HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Di Ambang Hari Jadi.


Assalamualaikum warahmatullah..

Malam ini sudah menjengah ke hari yang baru. Sudah masuk hari Jumaat penghulu segala hari, tanggal 15 Jun 2012. Jumu'ah mubarakah semua! :) Ini bermakna lagi sehari je hari lahir Qish yang ke-19. Hihi. Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu kan? Sekarang pukul 1:46am. Patutnya Qish dah kena tidur dah ni sebab esok ada kelas. (Padahal hari-hari memang tidur lambat. Haha.) Tapinya entah kenapa bila fikir macam-macam, mata yang tadi dah mula berat waktu leka melayan novel "Suami Aku Ustaz?" tiba-tiba jadi tak mengantuk langsung. Haa. Memang ada yang tak kena rasanya. Memang.. Dan Qish mahu berkongsi rasa di sini. :/

Kebelakangan ini, hati selalu terdetik mengingati kematian. Entah mengapa tak sedap hati setiap kali teringatkan perkara itu. Sangat takut dan mendebarkan, sangat seriau dan menyeramkan. Memang Allah nak kita sentiasa mengingati mati. Tapinya sekali kita teringat akan benda itu, hati jadi seram sejuk. Tak tenteram rasa. Semacam suatu perasaan yang sukar untuk dirungkai. Yang pasti, hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah detik itu. Sebab itu si gadis rasa takut semacam kot.

Bila bercakap tentang perkara ini, satu benda yang terus berbenak di fikiran kita tentulah berkenaan amal yang kita dah lakukan. Sungguh bila direnung kembali, diri ini masih kosong dan belum bersedia lagi. Persediaan tak cukup dan banyak yang perlu diceduk. Ya Allah.. Panjangkanlah usiaku dan berikanlah aku peluang untuk menambahkan amal ibadahku.. Berikanlah aku peluang untuk membalas jasa orang tuaku, mencorak masa depan dengan ilmu kurniaanMu dan mengubah dahulu adik-adikku yang tersayang. Makbulkanlah doaku Ya Allah.. Amin Yarabbal Alamin..

Hmm.. Kalau saya pergi pun, nak pesan ini pada semua yang tersayang terutamanya buat adik-adik. Jangan tinggal solat. solat tiang agama, cerminan iman. Jangan dedahkan aurat.. Ingat yang hero kita akan terseksa kerana kalian. Jaga budi pekerti dan tingkah laku, hormati semua orang dan bertolak ansur. Jaga diri elok-elok, jangan buat perkara bukan-bukan yang boleh mengubah hidup kamu dan memberi kesan kepada keluarga. Belajar rajin-rajin, lakukan segalanya yang terbaik dalam hidup. Sambung belajar dan balas jasa Mama. Bawa kejayaan buat keluarga, jadilah anak kebanggaan keluarga. Jangan bergaduh sesama adik-beradik, jangan malu nak tunjukkan kasih sayang. Berjimat cermat, jangan ikut nafsu dan akal. Pilih kawan yang baik dan jangan terpedaya dengan kawan. Luangkan masa yang lebih dengan keluarga berbanding kawan-kawan. Pendek kata, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Kaklong sayanggg adik-adik kaklong sangat-sangat. Janganlah nakal-nakal ya wahai monsters sekalian. Huhu.

Buat Ibunda tercinta, Kaklong sayangkan Mama sangat-sangat. Terlalu sayangkan Mama yang cantik dan baik hati ini. Kaklong minta maaf kalau Kaklong ada sakitkan hati Mama, buat Mama terguris dan banyak menyusahkan Mama sejak Kaklong lahir sampailah sekarang. Terima kasih yang tak terhingga buat Mama sebab sudi melahirkan Kaklong, melayan kerenah Kaklong, membesarkan Kaklong, menjaga dan merawat Kaklong serta mendidik Kaklong hingga Kaklong dah besar ni. Halalkan segalanya yang Mama beri buat Kaklong. Terima kasih atas segalanya Mama. Kaklong sayangggg Mama sangat-sangat!

Buat kaum keluarga yang lain, sahabat handai dan semua yang mengenali Qish, mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Qish minta maaf sangat-sangat kalau ada salah dan silap sama ada salah yang Qish sedar atau salah yang Qish tak sedar pun Qish buat. Terima kasih atas ukhwah yang terjalin di antara kita. Halalkan segala perlakuan atau apa-apa yang Qish terima dari anda. Jaga diri, jaga iman dan jaga amal. Hahh. Malas nak sambung entry ni sebab dah ter'emo' lebih dan takut melalut. Hihi. Harap semua faham apa yang saya sampaikan. :3 Btw, nihari hari lahir Arwah moyang lelaki sebelah Mama. Toknyang ni Nenek Qish punya ayahanda.. Tahun ni genap 4 tahun Toknyang meninggal dunia. Al-Fatihah buat Toknyang Hj. Hassan bin Abdullah. Hmm. Entri ni macam emosi. Macam jiwang pun ada. Saya berjiwang dalam entri di malam ambang sebelum hari jadi. Entah apa nak jadi lah. Okay dah..

P/s: Tak sangka usia nak masuk hujung belasan dah esok.. Hee!


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020