HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Blood Vessels?


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Have you ever imagine of how do the blood vessels inside our body look like?
Masha Allah.. Here they are!
"And We have already created man and know what his soul whispers to him, 
and We are closer to him than [his] jugular vein." - [QS50:16]

-سبحان الله  الحمدلله  لا اله الا الله  الله اكبر -


Kehidupan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum warahmatullah..
Awak yang membaca, moga dirahmati Allah selalu. ^^ 

*Salah satu kunci kebahagiaan hidup, In Sha Allah!* ^_^ 
2 Benda yang sangat perlu kita lupakan: 
Dosa orang & kebaikan diri kita.

2 Benda yang sangat perlu untuk sentiasa kita ingatkan: 
Dosa kita sendiri dan kebaikan orang lain.

Kehidupan; penuh warna dan penuh dengan kisah. Kadangkala kita di atas kadangkala kita di bawah. Kadangkala kita gembira dan kadangkala kita bersedih. Berjuta rasa berbaur dan beribu emosi selalu membelenggu diri. Hari ini mungkin duduk kita senang lenang berbahagia tapi tak semestinya esok akan duduk dalam keadaan yang sama. Kalau hari ini kita sedang susah dan sengsara, tak semestinya esok kita akan terus menderita. Asalkan punya doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kita kepada Allah, semuanya boleh berubah bila bila masa walau dalam sekelip mata sesaat dua sekalipun kerana semuanya tak mustahil untuk berlaku dengan izin Dia.. Bi iznillah~ Tapinya, mesti harus punya doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Bukan duduk tanpa berbuat apa apa merintih mengenangkan nasib diri kita yang tak seberuntung orang lain. Harus selalu optimis! Iyaa ke tidak? :)

Kehidupan terkadang membuat kita merasa letih untuk terus menjalaninya bila mana ada sesuatu yang membuat moral kita jatuh dan kecewa. Kita merasa kita orang yang paling malang dan tidak bernasib baik, kita merasa hidup kita selalu mengecewakan hingga ke tahap kita terus menyungkurkan diri dan mahu berputus asa dengan hidup kita. Kerenah manusia, masalah peribadi mahupun 1001 lagi ujian dalam hidup kita yang menebak seringkala menjadi seakan penamat kepada kehidupan kita. Masha Allah sayang.. Fikirkan semula betapa fitrah kita sebagai hambaNya memang selayaknya diuji dan betapa kehidupan kita di atas dunia ini adalah tidak lebih dari hanya ujian semata mata buat kita. Tabarakallah.. ^^
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." - [QS2:286] 
Hidup kita ini suatu perjuangan dan amanah dari Illahi. Dia menciptakan kita sebagai hambaNya dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada kita untuk berbakti dan patuh menunaikan perintah sebagai hambaNya.. Tergamakkah kita untuk mengkhianati kepercayaan yang Allah beri kepada kita? Tergamakkah kita untuk berpaling dari Dia yang selama ini tidak putus putus menurunkan nikmat kepada kita? Ayuh renungkan semula betapa beruntungnya kita apabila lahir dengan suci sebagai seorang khalifah Allah. Diberi peluang untuk mengecapi nikmat yang tidak putus putus sedangkan ada orang lain yang jauh lebih tidak bernasib baik dari kita. Kadangkala kita teralpa dengan ujian nikmat dan bila sampai masa apabila ujian dugaan datang kita rasa terlalu sukar hingga merasa Allah tidak adil apabila menguji kita. Nauzubillahi min zalik.. T_T
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." - [QS94:5-8]
Kita hanya ada Allah sebagai tempat kita bergantung sepenuhnya. Sedangkan semua kesayangan di sekeliling kita yakni ibu, ayah, adik beradik serta sahabat kita didatangkan kepada kita dari Allah dan bila bila masa sahaja Allah akan mengambil mereka dari kita. Letakkan cinta Allah di tempat yang paling utama dalam hati, cari kekuatan dari Allah dan letakkan sepenuhnya kebergantungan kepadaNya. Betapa hidup ini terlalu penuh erti jika kita menghayati, menghargai dan menjalaninya semata mata untuk redha Dia.. In Sha Allah.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." - [QS2:214]
Buat diri ini sang pendosa yang mudah sangat lemah dan buat semua para kesayangan yang dirahmati Allah selalu, jangan bersedih dan jangan jatuh diuji! Atas segala ujian rintangan & ujian nikmat yang Dia datangkan buat hamba hina penuh dosa ini, moga tiba ketetapan yang paling baik selepasnya. Moga tak mudah jasad rebah & tak mudah kaki tersungkur bila ditebak. Moga betah selalu kita menangkis segalanya yang membelenggu. Moga selalu diterangkan hati semua, dipanjangkan usia dalam berkat & dipermudahkan jalan para hamba untuk menuju redha Dia. Moga kita sama sama terus kuat menjalani kehidupan di atas dunia ini sementara menanti waktu dijemput Illahi. Moga pertolongan Allah tidak putus untuk kita terus bertahan membendung diri kita dari maksiat dan fitnah yang membinasakan. Aamiin aamin ya Rabbal alamin.. Terlalu besarnya kursi Allah hingga tak terungkap dengan pujian dan kata kata. Subhanallah, Alhamdulillah, La illaha ilallah, Allahuakbar! Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila kita selalu mengingati Dia, menjadi hamba yang taat kepadaNya. Jangan lupa selalu berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw. Mudah mudahan kita berada dalam kalangan umat yang memperoleh syafaat dari Baginda jua hendaknya. Aamiin aamiin ya Rabb.. Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah min kulli zanbi. Panjangnyaa entri awak hariniii.. Moga moga bermanfaat buat diri ini dan buat yang membaca. Huhu. SIlakan menegur dan betulkan jika ada salah saya. Ampun maaf dari saya dan terima kasih kerana membaca! ^^

Heart Beats.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Have you ever thought of how does human's heart beats?
"And certainly did We create man from an extract of clay. Then We placed him as a sperm-drop in a firm lodging. Then We made the sperm-drop into a clinging clot, and We made the clot into a lump (of flesh), and We made (from) the lump, bones, and We covered the bones with flesh; then We developed him into another creation. So blessed is Allah, the best of creators." - [QS23:12-14]
-سبحان الله  الحمدلله  لا اله الا الله  الله اكبر -


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020