HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Entri Emosi Keduniaan.


Dunia ini sangat meletihkan dan terlalu meletihkan. Setiap orang mahu kehendaknya dituruti dan bilamana kehendaknya dituruti, barulah hatinya akan puas. Ini fitrah di mana-mana saja. Perkara ini tergolong dalam kepentingan diri dan setiap orang mempunyai kepentingan sendiri. Bila bercakap tentang kepentingan diri, pernah tak kita berfikir tentang orang lain bilamana kita mahu dilunaskan sesuatu kehendak kita itu? Adakah kita pernah berfikir bagaimana pengaruh terhadap orang lain disebalik kepuasan hati kita itu? Kepentingan diri ini ada yang baik dan ada yang tidak baik juga jenisnya. Sama seperti perkara lain di atas muka bumi ini.. Kita selalu lupa untuk berfikir bahawa jika kita mahu mendapatkan sesuatu itu, kita perlukan pengorbanan (sedikit atau banyak bergantung kepada kemahuan kita itu). Kita selalu saja alpa apabila kita sudah tenggelam dalam keinginan kita. Kita lupa bahawa kita hidup dalam dunia realiti di mana kita perlu mempunyai sifat memberi dan menerima dalam apa jua perkara. KITA SELALU LUPA!

Pokoknya, saya berada dalam keadaan terlalu emosi ketika menaip entri ini. Spontan hadir dalam kepala dek kerana terlalu letih memikirkan hal keduniaan ini. Terlalu ramai orang yang ingin menerima tetapi mereka kedekut untuk memberi. Sedih mengenangkan situasi ini. Mungkin ia nampak remeh tapi, tanpa kamu sedar yang kamu telah melakukan ‘silent discrimination’ terhadap mangsa keadaan kamu itu. Kamu ialah penerima dan mangsa keadaan itu ialah orang yang memberi. Dia terpaksa berusaha dan berkorban untuk memenuhi kemahuan kamu. Boleh jadi dia yang memberi itu adalah ayah atau ibu kamu sendiri, kakak atau abang, adik, kawan-kawan mahupun sesiapa sahaja di sekeliling kamu. Ada ramai orang yang sedar dengan perkara ini tetapi lebih ramai orang yang tidak sedar kerana sedang hanyut dan terus hanyut menanti ditenggelami lautan mimpi sendiri.
TOLONGLAH BERFIKIR SEJENAK. BERHENTILAH JADI SEORANG YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. JADILAH MANUSIA YANG BERLAKU ADIL DALAM MEMBERI DAN MENERIMA WALAU APA JUA KEADAAN PUN. ADAKAN PERASAAN EMPATI DAN SIMPATI TERHADAP ORANG LAIN. INI CABARAN DUNIA DAN KAMU PERLU PANDAI MENGENDALIKANNYA.. SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA USAHA KITA. MEMANG BENAR YANG KITA PERLU SERAHKAN SEMUANYA PADA ALLAH TAPI ADAKAH KITA TERUS NAK BERSERAH BULAT-BULAT TANPA MEMULAKAN APA-APA USAHA? FAHAMILAH YANG TAKDIR ALLAH BERLAKU DI PENGHUJUNG USAHA. TANPA USAHA, TAKKAN ADA HASILNYA.. “MAN JADDA WA JADDA!~” -SESIAPA YANG BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA.. JANGAN ASYIK MENGHARAPKAN ORANG LAIN BERUSAHA UNTUK KITA MELAINKAN IA MEMANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. Think it back!

Siti Hajar.


 Assalamualaikum warahmatullah..

Amboi sendiri jadi title~ :P Pertama-tamanya, nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua muslimat dan muslimin yang sudi mengunjungi blog ini. Nihari dah 4 Muharram. Tak terlambat lagi nak ucap kan? :P Rasanya baru je sambut Aidilfitri haritu, tetiba tengok dah datang musim Haji. Pastu ni kejap je dah masuk tahun baru Islam. Kejap je masa berlalu kan. 
“Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.” – [QS Al-‘Asr 103:1-3] 
Oleh itu, manfaatkanlah masa yang kita ada dengan sebaiknya. Buat ibadah Fardhu Ain dengan sebaiknya dan jangan lupa juga ibadah sunat jika berkemampuan. fardhu kifayah juga jangan dilupakan. Tarbiyyah dan amal makruf nahi mungkar buat saja walaupun awak bukan seorang Ustazah atau Ustaz. Nak berdakwah ni bukan nak kena tunggu ada title dua tu je. Yang penting saling berpesan pesan tu satu kebaikan untuk kita selalu mengingatkan sesama manusia kan. Penyakit dan kematian datang tak mengira usia. Jadi, beramal lah seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir bagi kamu. Cewahh. *tetiba jadi tazkirah kejap* hahaha.

10 Zulhijjah 1433 Hijrah yang lalu adalah Eiduladha kedua saya tanpa Ayahanda tercinta. hmm. Papa meninggalkan kami pada 8 Zulhijjah 1432 Hijrah, dua hari sebelum kita menyambut Eiduladha pada tahun 2011. Al-Fatihah buat Papa dan semua yang telah pergi meninggalkan kita. :’)
AMARAN KERAS! ENTRI INI MUNGKIN BOLEH JADI SANGAT PANJANG. SAYA MENAIP SECARA SPONTAN TERUS DARI OTAK KE JARI DI PAPAN KEKUNCI JADI SAYA TAK TAHU APA YANG BAKAL SAYA TULIS. MUNGKIN 50% MELALUT DAN HANYA 50% SAHAJA BAKI UNTUK PENGISIAN. ELAKKAN MEMBACA JIKA ANDA KHUATIR IANYA KERJA SIA-SIA. HUHU. ENTRI INI HANYA SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG ALA ALA AIMAN TAK KISAH~ JE. xD
Mukadimah saja dah panjang berjela kan. huhu. Biarlah.. Bukan selalu update pun. By the way, what’s with the title- “SITI HAJAR”? Oh ya. Entri ini tentang diri saya. Apa saja yang saya nak tulis tentang saya. Literally about myself.. Huhu. Buat yang belum mengenali atau yang dah mengenali tapi belum tahu nama sebenar empunya diri ini. Saya adalah salah seorang dari beribu ribu atau mungkin berjuta juta umat yang memiliki nama Siti Hajar. Inspirasi dari nama ini? Sudah tentulah dari nama Ibunda Sayyidatina Hajar r.a, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s yang juga ibu kepada Nabi Ismail a.s. ^___^

Dari dulu, selalu cari maksud di sebalik nama Siti Hajar ini. Puas cari maknanya di buku nama-nama Islam mahupun di internet. ==” Tapi satu pun tak jumpa.. huhu. Yang memang mainstream fasal nama ni, tiap kali selak buku atau Google, dia bagi tafsiran Siti Hajar = Nama isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. Nak dijadikan cerita, asal usul diberi nama ini pada tuan empunya badan adalah dari Nenda tercinta sebelah Bonda, Muryatee bt. Hassan. Kebetulan, waktu musim Haji tahun 1993, Mama tengah sarat mengandungkan kita. Hihi. Kita ni pula cucu perempuan pertama dalam keluarga jadi dah tentulah Nenek excited sangat kot. Kot lah.. ^^” Arwah Ayahanda dan Mama sebenarnya nak namakan kita Nurul Aishah. Tapi Nenek awal-awal dah sediakan nama untuk cucu dia ni. Katanya, memandangkan kita bakal lahir pada bulan Zulhijjah dan mungkin sebelum atau selepas musim haji, maka Nenek nak namakan kita Ibrahim (kalau lelaki) atau Siti Hajar (kalau perempuan). Sweet kan Nenek? :’D Kalau kita lahir sebagai lelaki, sekarang ni mungkin orang panggil kita Ba’im kot.

Berkenaan nama ini, memang betul kata orang. Nama selalu bawa pengaruh yang kuat dalam diri si pemiliknya. Hmm. Nama Siti Hajar, inspirasi dari nama isteri Nabi Ibrahim yang tabah dan kuat walaupun ditinggal suami di padang pasir yang kering kontang yang sepatutnya juga menggambarkan muslimah yang kuat menghadapi ujian dunia. Setakat ini, rasanya nama ini memang sangat serasi dengan saya. Pernah beberapa kali ditegur tentang perihal nama ini dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Bagi saya, memegang nama ini sedikit sebanyak memberi semangat dan kekuatan untuk saya terus berdiri dengan dugaan kehidupan yang harus saya tempuh di dunia ini. In Sha Allah.. :)

Sedari kecil sampai dewasa, jadi anak paling manja dalam keluarga walaupun kita anak sulung. Mungkin kerana adik adik lebih rapat dan tidur bersama Arwah Nenda sebelah Ayahanda. Saya dari kecil dah diajar tidur dalam bilik sendiri. Jadi saya hanya bersaing dengan adik bongsu saya saja. Adik-adik yang lagi dua orang tu dilihat lebih berdikari dan selalu ‘ekk ekk’ (as in merengek manja) dengan Arwah Nenda je. Tapi di sebalik kemanjaan saya tu, ada juga kena marah dengan Papa Mama kalau buat salah. Bila umur makin meningkat remaja dan dah masuk sekolah menengah katanya, budak innocent ni jadi berubah juga serba sedikit. Kata orang, bila mula nak kenal dunia lagilah macam-macam ujian yang akan kita mulai kenal. Alhamdulilllah. Mujurlah punya Papa Mama yang sangat menjaga kehidupan puteri-puteri mereka dan hidup di tengah-tengah bandar buat saya makin mengenal dunia. Benar kata orang, didikan orang tua mempengaruhi cara hidup. Diberi kebebasan namun tetap di bawah kawalan mereka, minta apa saja akan diberi mengajar saya untuk tidak terkena kejutan budaya yang banyak dialami oleh para remaja seusia ketika itu. Okay.. Nak flashback balik timeline hidup kita~~

Umur 7 tahun, Papa dah benarkan guna komputer. Dia biarkan saya explore setiap perkara yang ada dalam teknologi itu secara sendiri tanpa dia ajar atau sesiapapun yang mengajar. Kemudian, dia bawa saya ke pejabatnya, mesyuarat politik, persidangan politik, debat perdana dan apa saja yang berkaitan dunia kerjaya dan politik. Dibesarkan dalam suasana begitu buat saya jadi seorang yang sedikit sofistikated dan berfikir secara kritikal. -____-“ Saban kali kalau ada apa saja event formal dan protokol, Papa tetap akan bawa puterinya ini bersama. Umur 11 tahun, banyak masuk pertandingan nyanyian dan bakat atas reason untuk asah self-confidence saya. (Ini kerja Mama.) Umur 12 tahun, saya dah jadi PA Papa. Tolong buat surat rasmi, buku laporan mesyuarat dan macam-macam lagi dokumen rasmi yang digunakan waktu mesyuarat. Tugas ini berterusan sampailah hingga akhir hayat Papa. Tak percaya? Datang tengok koleksi arkib di rumah dan kawan kawan Papa semua saksinya. Huhuk. Semua ni dilatih secara tak langsung oleh Papa. He gave me the trust! Saya memang suka memerhatikan setiap kali Papa buat kerja dan mungkin sifat curious observer ni buat saya mudah belajar benda baru. Masuk sekolah menengah, Papa dah berani melepaskan saya keluar pergi shopping mall sendiri secara berdikari seawal umur 13 tahun. Pada umur 13 tahun juga, saya paling bahagia bila dapat banggakan Papa, menang tempat kedua pertandingan pidato anjuran DBKL yang sepatutnya untuk penyertaan peserta 18 tahun ke atas dan saya seorang peserta bawah umur waktu tu. =__= Kalau part Mama, saya selalu terpengaruh dengan passion Mama terhadap shopping dan gaya. (Itu dululah..) Mama biasalah, lebih mengajar anak gadisnya untuk jadi sepertinya.. Selebihnya, Mama tumpukan untuk perhatian pada adik-adik.

Puteri Papa bernama Hajar ini terlalu rapat dan payah nak berenggang dengan Papa.. Di mana ada Papa, di situ ada kaklong. Hidup saya selain daripada bercampur dengan kawan-kawan seusia, saya banyak bergaul dengan orang yang jauh lebih berusia. Kawan Papa dan Mama jadi kawan kita juga. Tapi, bergaul dengan orang-orang yang matang tak semestinya buat kita jadi matang juga. Lalala~ Umur-umur yang seterusnya sepanjang tempoh berada di sekolah menengah, jadi makin maju hari demi hari. Dah mengada-ngada nak masuk cheerleader tapi dalam masa yang sama pegang amanah jaga surau sekolah bersama 2 orang sahabat yang lain selama 3 tahun. Budak gedik ikat rambut tinggi pakai reben putih yang Ustazah Norliza bagi amanah untuk jaga surau? hmm. Ada juga yang fikir macamtu dulu.. Di sekolah menengah saya keluar masuk beberapa badan kepimpinan seperti prefectorial board, sidang redaksi dan juga pembimbing rakan sebaya. Paling seronok waktu sekolah dulu tentulah cheerleader sebab banyak attention dan hot konons lah.. Seribu satu lagi pengalaman di zaman sekolah menengah yang mencorak saya ke hidup yang seterusnya juga. Lepas PMR saya dipaksa masuk ke Science Stream walaupun cikgu tahu yang saya lebih minat bidang Sastera. Mati matian saya berjuang taknak masuk Science Stream. Mungkin budaya di sekolah ni, bila kelas pertama atau kelas kedua wajiblah ambil Science dah takda option lain. Tapi benda ini sangat membawa banyak pengaruh dalam hidup saya dan pertama kalinya, saya memberontak dan jadi acuh tak acuh untuk belajar subjek SPM. Dua tahun terakhir di sekolah sebagai bakal pelajar SPM sangat teruk kerana Science Stream. Perang memang habis diisytiharkan untuk subject Addmaths dan Kimia tapi saya jatuh cinta dengan Biology. (^^,)

Masha Allah.. Bila dah sampai ke perenggan ni, saya dah sedar yang saya makin banyak merepek dan entri ni jadi makin panjang. Suka hati lah.. Memang generally entri ini berkenaan saya dan ini blog saya. *tiup kuku* Haha. By the way, senior year kat CPR juga tak kurang hebatnya bila bercerita tentang persahabatan dan keseronokannya. :D Okay cukup.. Panjang sangat dah ni. Errr.. Bercakap tentang cita-cita, sejak kecil memang cita-cita saya tak pernah berubah iaitu nak jadi seorang peguam. Mungkin keadaan sekeliling agak mempengaruhi sebab ramai sangat kawan Arwah Ayahanda yang bekerjaya peguam. Lagi satu, mungkin sebab saya suka berdebat kot. :P Lepas SPM, surely matrik dah reject awal awal dan saya hanya dapat tawaran melanjutkan Diploma TESL di Unisza Terengganu. Konon nak sangat belajar asasi undang-undang di UIA atau UiTM tapi tak layak dan awal awal dah gagal. T__T Kawan-kawan ramai yang pergi IPTS untuk belajar LLB (as in course for Lawyer) dan buat American Degree Program tapi Ayahanda bagi bagi pergi jejauh sebab kosnya mahal dan baginya kerjaya lawyer tak menjamin sangat sebenarnya. Hmm. Akhirnya dapat offer dari Unisel untuk belajar TESL dan Ayahanda suruh pergi je tanpa toleh yang lain lagi. Ada hikmahnya.. Ada hikmahnya.. :D

Kembali ke alam nyata.. Kisah di atas banyaknya dah lama berlalu dan tak ubah hanya sebuah flashback buat Qish mengimbau memori lalu. Sekarang di mana Qish berdiri, menongkah realiti. Semusim kesedihan dan hari hari yang berlalu penuh dugaan dah berjaya diharungi berkat kuatnya nama ini. Alhamdulillah.. Bercakap kembali tentang nama ini, pernah diduga dengan pertanyaan berbunyi seakan begini, “Berat sungguh ujian awak dapat. Ni mesti sebab nama ni. Nama awak ni beratlah.” Hmm. Mungkin dia nak maksudkan yang si pemilik nama Siti Hajar akan menghadapi ujian dunia yang berat rentetan ia diinspirasi dari nama Ibunda Sayyidatina Hajar yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dari Allah. Wallahualam.. Setiap orang takkan pernah terlepas dari ujian Allah. Pendek kata, segalanya yang berada di hadapan kita ini tidak lebih dari hanya sekadar ujian dari Allah. Cara mengendali dan menerima sesuatu ujian itu saja yang menjadi kelainan. Ujian datang dalam bentuk yang baik mahupun dalam bentuk dugaan dan cabaran. Nikmat Allah juga adalah satu ujian yaa. huhu. Firman Allah;
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” – (QS Al-Anfaal 8:28) *Dalam QS At-Taghaabun 64:1 pun ada menyatakan tafsir yang sama.*
Dan ada banyak lagi kalam Allah yang bercakap tentang ujian. Boleh rujuk (QS Al-Furqaan 25:20), (QS Al-Ankabuut 29:3), (QS Ar-Ruum 30:37), (QS Az-Zumar 39:49). =D

Sebenarnya, ujianlah yang menjadi tarbiyyah dalam kehidupan kita. Tanpa ujian, kita mungkin takkan ingat pada Allah. Kalau dah seronok dengan ujian kenikmatan, mungkin kita akan leka dengan hal keduniaan dan takkan ingat dah betapa kita hanya sementara di atas muka bumi yang fana ini. Sayangkan dunia, lupa akhirat. Buat diri saya sendiri, saya rasa sangat bersyukur bila Allah dah datangkan macam-macam cabaran dan dugaan kepada saya. Benda ini lah yang mendewasakan saya dan membawa kepada di mana berdirinya saya sekarang. Semuanya ada hikmah. Mungkin kamu akan menangis pada awal waktu tertimpanya ujian itu terhadap kamu tanpa kamu sedari yang kamu akan dihujani pelangi selepas itu. eh. Macam metafora terlebih pula. hihi. ^^” Apapun, apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya disini ialah “PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN. BOLEH JADI KAMU TIDAK SUKAKAN SESUATU YANG DIA DATANGKAN KEPADA KAMU DAN AKHIRNYA KAMU AKAN TERSEDAR SENDIRI BAHAWA IA ADALAH PERANCANGANNYA YANG TERBAIK BUAT KAMU. DAN BOLEH JADI KAMU SUKAKAN SESUATU ITU PADAHAL IA ADALAH MUDARAT BAGI KAMU.”

Subhanallah panjangnya entri nii.
Nyenyenye. Alang-alang nak update biarlah panjang berjela~ 
Manalah tahu kan kalau kalau ini adalah update terakhir di blog ini.
Manalah tahu kan kalau kalau ini pengakhiran luahan dari tuan punya badan.
Manalah tahu kan sebab Allah je yang tahu bila masa ajalnya kita sampai.

Pokok pangkalnya sekarang, saya dah penat menaip. Akhir kalam, betapa besarnya kurniaan Allah terhadap nama yang saya pegang sekarang. Saya harap saya istiqamah dalam apa jua kebaikan yang saya lakukan dan saya harap akan ada banyak lagi hikmah yang menanti selepas ini. Keinginan saya, untuk jadi seorang bintu solehah yang berbakti buat orang tua saya, untuk jadi umat Muhammad yang patuh akan suruhan Allah, nak jadi muslimah yang baik buat sekelilingnya dan macam-macam lagi. Moga Allah permudahkan. Hati ini masih lemah, iman masih enteng berkocak, akhlak masih 50-50. Moga terus kuat yaa. *tepuk bahu sendiri*

Sekian, Wassalam..

Setahun Ayahanda Pergi..



Assalamualaikum warahmatullah..

November 2011, Jumaat. 9:15am.

Wad Neurologi 4B, Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Badaruddin bin Ghazali

Perginya seorang ayah yang sangat penyayang dan selalu sabar dengan kerenah puterinya. Perginya seorang suami yang pengasih selepas hampir 20 tahun menjadi kekasih hati isterinya. Perginya seorang anak dan adik yang selalu berbakti buat arwah ibunya dan kakaknya yang sakit sepanjang hayatnya. Perginya seorang insan yang prihatin terhadap orang sekelilingnya. Cepatnya Ayahanda pergi kan.. Genap setahun sudah Ayahanda mendahului kami pergi mengadap Illahi. Doa dipanjatkan moga roh Ayahanda selalu dicucuri rahmat. Aamiin..

Kami disini sudah kuat dan tabah sementara menanti giliran dipanggilNya untuk menyusul dirimu juga. Al-Fatihah. ♥ Ayahanda jangan risau kami semua disini. Kaklong katang~ Yang pasti, kaklong sayang Papa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat to the infinity and beyond~ huhu. I manques tellement mon cher Papa~ mwah! *beliau sangat menggalakan kita belajar bahasa French time degree ni* In Sha Allah Ayahanda. ^^"

P/s: Nanti nak update kenangan dari kecil sampai besar dengan Ayahanda. Kena cuba curi masa. hihi. Wassalam.

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020