HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Salam 2013.



Assalamualaikum warahmatullah..


Bismillahirahmanirrahim.. Frasa yang kerap kali saya rasa nak gunakan- "pejam celik, pejam celik" dah macam sangat typical dalam blog ni. hmmm. Tengah elak nak guna frasa tu dalam mukadimah sekarang. hihi. ^^ By the way, Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada anda yang sedang membaca coretan saya ini. Hari ini sudah masuk 4 Januari 2013 bersamaan 21 Safar 1434 Hijrah. Hari keempat dalam tahun 2013 dan juga hari Jumaat pertama untuk tahun ini. Alhamdulillah.. :)

Saban kali tiap munculnya tahun yang baru, pastinya kita semua menjadikan ia sebagai permulaan kepada langkah yang baru juga dalam hidup kita. Masa yang berjalan tanpa henti membawa seiring arus takdir yang akan terjadi dalam hidup kita ini. Itu urusan dan rahsia Dia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap inci takdir kehidupan kita.. Apapun, yang saya nampak, tahun baru selalu dijadikan titik penentuan kepada sesuatu perkara juga. Betul tak? :) *mohon betulkan kalau saya salah*
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." -(QS Al-Furqaan 25:2)


AZAM. Kalau tiba tahun baru, ramai yang akan membuat azam baru dan saya tak terkecuali. Memang setiap kali tahun baru saya juga takkan missed untuk adakan azam tahun baru untuk diri sendiri. Tapi untuk tahun baru kali ini, pertama kali saya takda buat apa-apa azam. Hihi. Pelik ke? Rasanya tak pelik. Tak semestinya waktu tahun baru saja kita boleh pasang azam baru. Waktu bulan baru boleh, dan even nak pasang azam baru waktu hari baru pun boleh kot. Anytime pun boleh ada azam baru~ Hee. xD

Jadi, macam yang saya cakap tadi, tahun baru ini saya taknak berazam apa-apa. Cukuplah saya simpan harapan dalam impian dalam hati ni saja. *cewah* Kenapa? Sebab dalam hidup kita ini banyak kejutannya. Saya dah banyak kecewa. Tiap kali saya dah buat sesuatu perancangan, pasti ada perubahan atau sesuatu terjadi ke atas rencana saya itu. Buat masa sekarang, saya sedang mempertimbangkan keputusan untuk memilih satu di antara 3 perkara yang mungkin menjadi takdir besar yang akan menentukan masa depan saya. Memang agak tertekan untuk membuat keputusan sebab pada mulanya saya hanya ada satu pilihan tetapi tiba-tiba pilihan kedua datang tanpa diduga. Jadi, saya harus memilih antara dua. Lebih mengejutkan selepas itu, tatkala saya sedang istikharah untuk dua pilihan ini, yang ketiga datang dan ia menjadikan proses memilih itu lebih rumit.

Saya tahu, Allah sedang merancang yang terbaik untuk saya dan saya tahu yang Allah sedang menguji takat keimanan saya. Dia mahu melihat sejauh mana saya mampu bertahan dan teguh dalam membuat sesuatu keputusan. Dia juga menunjukkan betapa saya wajib bergantung sepenuhnya kepada Dia di saat hati saya sedang berbolak balik. Istikharah, musyawarah, muhasabah, istiqamah dan tawwakal. Itu saja yang saya mampu lakukan setakat ini. Apapun yang bakal menjadi pilihan, saya yakin itulah yang dia takdirkan untuk saya. Janji Dia adalah kepastian dan saya mesti yakin dengan ketetapanNya. In Sha Allah. :) Mohon doa tulus dari anda yang membaca. Moga Allah selalu meredhai kita semua. Wassalam..


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020