HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Bakti Seorang Papa.


Assalamualaikum warahmatullah..

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah. Kerana masih ada kesempatan saya untuk hidup bernafas di muka bumi Allah ini. Terus merasai susah senang dan liku kehidupan, terus berjuang atas nama tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Serasa sudah lamanya Qish tidak menulis. Sudah lama tak menulis panjang panjang. Hanya sekali sekala blog menjadi tempat mencurah sedikit rasa. Sejak Papa pergi meninggalkan kami genap 44 hari yang lalu, dan sejak Papa mula terlantar selepas kemalangan hampir 4 bulan lalu, semangat saya sudah seakan hilang. Bukan sahaja untuk menulis, malah untuk terus berpijak sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanpa Papa, hidup kami sekeluarga tidak akan pernah sempurna. Dan tanpa Papa juga, bait bait keceriaan tidak akan seperti dulu. Allahuakbar. :'(

Terlalu banyak jasa Papa yang tak dapat diungkapkan kesemuanya di sini.. Dengan tanggungjawab besar yang Papa pikul (memelihara 4 orang puteri zuriatnya), Papa tetap sempurnakan dengan jaya dan memberi kami sepenuh perhatian dan kasih sayang. Papa memang seorang hamba Allah yang sangat penyayang terhadap puteri-puteri beliau.. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Mama ketika berusia 31 tahun (satu usia yang agak matang untuk mendirikan rumah tangga bagi lelaki), Papa memang seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Besarnya kami seperti telah lahir di dalam dulang emas. Dituruti sahaja semua kemahuan kami, keperluan kami dan apa jua yang kami minta. Papa lah yang terbaik buat kami.. :')

Teringat kenangan sedari kecil hingga besar, Papa sangat berlembut dengan puteri-puterinya. Segala kata-kata yang Papa tuturkan semuanya mencerminkan karisma Papa sebagai seorang Papa yang penyayang. Namun, bukan tidak pernah Qish dan adik-adik dipukul. Kami juga pernah dihukum seperti anak-anak lain. Tapi hukuman itu bukanlah untuk mendera tapi sebagai pengajaran seorang Papa untuk mendidik anaknya menjadi seorang manusia yang berguna. Bukan tak pernah Papa mengamuk dan marah-marah, walaupun jarang sangat tapi tetap menakutkan. Hihi. Dan ada juga hikmahnya yang membuat kami menjadi terdidik sempurna oleh Papa dan Mama. Alhamdulillah..

Setiap kali hujung minggu, cuti sekolah atau bila-bila sahaja masa senggang kami, Papa akan peruntukkan untuk bawa kami jalan-jalan makan angin atau membeli belah. Ada saja tempat baru yang Papa teroka bila kami sekeluarga keluar bersama. Tempat yang paling kerap kami kunjungi bersama Papa sejak kecil, dimana tempat itu baru dibuka hingga sekarang, dimana kami sudah membesar ialah Mid Valley. Memang banyak kenangan dengan Papa disitu. Dimana Qish juga menghabiskan 6 bulan bekerja disana selepas SPM sebelum masuk ke UNISEL. Setiap hari berulang alik dihantar oleh Papa. Betapa sabarnya Papa melayan kerenah Qish. Menemankan puterinya ke sesi temu duga dan membantu Qish dalam selok belok dunia kerjaya yang mencabar. Papa Darleena memang seorang SuperDad! ♥

Mengimbau semula kenangan alam persekolahan, Papa sanggup korbankan sebahagian masa kerjanya untuk anak-anak gadis Papa. Bayangkan, 6.45am Papa hantar Qish, Neddy dan Ain ke sekolah untuk morning session. Bila tengahari, siapa yang takda extra class atau kokurikulum Papa jemput pulang pukul 1.05pm. Kadang-kadang Papa datang lambat tapi Papa tak pernah miss jemput kami. Kalau hari yang Qish atau Neddy keluar 1.40pm, Papa akan datang jemput lagi tengahari tuu. 2 kali berturut. Cuba anda bayangkan. Tapinya Papa tak pernah merungut. Sehari untuk morning session saja, 2-3 kali Papa berulang nak jemput kami. Busy mana sekalipun dengan appoinments dan meeting, urusan kerja Papa tolak ke tepi demi kami puteri-puterinya. Betapa besarnya pengorbanan seorang Papa.. :'(

Papa setia dalam menjalankan tugasnya melindungi kami. Ke mana saja kami nak pergi, Papa sentiasa ada untuk menghantar kami. Jauh atau dekat, Papa tak kisah asalkan puterinya selamat. Bila si Qish dah melangkah ke alam universiti, tiap minggu Papa akur melayan kerenah puteri sulungnya. Sanggup menjemput Qish dari Unisel dan menghantar kembali Qish ke Unisel setiap minggu walaupun ada bas yang boleh Qish naik untuk pergi balik. Besarnya bakti Papa.. Kesanggupan dan rasa kasih sayang Papa yang suci terus terserlah hingga ke hembusan nafas Papa yang terakhir.

Papa kecundang ketika dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Papa yang baik. Atas rasa kasih sayang dan ingin melindungi puterinya, Papa sanggup memandu dalam hujan, melalui jalan yang bahaya untuk membayar yuran Qish dan menjemput Qish di Unisel. Pagi itu permulaan segalanya. Papa hantar Qish dan Iela ke UM untuk pulang ke Unisel bersama Beela dihantar oleh ayahnya. Papa berjanji nak menjemput kami semua serumah pulang selepas class. Puas Qish menolak pelawaan Papa untuk menjemput kami (saya dan kawan-kawan) di Unisel pada sebelah petang tapi Papa beriya iya sangat nak jemput Qish dan kawan kawan balik untuk bercuti. Rupanya tugas Papa berakhir pada hari itu. Dan hari Isnin, 22 Ogos itulah kali terakhir Qish merasa Papa menghantar Qish buat kali terakhir sebelum Papa kemalangan dalam perjalanan untuk jemput Qish di hostel. Dan sejak kejadian itu, berakhir lah tugas Papa..

2 bulan 2 minggu Papa berada dalam koma. Berehat daripada tanggungjawab besar yang penuh dengan kasih sayang beliau itu. Langsung kami sekeluarga ibarat patah kedua belah kaki bila Papa tiada lagi menggalas tugas untuk melindungi kami. Mujurlah Papa pernah mengajar kami berdikari.. Kami langsung ke sana ke mari tanpa mengharap Papa yang sedang terlantar lagi. Saban hari berulang alik ke hospital secara sendiri tanpa Papa. Belajar mengharung kepayahan tanpa Papa yang selama ini membawa kami ke mana saja kami tuju. Setelah puas menanggung derita, Papa pergi meninggalkan Mama, Qish dan adik adik selamanya pada tanggal 4 November 2011.

Sesungguhnya.. Kehilangan Papa memang berlaku dalam sekelip mata. Dalam keadaan kami yang tak pernah bersedia untuk menghadapi sebarang kehilangan dan disaat kami masih dahagakan kasih sayang Papa yang tak pernah putus, Papa pergi mengadap Illahi meninggalkan kami berlima.. Dan tiadalah lagi lelaki yang selama ini menjadi Imam kami, pelindung dan kepala keluarga kami. :'( Inalillahiwainailahirajiun.. Lebih sebulan berlalu, kami masih cuba untuk menguatkan diri demi meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Bukan mudah untuk menghadapinya apatah lagi insan yang amat kami sayang dan menjadi tunggak hidup kami selama ini telah selamanya meninggalkan kami.

Papa, betapa besarnya bakti yang Papa curahkan untuk kami sekeluarga sepanjang hayat Papa. Belum sempat kaklong balas segala kasih sayang yang Papa curahkan, Papa dah pergi meninggalkan kami. Papa, kaklong rindu sangat sangat kat Papa. Allah saja yang tahu betapa peritnya kerinduan ini. Setiap kenangan betul betul mengusik. Kaklong rindukan Papa.. Kami semua rindu Papa sangat sangat.. Hidup memang betul betul kosong tanpa Papa.. Al-Fatihah..



2 comments:

  1. bila kita khlgan org yg kte syg tambah2 lg org yg rapat ngn kita...
    kita akn ase khlgn sgt2..hilg tmpt b'gntung...doakn kn utk papa awk yer...mga2 die d'tmpt kn org yg b'iman...amin...

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020