بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Jawapan terindah kepada pemfitnah:
“Jika kau benar, semoga Allah mengampuniku. Jika kau keliru, semoga Allah mengampunimu.”
Jawapan terindah kepada penghina:
“Yang kau katakan tadi sebenarnya pujian; sebab aku lebih tahu, bahawa aslinya diriku lebih rendah dari itu.”
Jawapan teragung kepada caci maki & kenistaan:
“Bahkan walau amat ingin membalas, aku tak kuasa. Sebab aku tak punya kata-kata keji & nista.”
Jawapan kepada si pemuji:
“Moga Allah ampuni aib yang tak kau tahu; tak menghukumku sebab sanjungmu; & menjadikanku lebih baik dari semua itu.”
Dipetik dari tweet Ustaz Salim A. FIllah. Saya suka tulisannya.. ^^
Moga jadi pencetus ilham & moga Allah redha. In Sha Allah.