HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Kematian.


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/Salam Sejahtera.

'Kematian; al-Maut'
*Pusara Allahyarham Ayahanda Badaruddin b. Ghazali*

Mati adalah bila roh dipisahkan dari jasad, dimana malaikat Izrail mendampingi manusia dan menjalankan tugasnya mencabut roh/nyawa dari badan manusia tersebut apabila mendapat perintah dari Allah SWT. Tiada siapa mengetahui bilanya akan tiba saat kematian itu baik untuk dirinya sendiri mahupun orang lain. Hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan bila saat tibanya ajal kita seawal dari kita di dalam rahim kandungan ibu lagi dan hanya Allah SWT jualah berkuasa mengubahnya jika Dia berkehendakan yang demikian.

Bila dah tersurat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui takdir hidup kita ini, maka kita manusia makhluk ciptaanNya hanya mampu menunggu bila tibanya giliran kita. Semua makhluk Allah SWT termasuk haiwan pun akan melalui saat kematian itu dan mati itu bila-bila masa sahaja boleh datang menjemput dengan izin Allah SWT. Yang pasti, kita manusia wajib untuk sentiasa mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi kematian. Siapkanlah diri kita dengan sebanyak-banyaknya bekalan ilmu, iman, amal dan taqwa kita kepada Allah SWT supaya bekalan tersebut boleh menyelamatkan kita di alam kubur dan di hari akhirat kelak. :)

Kematian datang tak semestinya ketika kita sedang terlantar sakit. Senang cerita, waktu makan boleh mati, waktu kahwin boleh mati, waktu ketawa boleh mati dan bila-bila masa sahaja. Ada yang mati dalam tidur dan waktu sedang bersolat juga. Tidakkah anda gerun bila kematian tiba-tiba datang menjemput dalam keadaan anda langsung tidak bersedia? Sebab itulah kita disuruh sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. Hidup kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini tidak lebih dari ujian semata-mata dan fitrah kita sebagai hamba adalah untuk mematuhi perintah Allah SWT serta menjauhkan diri dari laranganNya.

Ajal datang bila-bila masa tak kira usia. Tidak kisahlah sama ada umur kita baru sehari atas dunia ini ataupun sudah 100 tahun panjangnya usia hayat kita. Oleh itu, marilah sentiasa menganjurkan diri ke arah kebaikan, jauhi segala kemungkaran dan apabila hati terlintas untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, muhasabah diri dan renungkan tentang kematian. Takutnya kalau-kalau ajal kita datang waktu tengah buat dosa dan tak sempat bertaubat. Ish. Nauzubillah.. T_T
"Lahir, satu tarikh tidak dapat dipinta.Mati, satu tarikh tidak dapat ditunda."

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." - [QS 63:11]

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;.." (QS 56:60]
Rasa gerun bila bercakap fasal mati ni. Moga Allah panjangkan usia saya dan beri saya kesempatan untuk saya betulkan apa yang salah dalam diri saya dan berbakti buat keluarga dahulu. Terpanggil nak bercakap serba sedikit tentang kematian lepas bermula pembacaan siri buku milik Arwah Papa bertajuk "Panggilan Kubur & Alam Akhirat" yang merupakan saringan dari Kitab "Al-Tazkirah Fi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al-Akhirah" tulisan Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah. In Sha Allah kalau dah habis baca nanti dan ada masa kita cuba kongsikan disini. Moga kita peroleh manfaat darinya. Apa yang saya tulis adalah bukan dari hasil pembacaan buku tersebut (tak khatamkan lagi) dan cuma buah kata sendiri di samping dalil-dalil Quran tentang kematian serta dari rujukan dari beberapa sumber. Apapun, yang baik semuanya dari Allah, saya hanya menyampaikan dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. Wallahua'lam. ^^
Inalillahi wa'ina ilaihi rajiuun~  



No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020