang resepinya dikatakan berasal dari negara Italy ni. Ada pelbagai variety of flavors dan pakej yang Aunty  Cikmin Macaron sediakan buat mereka yang belum mencuba ataupun yang sememangnya seorang penggemar macarons. Favorite Qish? Semua yang Qish dah telan tu lah jadi favorite. Hiks~ Mama yang tak suka sangat makan benda manis pun tak menolak bila Qish hulurkan macarons ni.. Berhajat nak rasa? Orderlah dengan Aunty Cikmin Macaron. Hee.

Macam mana nak order? Senang saja.. Tekan saja mana-mana link di bawah. 
Semua Aunty Cikmin ada. hihi. 


Oh ya.. Buat yang ingin membuat tempahan, Aunty Cikmin Macaron boleh membuat penghantaran melalui kurier bergantung kepada jenis produk yang nak ditempah. Selain itu, yang paling specialnya, Aunty Cikmin Macaron ada mengadakan service COD atau Cash-On-Delivery buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.. Kemain jauh tiap-tiap hujung minggu hari Sabtu atau Ahad, Aunty Cikmin turun dari Bentong melalui servis Kedai Kek Bergerak yang memang mendapat sambutan ramai. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Kedai Kek Bergerak ni, bolehlah usha di page La'Min Sweet Craving okay. :)


*Credit to Aunty Cikmin for gambar Pavlova, Tiramisu Cake in Jar & Poster Kedai Kek Bergerak*

p/s; Baru check News Feed di Facebook tadi, Aunty Cikmin Macaron dah buka promosi untuk raya! Whoahh.. Nak tahu lebih lanjut? Tekan link blog yang Qish dah beri di atas. Sekian saja entry manis ini. Hoho. Daaaa!



AGM Family Day 2012



PERHATIAN:- *Semua gambar di bawah adalah tidak mengikut susunan kronologi peristiwa dan hanya diupload secara random oleh si gadis. Harap maklum. hihi* Enjoy yourself, tengok gambar dan baca caption. :) Oh ya. Gambar kita tak ada. Kita pengambil gambar je. :)


 Pertandingan Puzzle untuk little cousins.
 Sekitar event Family Day AGM 2012. :) Candid.
 Acara makan-makan baru bermula. :)
Acara ambil gambar portrait AGM bersama anak dan menantu. :)
Kids' burger stall oleh Adib, Danial, Haqimie dan Faris.
Supervised by Cik Bob. :)
 My first attempt on preparing the Candy Buffet. Comot! haha.
The Smurf theme. Oh ya. Abaikan juga RV cake yang dah cair tu. 
Banner for Candy Buffet done by Qish. =.="
Bacaan doa oleh CIk Zairul. :)
 Raiqal Faiz, Apple of the Day. :)
 Foods? Ada banyak.. Nasi goreng, laksa, sotong kangkung, pizza, burger, 
donuts, kuih-muih, dan macam-macam lagi makanan. :P
Bergambar di photobooth.
Faris, Yunus dan Danial. :)
 Preparation at home. :)
 Preparation just settled.Theme?
The Smurf; Red, Blue, White. ;)
 Photobooth preparation by Syafiq and Adly.
Maisarah dan Farisha jadi assistant. :)
 Little cousins. :')
 Prepare hadiah untuk lucky draw. :)
Little cousins.. Again. :) Tak cukup ni sebenarnya..
 Betapa susahnya nak dapat gambar budak kecik berempat ni. =="
Hanie (yang kat kerusi tu), Daniel, Mikhail dan Aleeya. huhu.
Burger masak on the spot by Cik Bob. :)

That's it. Alhamdulillah AGM Family Day yang dirancang, dianjurkan & diselesaikan oleh cucu-cucu Tok Abah yang mostly masih bersekolah ni berjalan lancar semuanya. Sederhana je sekadar untuk luangkan masa bersama-sama. We had so much fun yay! Banyak gambar lagi sebenarnya tapi ni je yang dapat dikongsi. Hihi. Itu pun gambar untuk sebelah malam Qish tak dapat ambil sebab battery camera sudah habis sebelum Maghrib menjelma. ==" Okay cukup.. Nanti update lagi. Adios! ♥ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020