HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

His Birthday Without The Presence of Him. :'(



Assalamualaikum warahmatullah..

Today, 27 December 2011. It's suppose to be Papa's 50th Birthday.
But, there'll be no more "Happy Birthday" wishes, no more celebration.
No more happiness in this day.. 27th December.
The only Birthday King in Darleena family is no more here to celebrate his own birthday.

After 1 month 23 days he passed away and left us behind.
His birthday is here again without the present of him. 
Wallahi.. Kaklong miss you so much dear Papa..



Hanya doa dapat kupanjatkan di hari lahirmu Papa..
Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Dan moga rohmu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah. Kami merinduimu.
Al-Fatihah. ♥ Selamat Ulangtahun Ke-50 Papa Badaruddin Ghazali. :'(


Bakti Seorang Papa.


Assalamualaikum warahmatullah..

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah. Kerana masih ada kesempatan saya untuk hidup bernafas di muka bumi Allah ini. Terus merasai susah senang dan liku kehidupan, terus berjuang atas nama tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Serasa sudah lamanya Qish tidak menulis. Sudah lama tak menulis panjang panjang. Hanya sekali sekala blog menjadi tempat mencurah sedikit rasa. Sejak Papa pergi meninggalkan kami genap 44 hari yang lalu, dan sejak Papa mula terlantar selepas kemalangan hampir 4 bulan lalu, semangat saya sudah seakan hilang. Bukan sahaja untuk menulis, malah untuk terus berpijak sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanpa Papa, hidup kami sekeluarga tidak akan pernah sempurna. Dan tanpa Papa juga, bait bait keceriaan tidak akan seperti dulu. Allahuakbar. :'(

Terlalu banyak jasa Papa yang tak dapat diungkapkan kesemuanya di sini.. Dengan tanggungjawab besar yang Papa pikul (memelihara 4 orang puteri zuriatnya), Papa tetap sempurnakan dengan jaya dan memberi kami sepenuh perhatian dan kasih sayang. Papa memang seorang hamba Allah yang sangat penyayang terhadap puteri-puteri beliau.. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Mama ketika berusia 31 tahun (satu usia yang agak matang untuk mendirikan rumah tangga bagi lelaki), Papa memang seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Besarnya kami seperti telah lahir di dalam dulang emas. Dituruti sahaja semua kemahuan kami, keperluan kami dan apa jua yang kami minta. Papa lah yang terbaik buat kami.. :')

Teringat kenangan sedari kecil hingga besar, Papa sangat berlembut dengan puteri-puterinya. Segala kata-kata yang Papa tuturkan semuanya mencerminkan karisma Papa sebagai seorang Papa yang penyayang. Namun, bukan tidak pernah Qish dan adik-adik dipukul. Kami juga pernah dihukum seperti anak-anak lain. Tapi hukuman itu bukanlah untuk mendera tapi sebagai pengajaran seorang Papa untuk mendidik anaknya menjadi seorang manusia yang berguna. Bukan tak pernah Papa mengamuk dan marah-marah, walaupun jarang sangat tapi tetap menakutkan. Hihi. Dan ada juga hikmahnya yang membuat kami menjadi terdidik sempurna oleh Papa dan Mama. Alhamdulillah..

Setiap kali hujung minggu, cuti sekolah atau bila-bila sahaja masa senggang kami, Papa akan peruntukkan untuk bawa kami jalan-jalan makan angin atau membeli belah. Ada saja tempat baru yang Papa teroka bila kami sekeluarga keluar bersama. Tempat yang paling kerap kami kunjungi bersama Papa sejak kecil, dimana tempat itu baru dibuka hingga sekarang, dimana kami sudah membesar ialah Mid Valley. Memang banyak kenangan dengan Papa disitu. Dimana Qish juga menghabiskan 6 bulan bekerja disana selepas SPM sebelum masuk ke UNISEL. Setiap hari berulang alik dihantar oleh Papa. Betapa sabarnya Papa melayan kerenah Qish. Menemankan puterinya ke sesi temu duga dan membantu Qish dalam selok belok dunia kerjaya yang mencabar. Papa Darleena memang seorang SuperDad! ♥

Mengimbau semula kenangan alam persekolahan, Papa sanggup korbankan sebahagian masa kerjanya untuk anak-anak gadis Papa. Bayangkan, 6.45am Papa hantar Qish, Neddy dan Ain ke sekolah untuk morning session. Bila tengahari, siapa yang takda extra class atau kokurikulum Papa jemput pulang pukul 1.05pm. Kadang-kadang Papa datang lambat tapi Papa tak pernah miss jemput kami. Kalau hari yang Qish atau Neddy keluar 1.40pm, Papa akan datang jemput lagi tengahari tuu. 2 kali berturut. Cuba anda bayangkan. Tapinya Papa tak pernah merungut. Sehari untuk morning session saja, 2-3 kali Papa berulang nak jemput kami. Busy mana sekalipun dengan appoinments dan meeting, urusan kerja Papa tolak ke tepi demi kami puteri-puterinya. Betapa besarnya pengorbanan seorang Papa.. :'(

Papa setia dalam menjalankan tugasnya melindungi kami. Ke mana saja kami nak pergi, Papa sentiasa ada untuk menghantar kami. Jauh atau dekat, Papa tak kisah asalkan puterinya selamat. Bila si Qish dah melangkah ke alam universiti, tiap minggu Papa akur melayan kerenah puteri sulungnya. Sanggup menjemput Qish dari Unisel dan menghantar kembali Qish ke Unisel setiap minggu walaupun ada bas yang boleh Qish naik untuk pergi balik. Besarnya bakti Papa.. Kesanggupan dan rasa kasih sayang Papa yang suci terus terserlah hingga ke hembusan nafas Papa yang terakhir.

Papa kecundang ketika dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Papa yang baik. Atas rasa kasih sayang dan ingin melindungi puterinya, Papa sanggup memandu dalam hujan, melalui jalan yang bahaya untuk membayar yuran Qish dan menjemput Qish di Unisel. Pagi itu permulaan segalanya. Papa hantar Qish dan Iela ke UM untuk pulang ke Unisel bersama Beela dihantar oleh ayahnya. Papa berjanji nak menjemput kami semua serumah pulang selepas class. Puas Qish menolak pelawaan Papa untuk menjemput kami (saya dan kawan-kawan) di Unisel pada sebelah petang tapi Papa beriya iya sangat nak jemput Qish dan kawan kawan balik untuk bercuti. Rupanya tugas Papa berakhir pada hari itu. Dan hari Isnin, 22 Ogos itulah kali terakhir Qish merasa Papa menghantar Qish buat kali terakhir sebelum Papa kemalangan dalam perjalanan untuk jemput Qish di hostel. Dan sejak kejadian itu, berakhir lah tugas Papa..

2 bulan 2 minggu Papa berada dalam koma. Berehat daripada tanggungjawab besar yang penuh dengan kasih sayang beliau itu. Langsung kami sekeluarga ibarat patah kedua belah kaki bila Papa tiada lagi menggalas tugas untuk melindungi kami. Mujurlah Papa pernah mengajar kami berdikari.. Kami langsung ke sana ke mari tanpa mengharap Papa yang sedang terlantar lagi. Saban hari berulang alik ke hospital secara sendiri tanpa Papa. Belajar mengharung kepayahan tanpa Papa yang selama ini membawa kami ke mana saja kami tuju. Setelah puas menanggung derita, Papa pergi meninggalkan Mama, Qish dan adik adik selamanya pada tanggal 4 November 2011.

Sesungguhnya.. Kehilangan Papa memang berlaku dalam sekelip mata. Dalam keadaan kami yang tak pernah bersedia untuk menghadapi sebarang kehilangan dan disaat kami masih dahagakan kasih sayang Papa yang tak pernah putus, Papa pergi mengadap Illahi meninggalkan kami berlima.. Dan tiadalah lagi lelaki yang selama ini menjadi Imam kami, pelindung dan kepala keluarga kami. :'( Inalillahiwainailahirajiun.. Lebih sebulan berlalu, kami masih cuba untuk menguatkan diri demi meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Bukan mudah untuk menghadapinya apatah lagi insan yang amat kami sayang dan menjadi tunggak hidup kami selama ini telah selamanya meninggalkan kami.

Papa, betapa besarnya bakti yang Papa curahkan untuk kami sekeluarga sepanjang hayat Papa. Belum sempat kaklong balas segala kasih sayang yang Papa curahkan, Papa dah pergi meninggalkan kami. Papa, kaklong rindu sangat sangat kat Papa. Allah saja yang tahu betapa peritnya kerinduan ini. Setiap kenangan betul betul mengusik. Kaklong rindukan Papa.. Kami semua rindu Papa sangat sangat.. Hidup memang betul betul kosong tanpa Papa.. Al-Fatihah..



Rindu Papa. :'(


Tidak kutahu lagi bagaimana mahu kuungkapkan rasa rindu yang sangat perit ini.
Hanya doa dan air mata saja yang mengiringi kerinduan ini.
Betapa setiap kenangan kita menghantui dalam hidup ini.
Setiap kemanisan, kepahitan yang pernah terjadi kini tidak akan pernah ada lagi..
Ayahanda, sesungguhnya puterimu ini terlalu sangat merindui dirimu..
Hadirlah dalam mimpiku ayahanda.. Kaklong rinduuu.. Al-Fatihah. :'(




Moga Papa dicucuri rahmat olehNya.. Kaklong sayang Papa. 



Selamat Jalan Papa..


Innalillahiwainailaihirajiuun~
Al-Fatihah buat Papa..


Papa BADARUDDIN BIN GHAZALI.
27 Disember 1961-4 November 2011


Moga Papa tenang di sana.
Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas Papa..
Al-Fatihah..  T__T

Bienvenido November.



1.11.11

Cantiknyaa tarikh ni kan Papa?
Nihari dah masuk bulan November.
Lagi berapa hari kita nak Raya Haji pula.
Bila lah Papa nak sedar?
Kaklong rindu Papa.. :'(



p/s; Papa sangat handsome. 






Dapur Itu Juga Maniss.. ;]



Assalamualaikum warahmatullah..

Hello guys! Just like what I've promised, I'm here to update and share the pictures of my  hostel tour as a part of update for my Unisel entries. Lol. (bapak berbelit jejari senget Qish nak taip speaking bagai ni). Nihari nak share 'documentary' fasal dapur kat 'condo' Unisel pula. Hmm. Silakan jamukan mata anda. Kita snap semua pukul 8 lebih tadi. Fresh dari camera. haha. Kebetulan, nihari kita tak ada class. Jadi, dapur kita berasap lah nihari. Tengoklah.. :P

 Mukadimah; Nihari kita masak Tomyam. Hihi.

 Ini namanya tomyam campur. Sedap tak nampak? Hihi.
Ada ayam, cendawan, carrot dan juga udang. 

 Ni jelah ruang masak yang ada. Semua nak sumbat setempat.
Tak seberapa pun.. Tapinya bolehlahh. :)

 Tempat susun pinggan, DIY punya je. Haha.
Tengok sinki tu. Diorang pakai sinki murah.
Selalu sangat tersumbat ni wahai Jananiaga. -.-

 Rencah kehidupan. Hee. Nak kenalkan juga?
Dari belakang kiri; minyak masak, Pepper, sos cili,
Dari tengah kiri; Tumix, serbuk kunyit.
Dari depan kiri; Kicap masin, garam, kicap manis. :)

 Nama benda ni bakul bawang. ;3

 Ni je yang kami mampu. Puas cari mug stand yang dijual tapi takda.
Ada orang nak jual kat kami tak? Sila comment kalau ada. Terdesak ni. =="

 Ni tempat gantung periuk belanga, kuali dengan gadget memasak.

 Ni laci rahsia. Haha. Sebenarnya ruang stok barang memasak kami.
Tapinya segala benda disumbat di dalam kabinet ini.

 Water dispenser ni lah nyawa kitorang.. Haha.
Membekalkan air Hot and Cool untuk kami. Yang sebelah tu tong beras.

 Ni pula stok makanan Qish baru bawak balik.
Mama beli macam nak suruh bukak kedai runcit.

 Antara dua robot terpenting di dapur condo kami. :')

 Ni dalam pintu peti. tingkat bawah sekali. Susu susu. :P

 Ni first floor diaa. hee. Kordial.. dan tengok tuu.
Ada budu. Wajib simpan budu yaa.. Saya tekak Kelate.

 Minyak sapi, asam jawa dan kicap. Haha.

 Wajib ada dalam peti.

 Haa. Ni baru pintu peti. kemas sikit. Tapinya..

Tengok tuu awok. Belacan block paling besar Iela bawa. Haha.
Sebab apa? Kitorang makan belacan macam kunyah biskut. :P
-
 Ini box paling bawah kat body fridge. 
Ada stok cili api, sayur, ikan pekasam, ikan bilis.

 Ini body atas. Ada cili mesin dengan sambal belacan.
Oh yaa.. Peti ais kami ni banyak harta karun. -.-

 sSegala benda yang kat bawah tu..
semua lah pendek kata, kawan kita punya.

Ini freezer. Ada ayam, ikan, dengan udang.
Ada frozen food juga. Hihi.

Haa. setakat ni sajalah dokumentari saya *lahh sangat* zz. Alhamdulillah.. Kami bersyukur sangat dengan keselesaan yang kami ada. Bukan semua orang boleh rajin gigih nak angkut  segalabarang macam nak pindah selamanya kat sini macam titeww. Hihi. Thank you very much Papa dan Mama sebab dah bagi anakanda segala kemudahan yang menyenangkan ini. Papa dah lengkapkan dan mudahkan segalanya untuk Kaklong belajar dan tinggal dengan selesa di sini. Bila part memasak, kitorang berempat saya, Beela, Aisyah & Iela collect duit untuk beli stock barang memasak. Walaupun tak seberapa macam rumah sendiri, tapi dapat jugalah kami merasa kehidupan berumahtangga secara berdikari ni. Boleh juga nak asah skill masak-masak ni kan. Alhamdulillah.. Nanti nak update fasal ruang lain dalam hostel kami pulak.. :)


p/s; Qish rinduu Papa sangat.. Papa. :'( Kaklong dah pandai masak tomyam sedap..



Manisnyaa Bilik Itu.


Assalamualaikum warahmatullah..

Live dari Universiti Selangor, Qish Darleena membawakan kepada anda sebuah dokumentari bertajuk BILIK SAYA. Yayy! Sila beri tepukan gemuruh! :p Hmm. Update ni tentang bilik Qish kat Unisel. hee. Sejak masuk Unisel, tak pernah nak cerita fasal kat sana kan? Tak pernah pun masukkan gambar hostel, kawan-kawan atau update apa-apa pun fasal study dan persekitaran kat Unisel kan? So, here we go.. let me bring you to the tour of my Room Sweet Room, live from Unit D6-2F-U1, Unisel Condo, Bestari Jaya. zz~ 

Ini bahagian paling penting dalam wardrobe.
Messy dan penuh, dan segala benda nak sumbat kan Qish.
Kantoilah semua benda yang Qish pakai. ^^"

Slot paling besar tu untuk gantung baju gi class dan hanger tudung.
Kanan untuk toiletries, bawah tu accessories etc,
bawah kiri baju kurung, bawah kanan t shirt dan baju tidur,
bawah sekali kiri skirt, bawah sekali kanan seluar. Hihi.

Sakit mata tengok wardrobe anak dara seorang ni kan. =="

Atas meja ini sentiasa penuh dengan barang.
Segala benda letak atas meja ni. 

Ni nama dia ruang belajar QishDarleena.
Tapinya sekarang fungsi dia jadi ruang online QishDarleena. Haha.

Bilik Qish ni kalau siang tak bukak lampu nampak malap sikit.
Haa. Tamak dengan kipas jua. Kipas siling ada, kipas meja pun ada.
Nasib baik kipas lantai dengan kipas dinding tak ada. ;3

Yang comel sangat tengah baring atas katil tu nama dia GeBu.
Hihi. Bawah katil tuu ada bakul kain color pink.
Beg kuning Jacob tepi katil tuu banyak khazanah. Haha.
Stok makanan Qish dari Mama. Duhh. ^^"

Ini meja Beela room mate Qish tapinya dia tak letak barang pun.
Jadi, barang atas tuu semua Qish punya. Hee.
Belts kat dinding, handbag, penyapu dan segala yang bergantung tu pun. ;p

Hadiah color merah tu untuk Abang Faisal yang tolong Papa
time accident tempohari. Hihi. *nak juga promote*

Budak tecik tecik omel ni lah namanya GeBu.
Say Hii to GeBu! :D Colour merah tu Bobby, tabung ladybird titeww..

Ni persekitaran bawah blok D6. Bersih nok.
Skuter tu Izzah punya. Hihi. Tong sampah biru tu Mayam punya. ;3

Rumah kita tingkat dua tau awak.
Tapinya bukan view sebelah sini. Belah sana dekat pondok pak guard.

Hihi. Akhirnya tertunai juga sikit update kita fasal Unisel. Ni tak habis cerita lagi nii.. Harini cerita fasal bilik je. Nanti kita cerita fasal dapur pula. Haha. Alhamdulillah selama duduk di hostel rasanya sangat selesa dan macam kat rumah sendiri je. Compare dengan asrama di kebanyakan IPTA yang padat dan kurang facilities. Saya bersyukur dapat study di Unisel. Alhamdulillah.. Okay bye. :p




Harapan.


Assalamualaikum warahmatullah.. 

Bila dah jadi macam ni, apa-apa musibah atau ujian yang menimpa sebuah keluarga seperti saya, peranan seorang anak sulung untuk keluarganya sangatlah penting.. Apatah lagi bila ibunya tidak kuat dan sibuk pula menguruskan si ayahnya yang sedang terlantar. Di situlah anak sulung memainkan peranan untuk ibu dan adik-adiknya. Kekuatan keluarganya kini bergantung pada dirinya. Dan kini dialah satu-satunya harapan keluarganya bagi memikul tanggungjawab sementara bagi mereka.

Mulanya, saya sangat tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan ini.. Awal-awal lagi saya sudah tersungkur apabila mendapat tahu perkara ini berlaku kepada Papa. Tambah lagi bila Papa kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menjemput saya.. Boleh saja saya menyalahkan diri saya sendiri yang menyebabkan Papa kemalangan. Boleh saja saya katakan "Papa accident sebab kaklong.. Dia kelam kabut nak jemput kaklong tadi, nak bayar exam and study fees kaklong. Papa accident semuanya salah kaklong.. Kalau tak sebab nak pergi Unisel, Papa takkan jadi macam ni.." Begitu lah tanggapan saya yang pada mulanya memang menyalahkan diri saya atas apa yang terjadi.. Dan saya juga ketakutan bila memikirkan mungkin Mama dan adik-adik juga akan menyalahkan saya.. 


Alhamdulillah.. Papa sudah didik kami dengan nilai murni yang sebaiknya.. Mengisi jiwa kami dengan kepercayaan takdir dan keimanan terhadap qada' dan qadar. Ini semua ketentuan walaupun Datuk saya sendiri (bapa kepada Papa) memarahi saya dan menyalahkan darah dagingnya ini atas apa yang menimpa anak kebanggaannya itu. Dia saja yang memarahi saya. Saya mesti kuat.. Lagipun, apa dia boleh buat pada saya kalau betul ada terdetik rasa benci dia terhadap saya. Saya hanya manusia biasa wahai datuk..


Dalam saat yang segenting ini, ramai yang menghulur tangan menyokong saya mahupun membantu.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan keluarga, sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang baik semuanya.. Tanpa sokongan semua, saya dan keluarga mungkin tidak akan betah untuk terus berdiri mengharungi dugaan hidup kami. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian..


Sebagai anak sulung, orang yang sangat rapat dengan Papa Mama dan sebagai wakil adik-adik, pelbagai harapan saya sandarkan demi melihat kesembuhan Papa saya.. Saya mahukan semuanya kembali seperti dulu.. Selepas kemalangan ni, mungkin ada hikmah yang lebih baik menanti.. Alhamdulillah.. Ikatan kekeluargaan kami dilihat semakin erat dan masing-masing menunaikan tanggungjawab sendiri dengan jayanya.. Tapi, segunung pengharapan yang terlalu tinggi kami sandarkan, diiringi doa yang dipanjatkan buat Yang Maha Esa, moga cepat Papa sedarkan diri, pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami, dan terus berbakti untuk memimpin serta mengimamkan keluarga kami ke arah jalan yang diredhai Illahi..


Kini.. Sudah lebih sebulan usia musibah yang kami hadapi ini. Kami ternyata semakin hari semakin kuat dan tabah dalam menghadapinya.. Saban hari yang kami lalui, walaupun kosong dan tidak bermakna bila Papa tiada disamping kami, terlantar tidak sedarkan diri di hospital sana, mengajar kami untuk lebih berdikari dan menghargai setiap inci sisa hidup yang sedang kami nikmati. Buat rakan di luar sana, hargailah sesuatu yang sekarang berada di mata hadapan mata kalian. Kelak, kamu tidak akan tahu bila kamu kehilangan atau berjauhan dengannya, barulah kamu akan merasai kesakitan menjalani hidup tanpanya.. 


Papa yang kami ada ini, Papa yang sangat baik hati, sangat penyayang, sangat lemah lembut dengan semua orang dan suka membantu orang lain.. Papa juga peramah, dan tidak hairanlah kalau ramai yang mengenali dan menyanjungi beliau. Saya sebagai seorang anak sangat berbangga mempunyai Papa seperti Badaruddin Ghazali.. :')


Papa, Mama dan kaklong serta adik-adik takkan pernah jemu menanti Papa sedar kembali.. Kami akan sentiasa menunggu Papa bangkit dan bersama kami semula. Demi Allah, sungguh kaklong terlalu sayangkan Papa.. Selalu saja kaklong terbayangkan setiap kenangan indah yang kita lalui bersama. Betapa di pagi hari ini, terbayang kenangan ketika zaman persekolahan dulu. Waktu Subuh, bersiap ke sekolah.. Dihantar Papa setiap hari.. Duduk didalam kereta itu.. Mendengar kuliah dan tazkirah saban pagi.. dan di sebelah tengahari bila Papa menjemput kami, tidak kering gusi mendengar gurau senda Papa, dan mulut tidak penat untuk bercerita dan menjawab pertanyaan Papa tentang hari yang dialui di sekolah.. Dan hari berganti hari, bila si gadis sudah melangkah ke alam universiti, detik yang dirindui ialah keterujaan untuk pulang bertemu keluarga setiap minggu, bercerita kepada Papa tentang segalanya yang berlaku disana, dan berbual tentang isu semasa. Juga dengan Papa.. I'm really miss that moment. I miss you alot my beloved man. I love you so much dear Papa.. ♥


Buat masa ini, kami hanya teruskan menunggu dan menunggu.. Tidak lupa juga segala ikhtiar kami cuba lakukan demi untuk melihat kesembuhan Papa.. Senyuman yang terukir dan gelak tawa kami tidak semestinya mencerminkan rasa hati kami yang sebenarnya.. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira, tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira. Wallah billah, I'm truly missing you dear Papa. :'(


Harapan saya sebagai seorang anak, mahu melihat keluarganya gembira seperti sediakala atas kesembuhan dan kepulihan Papanya dari keadaan yang berlaku sekarang.. Ya Allah. T__T






Lagi Ujian Dari Illahi..



Assalamualaikum warahmatullah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Akhir Ramadan dan Syawal kali ini kami tempuhi dengan ujian besar yang belum pernah dirasai. Allah sudah menguji kami dengan besar kali ini. Alhamdulillah.. Saya redha, lagipun bila mengenangkan mungkin ada yang lebih malang dari kami. Doa dipanjatkan, semoga ada sinar baru serta hikmah yang menanti atas apa yang terjadi.

Meminjam firman Allah "Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin" dari surah Ali Imran. Ayat ke 54. Kita punya rancangan tetapi rancangan Allah lebih hebat dari rancangan kita. Moga hari yang mendatang penuh dengan sinar baru yang menanti kami sekeluarga..

22 Ogos 2011, Isnin.. Satu satunya Papa tercinta yang Qish ada.. Papa yang menjadi tunggak dan tulang belakang keluarga kami, Papa yang menjadi Imam kami dan Papa yang melindungi kami selama ini telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Papa, Badaruddin Ghazali telah cedera parah di kepala akibat bertembung dengan sebuah lori trak ketika dalam perjalanan menjemput puteri sulungnya, saya sendiri di Universiti Selangor.


Papa saya, Papa yang menjadi kebanggaan keluarga dan disanjung ramai orang. Mohon doa kudus dari rakan-rakan sekalian untuk kesembuhan, kesihatan dan keselamatan Papa saya.. Hingga sekarang, sejak hampir dua minggu kemalangan dan telah dua kali dibedah, Papa masih coma dan belum sedarkan diri. Kami puteri-puteri Papa disini bersama Mama sentiasa menanti Papa untuk mencelikkan mata dan menghentikan penantian kami. Papa bangunlah Papa.. :'( 

Saban hari, ramai yang tak jemu bertanya tentang keadaan dan perkembangan Papa di hospital sana. Sama jua buat kami yang tak pernah jemu menanti Papa untuk bangun dan beraya bersama kami. Kaklong nak raya dengan Papa. Papa, lagi berapa hari kaklong nak exam.. Papa bangunlah.. Papa tolong doakan kaklong berjaya demi Papa sendiri, Mama dan adik-adik.. 

Buat pertama kali seumur hidup, pelbagai pengalaman sedih yang saya rasa secara pukal selepas ujian ini hadir. Sungguh sangat terasa bila tiadanya keluarga Darleena yang lain disisi saat Syawal hampir menjelma tempoh hari. Mungkin inilah dugaan Ramadan yang sangat cukup menguji dari Illahi.. Berbuka sendirian di hari genapnya setahun pemergian Allahyarhamah Nenda tercinta, di saat ayahanda pula terlantar tidak sedarkan diri.. Ya ALLAH, seandainya ujian Ramadan dan Syawal yang kami tempuh ini ini bakal membawa sinar indah dalam hidup kami, berikanlah kami kekuatan untuk terus tabah menempuhnya.. AAMIN..

Orang kata, bila ALLAH menguji kita, itu tandanya ALLAH sayangkan kita. ALLAH tahu kita kuat. DemiMu Ya ALLAH, saya redha dengan apa yang berlaku. Saya redha.. Tapi demi kami sekeluarga Ya ALLAH, sembuhkanlah IMAM KAMI.. Kami terlalu sayang dengan IMAM KAMI Ya ALLAH.. Dia lah tempat kami bergantung selain dariMu.. Kau pulihkanlah IMAM KAMI seperti sediakala.. Pulihkanlah dia untuk terus berlayar dalam bahtera dunia ini bersama kami. Kabulkanlah doa kami Ya ALLAH.. Papa Badaruddin Ghazali.. Papa kuat.. Cepat sembuh tau.. Kita raya sama-sama nanti.. Kaklong rindu Papa.. ♥
Ya Allah.. Kau selamatkan Papa ku Ya Allah.. Kau panjangkanlah hayat Imam kami Ya Allah.. Kau berikanlah kesembuhan kepada Imam Kami Ya Allah..Kau hilangkanlah penderitaan Papa ku Ya Allah...Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami bermohon..Kami sayangkan IMAM KAMI Ya ALLAH..Dia sajalah tempat bergantung kami..Kabulkanlah doa kami.. :'(
Buat semua yang telah sudi mendoakan Papa Qish, terima kasih yang tak terhingga dari Qish sekeluarga. Hanya Allah saja yang boleh membalas kebaikan anda. Bila terjadi dugaan seperti ini, baru lah kita akan kenal yang mana satu boleh dibuat kawan, sentiasa ada di saat suka atau duka dan yang mana lawan. Malah, keluarga juga ada yang begitu. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis? Alhamdulillah.. Kawan-kawan saya semuanya baik belaka dan sememangnya sahabat yang sejati.. Kawan-kawan Papa juga. Ramai kaum keluarga, sahabat handai, jiran-jiran yang datang menziarah Papa di hospital. Yang jauh tidak lupa menelefon bertanya khabar Papa dan mengirim SMS tanda ingatan buat kami. Malah ada juga yang sanggup datang beratus ratus kilometer semata mata untuk menziarah Papa. Alhamdulillah.. Papa saya orang baik baik. Mama kata, sebab itu lah ramai yang ingat Papa. Orang yang selalu buat baik dengan orang lain, kelak orang itu akan sentiasa diingati kebaikannya. :') Terima kasih sangat sangat saya ucapkan buat kalian. Moga Allah merahmati kalian semua. Insyaallah..
Papa.. Kaklong sayang Papa.. Mama dengan adik-adik monsters pun..Semua orang sayang Papa.. Papa..Papa sedarlah cepat-cepat.. Kami semua tunggu Papa..Kaklong sayanggggggggggg Papa sangat-sangat.. 







Papa accident di selekoh simpang menuju ke Batu Arang berhampiran Bandar Tasik Puteri, Rawang. Betul-betul di hadapan taman semaian orkid. Sekarang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Wad Pembedahan Neurosurgeri (7B), Hospital Sungai Buloh, Selangor. Semoga Allah memberi kesembuhan yang cepat seperti sediakala buat Papa. :'(




"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'ibu segala suratan'."  (Ar-Ra'd 13:39)

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020