HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Harapan.


Assalamualaikum warahmatullah.. 

Bila dah jadi macam ni, apa-apa musibah atau ujian yang menimpa sebuah keluarga seperti saya, peranan seorang anak sulung untuk keluarganya sangatlah penting.. Apatah lagi bila ibunya tidak kuat dan sibuk pula menguruskan si ayahnya yang sedang terlantar. Di situlah anak sulung memainkan peranan untuk ibu dan adik-adiknya. Kekuatan keluarganya kini bergantung pada dirinya. Dan kini dialah satu-satunya harapan keluarganya bagi memikul tanggungjawab sementara bagi mereka.

Mulanya, saya sangat tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan ini.. Awal-awal lagi saya sudah tersungkur apabila mendapat tahu perkara ini berlaku kepada Papa. Tambah lagi bila Papa kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menjemput saya.. Boleh saja saya menyalahkan diri saya sendiri yang menyebabkan Papa kemalangan. Boleh saja saya katakan "Papa accident sebab kaklong.. Dia kelam kabut nak jemput kaklong tadi, nak bayar exam and study fees kaklong. Papa accident semuanya salah kaklong.. Kalau tak sebab nak pergi Unisel, Papa takkan jadi macam ni.." Begitu lah tanggapan saya yang pada mulanya memang menyalahkan diri saya atas apa yang terjadi.. Dan saya juga ketakutan bila memikirkan mungkin Mama dan adik-adik juga akan menyalahkan saya.. 


Alhamdulillah.. Papa sudah didik kami dengan nilai murni yang sebaiknya.. Mengisi jiwa kami dengan kepercayaan takdir dan keimanan terhadap qada' dan qadar. Ini semua ketentuan walaupun Datuk saya sendiri (bapa kepada Papa) memarahi saya dan menyalahkan darah dagingnya ini atas apa yang menimpa anak kebanggaannya itu. Dia saja yang memarahi saya. Saya mesti kuat.. Lagipun, apa dia boleh buat pada saya kalau betul ada terdetik rasa benci dia terhadap saya. Saya hanya manusia biasa wahai datuk..


Dalam saat yang segenting ini, ramai yang menghulur tangan menyokong saya mahupun membantu.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan keluarga, sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang baik semuanya.. Tanpa sokongan semua, saya dan keluarga mungkin tidak akan betah untuk terus berdiri mengharungi dugaan hidup kami. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian..


Sebagai anak sulung, orang yang sangat rapat dengan Papa Mama dan sebagai wakil adik-adik, pelbagai harapan saya sandarkan demi melihat kesembuhan Papa saya.. Saya mahukan semuanya kembali seperti dulu.. Selepas kemalangan ni, mungkin ada hikmah yang lebih baik menanti.. Alhamdulillah.. Ikatan kekeluargaan kami dilihat semakin erat dan masing-masing menunaikan tanggungjawab sendiri dengan jayanya.. Tapi, segunung pengharapan yang terlalu tinggi kami sandarkan, diiringi doa yang dipanjatkan buat Yang Maha Esa, moga cepat Papa sedarkan diri, pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami, dan terus berbakti untuk memimpin serta mengimamkan keluarga kami ke arah jalan yang diredhai Illahi..


Kini.. Sudah lebih sebulan usia musibah yang kami hadapi ini. Kami ternyata semakin hari semakin kuat dan tabah dalam menghadapinya.. Saban hari yang kami lalui, walaupun kosong dan tidak bermakna bila Papa tiada disamping kami, terlantar tidak sedarkan diri di hospital sana, mengajar kami untuk lebih berdikari dan menghargai setiap inci sisa hidup yang sedang kami nikmati. Buat rakan di luar sana, hargailah sesuatu yang sekarang berada di mata hadapan mata kalian. Kelak, kamu tidak akan tahu bila kamu kehilangan atau berjauhan dengannya, barulah kamu akan merasai kesakitan menjalani hidup tanpanya.. 


Papa yang kami ada ini, Papa yang sangat baik hati, sangat penyayang, sangat lemah lembut dengan semua orang dan suka membantu orang lain.. Papa juga peramah, dan tidak hairanlah kalau ramai yang mengenali dan menyanjungi beliau. Saya sebagai seorang anak sangat berbangga mempunyai Papa seperti Badaruddin Ghazali.. :')


Papa, Mama dan kaklong serta adik-adik takkan pernah jemu menanti Papa sedar kembali.. Kami akan sentiasa menunggu Papa bangkit dan bersama kami semula. Demi Allah, sungguh kaklong terlalu sayangkan Papa.. Selalu saja kaklong terbayangkan setiap kenangan indah yang kita lalui bersama. Betapa di pagi hari ini, terbayang kenangan ketika zaman persekolahan dulu. Waktu Subuh, bersiap ke sekolah.. Dihantar Papa setiap hari.. Duduk didalam kereta itu.. Mendengar kuliah dan tazkirah saban pagi.. dan di sebelah tengahari bila Papa menjemput kami, tidak kering gusi mendengar gurau senda Papa, dan mulut tidak penat untuk bercerita dan menjawab pertanyaan Papa tentang hari yang dialui di sekolah.. Dan hari berganti hari, bila si gadis sudah melangkah ke alam universiti, detik yang dirindui ialah keterujaan untuk pulang bertemu keluarga setiap minggu, bercerita kepada Papa tentang segalanya yang berlaku disana, dan berbual tentang isu semasa. Juga dengan Papa.. I'm really miss that moment. I miss you alot my beloved man. I love you so much dear Papa.. ♥


Buat masa ini, kami hanya teruskan menunggu dan menunggu.. Tidak lupa juga segala ikhtiar kami cuba lakukan demi untuk melihat kesembuhan Papa.. Senyuman yang terukir dan gelak tawa kami tidak semestinya mencerminkan rasa hati kami yang sebenarnya.. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira, tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira. Wallah billah, I'm truly missing you dear Papa. :'(


Harapan saya sebagai seorang anak, mahu melihat keluarganya gembira seperti sediakala atas kesembuhan dan kepulihan Papanya dari keadaan yang berlaku sekarang.. Ya Allah. T__T






2 comments:

  1. sygku..papa dah sedar ke belum?maaf akak tak tau papa adik kemalangan.adik tabahkan diri ye sayang.abaikan kata2 datuk tu

    ReplyDelete
  2. Kaklong LM.. Belum lagi.. dah sebulan 1 minggu masih begitu keadaannya.. takpa. :) Insyaallah.. Qish kuat demi Papa.. :')

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020