HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Jun 2014, Yang Manis.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum warahmatullah..
Hai awak yang membaca! ^^

Hari ini sudah masuk Isnin | 15 September 2014 bersamaan 20 Zulkaedah 1435 Hijrah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Atas hayat yang Dia pinjamkan hingga saat ini, diberi kesempatan untuk terus bernafas pada hari ini. ^^ Selawat dan salam dilimpahkan buat junjungan besar cinta hati umat, Rasulullah saw. Moga ada syafaat buat kita atas segala selawat yang kita limpahkan buat Baginda. In Sha Allah. Sekian lamanya tak mencoret disini Masha Allah. Hoii dekat 3 bulan tak update nii. Mana hilang Qishh? ==" Maaf saya sibuk. Tak ada banyak masa untuk diluangkan dengan update blog dan laman sosial lain.. Huhu.

Istimewanya hari ini.. Setelah sekian lama tiada perihal kisah dari Qish di blog ini, mulai hari ini In Sha Allah tengah cuba nak rajinkan diri untuk mencoret sehabis mungkin apa yang patut dicoret. *tanpa jaminan* Haha. Kononnya sebagai nak memecah sepi panjang yang saya tinggalkan dalam blog ini dan turut atas sebab nak berkongsi apa yang terdetik di hati untuk dikongsi dengan awak yang menjengah ke blog ini. Kalau masih ada reader lagi lah kan~ Haha. *krik krik*

Serba sedikit keindahan bulan Jun 2014.. =) 



 
Ucapan hari lahir panjang lebar dari insan istimewa..
Terima kasih awak. :)

Dah biasa sangat saban tahun diraikan dengan kek..
Tahun ini, saya tak bagi Mama belikan kek walaupun Mama bertegas.
Hanya minta 6 biji donut Original Glaze Krispy Kreme. Hihi.

Bunga cantik dari yang disayangi..
Terima kasih. ^^

Qish Darleena -- 1995 vs. 2014.
21 years of living in this temporary dunya. A year older and a step closer to death. Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah.. All my fully praises to Allah for giving me another day to breath and continue my living to seek for His blessings. Alhamdulillah..From a playful little dreamer to a grown up girl.. How time flew Masha Allah. Terima kasih Bonda & Ayahanda, yang bawa kaklong merasai hidup atas dunia dengan izin Allah. Terima kasih atas segala pengorbanan kalian sepanjang 21 tahun hidup kaklong atas dunia. Moga kalian selalu dicucuri rahmat.. Doakan kaklong supaya jadi bintu solehah buat Bonda & Ayahanda.. :)

Isnin | 16 Jun 2014 iaitu genap 3 bulan yang lalu, telah selamat diri ini melangkah ke usia matang 21 tahun. Syukur lagi yang tidak terhingga. ^^ Kahkah dah basi dah pun oii. *biarkan je* ==" Haha. Alhamdulillah.. Haa matanglah sangat kan. Apapun, diri ini memang sedang cuba menuju ke arah kematangan seiring usia In Sha Allah. Doakan yaa.. :) Biarlah dah tiga bulan berlalu pun. Apa salahnya kalau nak coret juga dekat blog. Kan kan? :p Haha. Berikut di atas, sedikit dari sejuta yang manis pada Jun 2014 tempohari yang sengaja Qish nak coretkan disini walaupun dah 3 bulan lamanya berlalu. Biar jadi kenangan manis yang  utuh sampai bila bila.. Sekian sahaja, yang manis dari bulan Jun 2014. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri dengan izin Allah. Moga dijauhkan kita semua dari hasad dengki serta fitnah yang buruk dan moga Allah redha. Minta maaf jika ada apa apa yang tercela dan terima kasih sudi membaca. ^^



No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020