HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Jiwa.

Jiwa manusia
Kadangkalanya kuat
Kadangkala boleh jadi terlalu lemah
Itulah fitrah jiwa manusia.

Tidak selalunya di tempat yang sama
Sama dengan diriku
Emosi aku rapuh
Mudah jua menitiskan air mata
Selalu saja mahu menangis bila mana aku rasa lemah.

Jangan kau pertikaikan air mataku
Jangan kau berani menilainya
Kerana kau bukan di tempatku
Hanya aku yang mengerti perasaanku
Biarkan aku terus hanyut dengan rasa hatiku
Asalkan aku tidak mengganggu dirimu
Dan asalkan aku masih punya batas dan ingatan padaNya Yang Esa.

Biarkan aku tersungkur menangis disini
Jangan kau bantu, jangan kau toleh jika kau letih melihatku
Aku tak pernah meminta simpatimu
Mahupun aku tidak pernah merayu pujukkanmu.


Persetankan aku..

1:26am, 23 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020