HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Duka dan Bersuka.



Assalamualaikum warahmatullah..

Nihari 5 Jun 2012 bersamaan 15 Rejab 1433 H. Sekejap je masa berlalu. Semalam genap 7 bulan selepas Papa kembali ke rahmatullah meninggalkan kami lima beranak. Tiada lagi hero dalam Jannatul Darleena yang bertanggungjawab segalanya atas kami berlima, perempuan perempuan dalam hidup beliau. Tidak terhitung pengorbanan Papa dan takkan terbalas jasa Papa sampai bila-bila. Hanya kasih sayang yang tak terhingga buat dirimu mungkin boleh sama tanding dengan kasih sayang yang Papa curahkan buat kami. In Sha Allah. Al-Fatihah buat Papa. Kami sangat sayangkan Papa dan sangat rindukan Papa. :')

Tahu kan.. Hidup kita ni macam pelangi sebab penuh dengan warna dan tak solid dengan hitam putih sahaja. Kemana saja kamu pergi, akan ada benda baru yang kamu alami dan terokai. Bukan saja bab rasa perasaan atau merasa dan terasa ni malah juga akan pengalaman yang mungkin mematangkan diri kamu, kami dan kita semua. Saban hari kita berharap hari yang bakal mendatang esok akan sama bahagianya seperti hari semalam dan kelmarin walaupun kamu tahu yang setiap hari tak akan pernah sama. Yes. Tak pernah sama  wahai si pembaca yang comel belaka. :3

Nak tahu tak? Sama ada nak atau taknak, saya tetap bagitahu jua. Nihari saya rasa lemah. Lemah sangat sejak malam semalam. Saban waktu rasa ingin menangis saja dan tak mampu nak bercakap apa-apa. Rasa remuk rendam saja dalam hati dan mulut terasa mahu dikunci terus tanpa berkata apa-apa. Biar jari yang menuturkan segalanya. Memang.. Sebab.. Sebab..

"There are always a moment in your life where you'll feel very down and you can only express it by crying, you don't feel like talking and you prefer to stay away from others.. And now the moment is with me. So, please stay away from me.."

Tapi takkan pernah sampai hati kan untuk menghalau orang yang kita sayang menjauhi kita bila mana kita sedang dalam keadaan begini? Allah.. Rasanya lebih elok kalau kita dekatkan diri dengan orang tersayang, peluk erat dan luahkan semua masalah dengan kesayangan itu. Kan? Tapi saya tak mampu juga. Lebih selesa untuk pendamkan seorang diri. Lagi satu, sesedih mana pun saya, saya tetap akan kuat merepek dan bergurau senda dengan sesiapa sahaja di keliling Qish sebab benda ini boleh buat saya lupakan kesedihan saya buat seketika.. :')

"Ada masanya kita perlu menangis. Agar kita sedar yang dunia ini hanya bukan untuk ketawa.."
Nangis dan ketawa. Dua emosi, dua rasa berbeza dan dua perkara yang mengajar kita erti kehidupan juga. Rasanya entry ini dah terlebih kapasiti jumlah hurufnya. Huhu. Bagi Qish, Qish lebih suka berkongsi dengan Beela, teman sebilik saya di kampus berbanding dengan orang lain. Baik atau buruk yang saya lakukan, Beela selalu positif.. Alhamdulillah sebab Allah datangkan Beela kesayangan saya! Oh. Dah terlebih perenggan dah entry ni rasanya. Hee. Nanti update lagi! Wassalam.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020