HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Cerita Takdir Indah.


Bismillahirahmannirrahim. 
Assalamualaikum warahmatullah/Salam sejahtera.. ^^

Jumu'ah mubarakah dan salam sayyidul ayyam. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang telah meminjamkan nafas kepada kita hingga ke saat ini dan memberi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini. Tak lupa juga, selawat dan salam ke atas Nabi Allah, Rasulullah saw, junjungan kekasih Allah. Moga anda yang membaca ini sihat walafiat dan diberkati selalu dalam segala urusan mudah-mudahan.. Saya update entri ini dalam keadaan demam yang dah masuk hari kelima harini. Cuaca tak menentu kan. Gigih nak update juga maka saya cuma copy paste cerita saya dari status di Facebook saya sahaja. By the way, tujuan entri ini adalah sebab Qish ada nak kongsi cerita sikit dalam entri ini. In Sha Allah. Kisahnya begini....

************
Di Twitter, saya ada berkenalan dengan seorang gadis manis yang sebaya dengan saya. Kami pun tak perasan bila kami mula follow sesama sendiri tapi yang pasti, kami mula berkenalan selepas berkongsi cerita dan mengetahui yang kami senasib iaitu baru kehilangan seorang ayah. Perkenalan bermula lepas saya menegur Mira yang sedang tweet tentang arwah ayahnya. Sejak itu, tiap kali Mira tweet fasal arwah ayahnya, mesti saya menyampuk untuk berkongsi rasa kerana kami senasib dan yang amat mengujakan tiap kali kami bersembang di Twitter, pasti akan ada persamaan atau kebetulan yang kami discover. Alhamdulillah, ukhwah kami pun terjalin..

1) Arwah Ayahanda meninggal dunia 4/11/11 genap seminggu selepas Arwah Abah Mira meninggal dunia 27/10/11. 

2) Waktu hari lahir Arwah Ayahanda tahun lepas, kami dapat tahu yang Arwah Ayahanda saya dan Arwah Abah Mira berkongsi tarikh lahir sama iaitu pada 27 Disember. Masha Allah..

3) Kelmarin, dapat tahu yang pusara Arwah Abah Mira terletak di Taman Raudhatus Sakinah, sama tanah perkuburan dengan Arwah Ayahanda. Subhanallah..

Lepas dapat tahu yang pusara Arwah Abah Mira setempat dengan Arwah Ayahanda, saya tanyakan number lot pusara Arwah Abah Mira. Mira kata tak ingat numbernya tapi ingat lorong dan kawasan fasanya. Dia pun tanya number pusara Arwah Ayahanda dan saya pun bagi number lot P7A 2627 dan nama penuh Arwah Ayahanda. Waktu itu sambil bertweet tiba tiba teringat dalam fikiran yang pemilik pusara bersebelahan Arwah Ayahanda, tarikh lahirnya pun sama dengan Arwah Ayahanda. Lepastu, Mira reply cakap dia baru teringat yang kemungkinan number lot pusara Arwah Abah Mira ialah P7A 2628 iaitu bersebelahan dengan pusara Arwah Ayahanda.

Saya terus rasa bergetar hati dan menitik air mata dengan apa yang Allah datangkan ini.. Terus terfikir sama ada ini satu suratan atau kebetulan. Terkejut, tak sangka dan macam macam perasaan berbaur. Saya minta nama penuh Arwah Abah Mira dan saya cari di sistem ePusara Jawi. Rupanya memang betul yang pusara Arwah Ayahanda dan pusara Arwah Abah Mira bersebelahan. Subhanallah.. Arwah Ayahanda dan Arwah Abah Mira berjiran!

Kata Allah, "Kun fayakun!" - jadi, maka jadilah! 
Semua kuasa Allah. Allah Maha Besar. 
Dia takdirkan Ayahanda dan Abah Mira berjiran di alam barzakh.
Dan selepas itu, dia takdirkan puteri puteri keduanya bertemu di Twitter.
Indahnya suratan takdir yang Allah dah tuliskan. ^^ Masha Allah..

In Sha Allah, kalau panjang umur dan ada rezeki esok, saya & Mama serta Mira & Mama Mira akan bertemu buat kami pertama di Taman Raudhatus Sakinah untuk menziarah pusara insan-insan yang kami sayangi. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ayahanda Badaruddin Ghazali, Allahyarham Uncle Noor Azwan Mohd Arif dan semua muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita semua. Aamiin.. Mari sedekahkan al-Fatihah buat semua insan yang kita sayang..

7 April 2013, Ahad.
************

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Indahnya cerita takdir saya kan? Allah yang susun ketentuannya. :') Saya pun tak sangka yang saya akan melalui cerita takdir sebegini. Terima kasih buat yang sudi membaca sampai ke patah kata yang terakhir. Saya berkongsi cerita ini sebab nak tunjuk betapa hebatnya perancangan Allah SWT. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaannya bila diketemukan dengan ukhwah baru dalam situasi sebegini. Alhamdulillah. Saya rasa beruntung sangat dapat kenal dengan Mira Azwan. Harap ukhwah kami kekal hingga bila-bila dan moga ada pengisian yang dapat anda yang membaca ini rungkai dari kisah saya. Wallahua'lam..


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020