HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

BACK TO 2017!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum & Hi! 😃

29th August 2017? OMG! Again.. It has been a while though.

More than a year after my last update on 2016! Kau gila qishh? Mana menghilang? Haha. As usual.. Saya ni mana pernah tak busy kannn. Kalau tak busy tu macam ajaib gila kot. :p Alhamdulillah I'm back! Still alive, sihat walafiat hendaknya namun masih busy macam dulu malah bertambah busy rasanya.. Hee. Bersawang teruk dah nii! Nanti lah panggil cleaner kasi cuci semua habuk kat blog ni. I mana lah ada masa kann. Kata busy.. Ni pun tetiba rasa rajin membuak buak nak update sebab tengah free sikit memandangkan this week dah nak cuti 4 hari and kerja pun tak berapa banyaklah Alhamdulillah.. Hiks! 😜

Macam mana hidup sejak dah rasmi berusia 24 tahun ini? Alhamdulillah.. Sangat sangat banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup -- baik buruk pahit manis sedih gembira.. Semua ada bercampur baur segala yang bila compile semua memang kalau buat novel berpuluh jilid pun tak habis lahh.. Haha. Kalau nak catch up balik cerita dari A sampai Z memang panjang sebab dah lama sangat tak update blog kann tapinya In Sha Allah I will highlight apa apa yang dirasakan penting untuk dicoret coret kembali disini. Last I update on 19th June like almost 3 months ago pun saja lah copy paste pasal my color oracle jee and nothing much. Hmm okayy.. I will try my best gaisss.. *Cehh macam lah ada orang datang jenguk lagi blog picisan kita ni untuk baca entry kann. 🙈

Referring to my very last post about myself on 31st May 2016, I was highlighting about the few months of my 2016 while the previous post before on 13th January 2016 pula I cakap cakap pasal the highlighted life events of 2015. Lol! Setahun 2 entry updates saja ke like seriously? Dah cakap memang busy kann? Haha. Minta ampun lahh.. Minta ampun wehh. Bila throwback balik entries lama kat blog and even posts lama kat Facebook, Twitter, Instagram memang rasa macam nak menangisss.. 😭 Like I mentioned just now memang so many things happen within the whole year yang I terlepas nak update blog tu and now I feel like how I wish I have more free time untuk merepek dekat sini. Hah takpa.. Nasi dah jadi bubur kann? As for me, bubur lagi sedap dari nasi. So bubur tu bukanlah satu pengakhiran.. Kita sedapkan lah tambah rencah kehidupan dan kita nikmatinya asalkan perut jadi kenyang. Haha! Tengok budak ni merepek lagii..

So.. Following to this ENTRY..

1) Work? Hmmm. Sekarang rezeki saya masih di bidang construction. Alhamdulillah dah 7 bulan bekerja dengan sebuah syarikat multinasional dari Perancis yang terkenal di dunia dalam bidang geotechnical.. Nama company? Saya rahsiakan di sini. Hehe.

Gambar silos dekat site tempat saya bekerja. 

2) Study? Alhamdulillah dah masuk second year di University of Malaya. In Sha Allah kalau tiada aral yang melintang tahun ini saya akan habiskan pengajian. Sangat sangat banyak struggle disini memandangkan saya bekerja dan belajar dalam satu masa.. Tapi Allah masih beri kekuatan, selalu tolong budak ini untuk terus survive. Doakan saya!

Kekakaks classmates yang kita sayang sesangat.. Kaklizz & Kakzill. 💋

3) Family? Again, Alhamdulillah.. Allah masih beri saya waktu untuk diluangkan bersama keluarga tercinta yang paling saya sayang paaaaling syurga dalam hidup saya. In Sha Allah sikit waktu nanti makin bertambah ahli-ahli dalam keluarga kami. Hehe. 😍 Papa.. Kaklong sentiasa rindukan Papa. Kaklong harap Papa bahagia tengok kami dari 'sana'. 💖

Kaklong bersama monsters yang super annoying.. 

4) Relationship? Huhuhu. Taktahu lah nak cakap macam mana. Alhamdulillah dah terlepas dari azab, derita dan sakit hati yang sekian lama. Sungguh banyak pengajaran, hikmah serta ibrahnya. Hmmm cukuplah saya cakap disini yang Allah sedang merancang perjalanan yang paling indah buat saya In Sha Allah.. Doakan yang baik baik buat saya dengan siapapun itu yang nama dia dan saya akan bersama sama diikat untuk melayari bahtera cinta ke syurga kelak.. Ececehhh. 😆

Letak gambar cenggini aci takk? Kahkah. *Edit je nii.

5) Lain Lain? Hmmmmmmm. Again lah nak cakap.. Hahaha! Seriously wehhhhh banyak gila benda nak catch kalau nak diceritakan semua disini.. Oh yaa.. My bestfriend, Nabeela dah selamat menjadi isteri orang hampir sebulan yang lain.. Kawan kawan sekolah, kawan universiti, kawan kerja pun ramai dah kahwin dah beranak pinak pun, ada juga yang dulunya rapat sangat sangat kini dah macam taknak kawan dengan kita.. Sedihhh! Ada juga kawan yang dah lama tak jumpa tapi bila jumpa masih erat ukhwahnya macam dulu, ada juga dapat kawan baru malah rasa macam patah tumbuh hilang berganti kot.. 🙊 Okayfine.. Item "Lain-Lain" ni kita highlight pasal kawan pulak! Haha.

Qish with my bestfriend, Beela 💕

Entry ni macam dah panjang gila kann? Rasa macam nak selit gambar seketul dua (tiga empat limaa) tapinya nanti lagi panjang. Hmmm tapinya kalau takda gambar macam tak berseri pula entry. Kahkah! Perempuan adalah sangat complicated.. Okay letaklah sikit sambil baca sambil cuci mata so takda lah nampak boring kann. *Itu pun kalau ada orang baca. Duhhh.. Okay nampaknya sekarang nak kena gulung lah entry ni sambil berguling.. 💤


Alhamdulillah ala kulli hal.. Syukur nikmat atas segala kebaikan yang Allah datangkan dan syukur nikmat juga atas segala ujian yang Allah datangkan mengajar kita tentang erti kehidupan serta untuk menghargai setiap hembusan nafas kita saban hari. Here we go.. Another quarterly entry of mine. Ahahaha. Till we meet next time in the next entry which I don't even know when. As a reminder -- Allah ciptakan kita dengan cinta, kita lahir hasil hubungan cinta, kita hidup di atas muka bumi ini juga dengan ihsan cinta dariNya maka hiduplah dengan penuh rasa cinta terhadapNya dan sebarkanlah cintaNya ke seluruh pelusuk muka bumi ini. Islam itu agama yang penuh dengan cinta maka sebarkanlah ia dengan cinta.. Moga ada lagi waktu untuk mencoret di sini lagi. *Benda ni saya copy paste dari entry lama jee sebab memang nak cakap benda sama againn. Hee. Nanti ada waktu maybe cuti lusa tulat tu In Sha Allah kita nak try update lagi dengan kupasan isu menarik. :p Salam sayang.. Doakan saya selalu and mashehh! 💕



 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020