HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Maulid QishDarleena


Assalamualaikum warahmatullah..


Bismillahirahmannirrahim.. =) Terus ke usul perbincangan kita buat entri kali ini. *aceceh* Hihi. Selamat membaca kepada anda yang membaca. Alhamdulillah. Bahawasanya kelmarin, tanggal 16 Jun 2012, telah terjadinya peristiwa Maulid QishDarleena. Siapakah beliau? Gerangannya si gadis tuan empunya blog dengan ketinggian 156.7cm berat dirahsiakan ini lah yang menyambut hari lahirnya yang-19 tahun kelmarin. Selamat pertambahan usia Qish! *tepuk bahu sendiri* Hmm. Usul pertama yang ingin dibahaskan, 16 Jun 2012 ialah berbeza dengan 16 Jun 2011. Perbezaan ketara? Mari lihat sendiri.
- Papa tiada lagi bersama-sama kita. Inalillahi waina ilaihi rajiun..
- Dulu sambut umur 18, kini sambut umur 19. Kita semakin tua.
- 16 Jun 2011 jatuh pada 14 Rejab 1432 H, semalam pula 26 Rejab 1433 H..
- Dulu kurang comel, sekarang sangat comel. EH. *tangan di mulut*
6 Jun 2012 pula lagilah sangat berbeza dengan 16 Jun 2007.
(yakni 5 tahun yang lalu). Apa diaa?
- Papa masih ada 5 tahun lepas. Sangat sihat walafiat. Alhamdulillah.
- Ketika itu umur 14, kini sudah 19 tahun. Alhamdulillah. Makin tua. Hehe.
- Masih bersekolah ketika itu, baru nak mengenal dunia. Naifnya~
- Tak bertudung. Jahilnya kita Ya Allah.. Tak concern dosa pahala.
Sungguh, pengalaman membesar seiring usia. Kematangan dan kesedaran diri juga In Sha Allah akan meningkat apabila usia kita bertambah. Itu mungkin semua orang sedia maklum kan.. Banyak harapan juga yang terbit sempena pertambahan usia ini. Bukan mudah nak capai cita-cita menjadi muslimah sejati dan mujahidah yang solehah di dunia yang serba penuh pancaroba ini. Risau juga kalau iman yang tak kuat ini tiba-tiba bergoncang. Nauzubillah. Gadis ini baru bermula.. Qish yang lembik ni sedang kelam kabut lagi nak menceduk kekuatan, nak cuba berjihad menjadi muslimah yang innocent gitu.

Betul, bukan senang.. Banyak dugaannya. Lebih-lebih lagi buat Qish yang lincah dan happening sejak dulu ini. Bagaimana saya boleh mengubah imej daripada salah seorang ahli cheerleader (pasukan sorak) yang satu masa dulunya hmm.. *takmau dikenang* kepada dirinya sekarang? Ya Allah.. Malunya sangat-sangat. Segan sangat bila ingat perangai lama. Alhamdulillah sekarang lebih selesa bertudung. Terima kasih Allah sebab beri hidayah. ;') Tapinya masih cetek juga ilmu agamanya. Masih merangkak-rangkak mencari erti cinta sejati dari Illahi. Masih cuba mengorek rahsia tauhid dan sirah yang boleh membawa kepada penemuan yang lebih mendalam akan erti kehidupan sebenar. Doakan Qish terus kuat. Bi Iznillah..

Apa kunci utama kepada perubahan diri? Bagi Qish; Niat untuk berubah ke arah yang lebih baik di jalan yang diredhai Allah, Usaha untuk meningkatkan taraf ibadah kita dengan ikhlas dan khusyuk kerana Allah, Doa yang tidak putus-putus dan yang paling penting.. IKHLAS.. Ikhlaskan segalanya kerana Allah dan bukan atas nama bakti untuk seseorang atau kerana sebuah paksaan. Segalanya bermula tanpa disedari.. Mungkin Allah dah tetapkan cara ini buat Qish. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bukan kecil. Dan sememangnya, ujian dari Allah membantu kita untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah. To be honest, sejak dulu, bila waktu susah hati atau tension, baru nak ingat Allah. Kalau tengah bahagia je, lupa akan Allah. *true story* Inilah lumrah manusia agaknya. 

Banyak harapan yang mahu disandar. Banyak sangat. Diri sendiri memang masih terumbang-ambing dalam mencari erti kasih Illahi yang hakiki. [Ibadah, Ibadah, Ibadah..., Akhlak, Adab dan Tingkah Laku etc.] - semua ni masih tercarik-carik lagi helaiannya. Perlu cantum dengan helaian perca indah melalui muhasabah diri yang kekal. Qish sedang cuba menjalin perca tersebut dan berterusan menjalin. Harap ia kekal berterusan sampai bila-bila dan moga diri tidak letih untuk terus berubah. In Sha Allah~ ♥

Panjang sudah entry ini.. Tak sedar yang tangan laju menaip tanpa menghiraukan waktu yang berjalan. Harusnya diri ini sudah tidur. Alahai~ Tak sempat lah nak kupas usul yang lain.. Kalau rajin ada lah update susulan. Kalau tak rajin.. Hee. Faham-faham sendiri lah.. Syukran!

2 comments:

  1. perubahn itu perlu dalam kehidupan.. btl x?? hehehe

    ReplyDelete
  2. @eton; Assalam.. betul Cik Eton.. ^.^ moga dipermudahkan segala urusan kita. In Sha Allah. :)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020