HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

8 Rejab.



Assalamualaikum warahmatullah..

Nihari tanggal 29 Mei 2012, hari Selasa bersamaan 8 Rejab 1433 Hijrah. Alhamdulillah, mata dibuka dengan rasa penuh bersyukur atas peluang yang diberi olehNya untuk Qish terus bernafas di muka bumi ini. Hari bermula dengan rutin biasa sejak cuti semester bermula tempohari. Qish banyak habiskan masa di depan laptop untuk Google itu ini, blog sana blog sini dan biarkan Facebook sentiasa online. Waktu tengah asyik membalas comment, Mama ajak keluar kejap pergi bank untuk urusan penting. Lepastu terus menuju ke KL Sentral dalam pukul 12 lebih untuk uruskan semuanya.

Sepulangnya dari KL Sentral, turun kereta, baru mula berjalan, dengar Mama menjerit panggil Qish dari depan rumah jiran. Ingatkan barang tertinggal atau apa. Rupanya Mama nak bagitau sesuatu. Apa dia? Dapat berita sedih yang sangat mengejutkan. Allahuakbar.. Terus rasa lemah kaki ni.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." - (QS. Al-Ankabut 29:57)
Seorang demi seorang kawan Qish pergi mengadap Illahi. Ramai betul kawan kawan Qish dan orang orang sekeliling yang meninggal pada usia muda begini. Muhsin, Hafieza, Ammar, dan beberapa orang lagi. Al-Fatihah buat mereka semua. Indahnya kalau Allah mahu bertemu dengan kita. Indahnya dapat bertemu Allah saat dosa kita masih belum terkumpul hingga berpuluh tahun. Giliran mereka semuanya telah sampai. Entah bilalah giliran Qish pula. Sungguh bila memikirkan amalan yang sangat cetek, belum lagi cukup sedia untuk menghadapi mati. Tapi mati itu pasti dan bila bila masa sahaja akan menjemput kita kan?

Teringat kenangan dengan Arwah Hanif. Bercerita tentang dia, kami sekolah rendah sama dulu tapi sejak masuk sekolah menengah yang makin rapat. Dia suka usik Qish. Dia aktif, periang dan peramah. Dulu dia suka panggil Qish Caca Marba tapinya taktahu kenapa lah. Huhu. Arwah budak pandai dan bersekolah di Sekolah Sains Alam Shah sebelum dia berhenti kerana jatuh sakit lebih kurang 2 tahun lalu. Lepastu memang tak nampak dah Hanif main bola kat gelanggang futsal bawah rumah Qish sejak dia sakit. Takda dah dia melepak dengan kawan kawan dia lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan. Diiring doa dan air mata, yang pergi takkan kembali lagi. Moga sejahtera lah Allahyarham di sana. Dia dikebumikan di Taman Raudhatus Sakinah satu tempat dengan Papa. In Sha Allah bolehlah ziarah pusara Arwah sekali bila Qish menziarah kubur Arwah Papa kesayangan Qish nanti.

Nihari memang betul betul menduga. Patutlah rasa sugul je semacam sejak semalam. Rupanya ada benda nak berlaku. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Papa, Allahyarhamah Tok Mon dan semua yang telah meninggal dunia. Moga syurga menanti mereka. In Sha Allah. Al-Fatihah..


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020