HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

8 Rejab.



Assalamualaikum warahmatullah..

Nihari tanggal 29 Mei 2012, hari Selasa bersamaan 8 Rejab 1433 Hijrah. Alhamdulillah, mata dibuka dengan rasa penuh bersyukur atas peluang yang diberi olehNya untuk Qish terus bernafas di muka bumi ini. Hari bermula dengan rutin biasa sejak cuti semester bermula tempohari. Qish banyak habiskan masa di depan laptop untuk Google itu ini, blog sana blog sini dan biarkan Facebook sentiasa online. Waktu tengah asyik membalas comment, Mama ajak keluar kejap pergi bank untuk urusan penting. Lepastu terus menuju ke KL Sentral dalam pukul 12 lebih untuk uruskan semuanya.

Sepulangnya dari KL Sentral, turun kereta, baru mula berjalan, dengar Mama menjerit panggil Qish dari depan rumah jiran. Ingatkan barang tertinggal atau apa. Rupanya Mama nak bagitau sesuatu. Apa dia? Dapat berita sedih yang sangat mengejutkan. Allahuakbar.. Terus rasa lemah kaki ni.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." - (QS. Al-Ankabut 29:57)
Seorang demi seorang kawan Qish pergi mengadap Illahi. Ramai betul kawan kawan Qish dan orang orang sekeliling yang meninggal pada usia muda begini. Muhsin, Hafieza, Ammar, dan beberapa orang lagi. Al-Fatihah buat mereka semua. Indahnya kalau Allah mahu bertemu dengan kita. Indahnya dapat bertemu Allah saat dosa kita masih belum terkumpul hingga berpuluh tahun. Giliran mereka semuanya telah sampai. Entah bilalah giliran Qish pula. Sungguh bila memikirkan amalan yang sangat cetek, belum lagi cukup sedia untuk menghadapi mati. Tapi mati itu pasti dan bila bila masa sahaja akan menjemput kita kan?

Teringat kenangan dengan Arwah Hanif. Bercerita tentang dia, kami sekolah rendah sama dulu tapi sejak masuk sekolah menengah yang makin rapat. Dia suka usik Qish. Dia aktif, periang dan peramah. Dulu dia suka panggil Qish Caca Marba tapinya taktahu kenapa lah. Huhu. Arwah budak pandai dan bersekolah di Sekolah Sains Alam Shah sebelum dia berhenti kerana jatuh sakit lebih kurang 2 tahun lalu. Lepastu memang tak nampak dah Hanif main bola kat gelanggang futsal bawah rumah Qish sejak dia sakit. Takda dah dia melepak dengan kawan kawan dia lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan. Diiring doa dan air mata, yang pergi takkan kembali lagi. Moga sejahtera lah Allahyarham di sana. Dia dikebumikan di Taman Raudhatus Sakinah satu tempat dengan Papa. In Sha Allah bolehlah ziarah pusara Arwah sekali bila Qish menziarah kubur Arwah Papa kesayangan Qish nanti.

Nihari memang betul betul menduga. Patutlah rasa sugul je semacam sejak semalam. Rupanya ada benda nak berlaku. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Papa, Allahyarhamah Tok Mon dan semua yang telah meninggal dunia. Moga syurga menanti mereka. In Sha Allah. Al-Fatihah..


Buka Buku Baru.


Assalamualaikum warahmatullah..

"Life is like a book.. We always turn to new pages and grow into a new chapters,
but we always hope that we all get a happy ending.."

Setiap dari kita harapkan permulaan yang baik dari sebuah pengakhiran yang berlaku. Tak kira lah sama ada pengakhiran itu datang dari sesuatu yang baik mahupun jua yang tak baik. Semua orang mahukan yang terbaik dalam hidupnya kan? Tak terkecuali buat Qish juga. Selepas beberapa rintangan dan dugaan dihadapi yang memungkinkan saya kecundang dalam melaluinya, Alhamdulillah saya rasa semakin betah nak hadapi hidup yang serba menduga ini. Dalam meniti kedewasaan usia, mungkin cabaran dan dugaan yang dihadapi boleh mematangkan kita. Siapa tahu kan.. Huhu.

Seiring dengan pertambahan titik pengalaman dalam lingkungan kehidupan, *ececehh* Qish nekad mengubah wajah blognya ke wajah yang baru, yang mungkin kelihatan lebih sesuai dengan jiwa sendiri. Warnanya merah jambu. Hihi. Buat yang dah sedia maklum yang merah jambu ni memang kegemaran tuan empunya badan. Tapinya entah kenapa warna tema blog ini sebelum ini adalah merah, hitam dan putih. Kali terakhir Qish tukar 28 September 2011 dan lebih kurang 8 bulan jugalah blog Qish bertahan dengan tema dulu tu. :)

Idea nak ubah blog tiba-tiba datang dengan tak sengaja dan dilakukan dalam masa 1 jam kot. Hee. Dia tak boleh plan kalau benda macam ni sebab kalau plan mesti tak menjadi. Tadi tak plan Alhamdulillah jadi plak. :3 Tema blog ni, "Buka Buku Baru". Nampak header kat atas tu Qish tengah pegang buku? Huhu. Buka jelah buku apa-apa kan janji yang berfaedah dan bawa manfaat. Alhamdulillah.. Moga anda terus rajin nak menjenguk ke sini lagi hendaknya. Terima kasih buat yang sudi menjenguk baik yang menonjolkan diri mahupun silent reader. 


A Day For Mama.


Assalamualaikum warahmatullah..

Last Sunday was Mama's Day.. For this year, we don't really plan it earlier as we only planned everything during the last minutes and only prepared it earlier for the cake. We ordered a special Red Velvet Cake from La'Min Sweet Craving first as by chance, Aunty Cikmin, the owner of the bakery that located in Bentong, Pahang was in KL for the collect on delivery (COD). Alhamdulillah we successfully COD the cake at Tesco Ampang by 2pm. Me and Neddy went there to collect the cake. Thank you Aunty Cikmin for giving discount to us! :')

This is le cake special ordered from La'Min Sweet Craving.
Click the link above to order. RV Cake RM90.00nett.

Then after returned home from Tesco, we started doing meeting. Since that Mama was going out with her sister, it made easier for us to plan for the surprise. Yayyy! :D At first, we wanted to go out somewhere with Mama and having surprise outside but since that we already went out the day before and in fact Mama also has her own program, so we decided to make surprise at home. After few minutes having a so called meeting, we agreed to order pizzas from Pizza Hut Delivery. Hoho. Mula-mula pilih nak PHD ke Domino's. Dah tu nak pilih menu pun dah berapa lama. -________-" At last, PHD became the choice. We only ordered two boxes of large pizza; The Supremo and Beef Pepperoni, 5 soups of the day and 3 sets of garlic bread for the surprise party. Salute to PHD because they deliver right on time as promised! :D


 Dah siap semuanya.. (Y)

 Simple from us.. :')

 Alhamdulillah.. The Supremo. :P

 Happy Mama's Day our Mama Sayang! ♥
 Mama Cantik, Kaklong & Monsters sayanggggg Mama!
 Mama Yang Baik Hati, Kami Doakan Segalanya Yang Terbaik Buat Mama.. :')

Alhamdulillah sedap.. Terima kasih Aunty Cikmin.
Bukan senang nak makan kek ni. Sedap Aunty Cikmin buat!

Apa yang kami buat taklah sebesar mana dan terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang Mama dah curahkan buat kami semua. Ini saja yang kami mampu buat masa ini. Kalau tak buat surprise or any party or even not giving any present also is still okay as long as you always appreciate your Mama and love your Mama more than everything. Tak semestinya waktu Hari Ibu saja kita kena raikan Ibu kita. Setiap masa, setiap detik dan saban waktu, Ibu adalah keutamaan kita. Mama saya sangat kuat dan tabah, baik hati, sangat penyabar, penyayang, lembut dan cantik. Mama segalanya buat kami, Mama kami dunia dan akhirat. Kami sayang Mama sangat-sangat! 

Because Mama is..
The one who carried me for 9 months
The one who brought me out to this world
The one who became my first love after all
The one who made me fall in love at my first sight
The one who always be patient with my acts
The one who take care of me and my sisters
The one who always fulfilled our wishes
The one who is very strong and courage
The one who become the best Mama ever!


Moga Allah sentiasa memberkati hidup Mama
moga Mama sentiasa sihat
moga Mama sentiasa bahagia disamping kami
moga Mama selalu dimurahkan rezeki
moga Mama sentiasa berada di bawah lindunganNya
dan moga Mama berjaya dalam setiap yang Mama lakukan..

Aamin. In Sha Allah.. ♥
Thanks for everything Mama!
Selamat Hari Mama..
Dari puteri-puterimu Darleenas with so much loves!

Kaklong, Kakngah, Ain, Adik. =)




 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020