HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Lagi Ujian Dari Illahi..



Assalamualaikum warahmatullah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Akhir Ramadan dan Syawal kali ini kami tempuhi dengan ujian besar yang belum pernah dirasai. Allah sudah menguji kami dengan besar kali ini. Alhamdulillah.. Saya redha, lagipun bila mengenangkan mungkin ada yang lebih malang dari kami. Doa dipanjatkan, semoga ada sinar baru serta hikmah yang menanti atas apa yang terjadi.

Meminjam firman Allah "Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin" dari surah Ali Imran. Ayat ke 54. Kita punya rancangan tetapi rancangan Allah lebih hebat dari rancangan kita. Moga hari yang mendatang penuh dengan sinar baru yang menanti kami sekeluarga..

22 Ogos 2011, Isnin.. Satu satunya Papa tercinta yang Qish ada.. Papa yang menjadi tunggak dan tulang belakang keluarga kami, Papa yang menjadi Imam kami dan Papa yang melindungi kami selama ini telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Papa, Badaruddin Ghazali telah cedera parah di kepala akibat bertembung dengan sebuah lori trak ketika dalam perjalanan menjemput puteri sulungnya, saya sendiri di Universiti Selangor.


Papa saya, Papa yang menjadi kebanggaan keluarga dan disanjung ramai orang. Mohon doa kudus dari rakan-rakan sekalian untuk kesembuhan, kesihatan dan keselamatan Papa saya.. Hingga sekarang, sejak hampir dua minggu kemalangan dan telah dua kali dibedah, Papa masih coma dan belum sedarkan diri. Kami puteri-puteri Papa disini bersama Mama sentiasa menanti Papa untuk mencelikkan mata dan menghentikan penantian kami. Papa bangunlah Papa.. :'( 

Saban hari, ramai yang tak jemu bertanya tentang keadaan dan perkembangan Papa di hospital sana. Sama jua buat kami yang tak pernah jemu menanti Papa untuk bangun dan beraya bersama kami. Kaklong nak raya dengan Papa. Papa, lagi berapa hari kaklong nak exam.. Papa bangunlah.. Papa tolong doakan kaklong berjaya demi Papa sendiri, Mama dan adik-adik.. 

Buat pertama kali seumur hidup, pelbagai pengalaman sedih yang saya rasa secara pukal selepas ujian ini hadir. Sungguh sangat terasa bila tiadanya keluarga Darleena yang lain disisi saat Syawal hampir menjelma tempoh hari. Mungkin inilah dugaan Ramadan yang sangat cukup menguji dari Illahi.. Berbuka sendirian di hari genapnya setahun pemergian Allahyarhamah Nenda tercinta, di saat ayahanda pula terlantar tidak sedarkan diri.. Ya ALLAH, seandainya ujian Ramadan dan Syawal yang kami tempuh ini ini bakal membawa sinar indah dalam hidup kami, berikanlah kami kekuatan untuk terus tabah menempuhnya.. AAMIN..

Orang kata, bila ALLAH menguji kita, itu tandanya ALLAH sayangkan kita. ALLAH tahu kita kuat. DemiMu Ya ALLAH, saya redha dengan apa yang berlaku. Saya redha.. Tapi demi kami sekeluarga Ya ALLAH, sembuhkanlah IMAM KAMI.. Kami terlalu sayang dengan IMAM KAMI Ya ALLAH.. Dia lah tempat kami bergantung selain dariMu.. Kau pulihkanlah IMAM KAMI seperti sediakala.. Pulihkanlah dia untuk terus berlayar dalam bahtera dunia ini bersama kami. Kabulkanlah doa kami Ya ALLAH.. Papa Badaruddin Ghazali.. Papa kuat.. Cepat sembuh tau.. Kita raya sama-sama nanti.. Kaklong rindu Papa.. ♥
Ya Allah.. Kau selamatkan Papa ku Ya Allah.. Kau panjangkanlah hayat Imam kami Ya Allah.. Kau berikanlah kesembuhan kepada Imam Kami Ya Allah..Kau hilangkanlah penderitaan Papa ku Ya Allah...Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami bermohon..Kami sayangkan IMAM KAMI Ya ALLAH..Dia sajalah tempat bergantung kami..Kabulkanlah doa kami.. :'(
Buat semua yang telah sudi mendoakan Papa Qish, terima kasih yang tak terhingga dari Qish sekeluarga. Hanya Allah saja yang boleh membalas kebaikan anda. Bila terjadi dugaan seperti ini, baru lah kita akan kenal yang mana satu boleh dibuat kawan, sentiasa ada di saat suka atau duka dan yang mana lawan. Malah, keluarga juga ada yang begitu. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis? Alhamdulillah.. Kawan-kawan saya semuanya baik belaka dan sememangnya sahabat yang sejati.. Kawan-kawan Papa juga. Ramai kaum keluarga, sahabat handai, jiran-jiran yang datang menziarah Papa di hospital. Yang jauh tidak lupa menelefon bertanya khabar Papa dan mengirim SMS tanda ingatan buat kami. Malah ada juga yang sanggup datang beratus ratus kilometer semata mata untuk menziarah Papa. Alhamdulillah.. Papa saya orang baik baik. Mama kata, sebab itu lah ramai yang ingat Papa. Orang yang selalu buat baik dengan orang lain, kelak orang itu akan sentiasa diingati kebaikannya. :') Terima kasih sangat sangat saya ucapkan buat kalian. Moga Allah merahmati kalian semua. Insyaallah..
Papa.. Kaklong sayang Papa.. Mama dengan adik-adik monsters pun..Semua orang sayang Papa.. Papa..Papa sedarlah cepat-cepat.. Kami semua tunggu Papa..Kaklong sayanggggggggggg Papa sangat-sangat.. 







Papa accident di selekoh simpang menuju ke Batu Arang berhampiran Bandar Tasik Puteri, Rawang. Betul-betul di hadapan taman semaian orkid. Sekarang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Wad Pembedahan Neurosurgeri (7B), Hospital Sungai Buloh, Selangor. Semoga Allah memberi kesembuhan yang cepat seperti sediakala buat Papa. :'(




"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'ibu segala suratan'."  (Ar-Ra'd 13:39)

6 comments:

  1. oh dear!!!

    kite baru je baca entri nie.. semoga papa awak cepat sembuh dan semoga awak sekelurga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian dariNYA..

    ReplyDelete
  2. salam dr mama....mama doakan semoga papa polka cepat2 sihat yer...

    tabahkn hati selalu...

    ReplyDelete
  3. semoga papa awak cepat sembuh..amin..
    bersabar untuk hadapi dugaan ni..

    ReplyDelete
  4. dik, kuatkan semangat yek..akak faham perasaan adik sbb akak pun pernah lalui nya...ayah akak kena heart atttck ms akak nk spm...lg2 akak x de disisi dia sbb dia kena heart attck ms dia pergi untuk official visit kat oversea...doktor sume dh putus harapan....sbb heart dia dh weak sgt...dia x sedar diri....siang malam air mata x henti2...sume org doakan dia agar sembuh...pas 2 minggu alahmdulillah dia selamat....doktor2 kat sana kata miracle..keep on doa, ye dik....

    ReplyDelete
  5. sabar k.. semoga awak dapat menempuhi dugaan ini degan sabar.. saya akan doakan yang terbaik untuk ayah awak.. amin...

    ReplyDelete
  6. :( sedih
    semoga papa awak cepat sembuh..
    be strong dear

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020