Assalamualaikum
warahmatullah..
Amboi sendiri jadi title~ :P Pertama-tamanya, nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada
semua muslimat dan muslimin yang sudi mengunjungi blog ini. Nihari dah 4
Muharram. Tak terlambat lagi nak ucap kan? :P Rasanya baru je sambut
Aidilfitri haritu, tetiba tengok dah datang musim Haji. Pastu ni kejap je dah
masuk tahun baru Islam. Kejap je masa berlalu kan.
“Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman
dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.” –
[QS Al-‘Asr 103:1-3]
Oleh itu, manfaatkanlah masa yang kita ada dengan
sebaiknya. Buat ibadah Fardhu Ain dengan sebaiknya dan jangan lupa juga ibadah
sunat jika berkemampuan. fardhu kifayah juga jangan dilupakan. Tarbiyyah dan
amal makruf nahi mungkar buat saja walaupun awak bukan seorang Ustazah atau
Ustaz. Nak berdakwah ni bukan nak kena tunggu ada title dua tu je. Yang penting
saling berpesan pesan tu satu kebaikan untuk kita selalu mengingatkan sesama
manusia kan. Penyakit dan kematian datang tak mengira usia. Jadi, beramal lah
seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir bagi kamu. Cewahh. *tetiba jadi
tazkirah kejap* hahaha.
10
Zulhijjah 1433 Hijrah yang lalu adalah Eiduladha kedua saya tanpa Ayahanda
tercinta. hmm. Papa meninggalkan kami pada 8 Zulhijjah 1432 Hijrah, dua hari
sebelum kita menyambut Eiduladha pada tahun 2011. Al-Fatihah buat Papa dan
semua yang telah pergi meninggalkan kita. :’)
AMARAN
KERAS! ENTRI INI MUNGKIN BOLEH JADI SANGAT PANJANG. SAYA MENAIP SECARA SPONTAN
TERUS DARI OTAK KE JARI DI PAPAN KEKUNCI JADI SAYA TAK TAHU APA YANG BAKAL SAYA
TULIS. MUNGKIN 50% MELALUT DAN HANYA 50% SAHAJA BAKI UNTUK PENGISIAN. ELAKKAN
MEMBACA JIKA ANDA KHUATIR IANYA KERJA SIA-SIA. HUHU. ENTRI INI HANYA SESUAI
DIBACA OLEH MEREKA YANG ALA ALA AIMAN TAK KISAH~ JE. xD
Mukadimah
saja dah panjang berjela kan. huhu. Biarlah.. Bukan selalu update pun. By the
way, what’s with the title- “SITI HAJAR”? Oh ya. Entri ini tentang diri saya.
Apa saja yang saya nak tulis tentang saya. Literally about myself.. Huhu. Buat
yang belum mengenali atau yang dah mengenali tapi belum tahu nama sebenar
empunya diri ini. Saya adalah salah seorang dari beribu ribu atau mungkin
berjuta juta umat yang memiliki nama Siti Hajar. Inspirasi dari nama ini? Sudah
tentulah dari nama Ibunda Sayyidatina Hajar r.a, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s
yang juga ibu kepada Nabi Ismail a.s. ^___^
Dari
dulu, selalu cari maksud di sebalik nama Siti Hajar ini. Puas cari maknanya di
buku nama-nama Islam mahupun di internet. ==” Tapi satu pun tak jumpa.. huhu.
Yang memang mainstream fasal nama ni, tiap kali selak buku atau Google, dia
bagi tafsiran Siti Hajar = Nama isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. Nak dijadikan
cerita, asal usul diberi nama ini pada tuan empunya badan adalah dari Nenda
tercinta sebelah Bonda, Muryatee bt. Hassan. Kebetulan, waktu musim Haji tahun
1993, Mama tengah sarat mengandungkan kita. Hihi. Kita ni pula cucu perempuan
pertama dalam keluarga jadi dah tentulah Nenek excited sangat kot. Kot lah..
^^” Arwah Ayahanda dan Mama sebenarnya nak namakan kita Nurul Aishah. Tapi
Nenek awal-awal dah sediakan nama untuk cucu dia ni. Katanya, memandangkan kita
bakal lahir pada bulan Zulhijjah dan mungkin sebelum atau selepas musim haji,
maka Nenek nak namakan kita Ibrahim (kalau lelaki) atau Siti Hajar (kalau
perempuan). Sweet kan Nenek? :’D Kalau kita lahir sebagai lelaki, sekarang ni mungkin
orang panggil kita Ba’im kot.
Berkenaan
nama ini, memang betul kata orang. Nama selalu bawa pengaruh yang kuat dalam
diri si pemiliknya. Hmm. Nama Siti Hajar, inspirasi dari nama isteri Nabi Ibrahim
yang tabah dan kuat walaupun ditinggal suami di padang pasir yang kering
kontang yang sepatutnya juga menggambarkan muslimah yang kuat menghadapi ujian
dunia. Setakat ini, rasanya nama ini memang sangat serasi dengan saya. Pernah
beberapa kali ditegur tentang perihal nama ini dengan kehidupan yang saya lalui
sekarang. Bagi saya, memegang nama ini sedikit sebanyak memberi
semangat dan kekuatan untuk saya terus berdiri dengan dugaan kehidupan yang
harus saya tempuh di dunia ini. In Sha Allah.. :)
Sedari
kecil sampai dewasa, jadi anak paling manja dalam keluarga walaupun kita anak
sulung. Mungkin kerana adik adik lebih rapat dan tidur bersama Arwah Nenda
sebelah Ayahanda. Saya dari kecil dah diajar tidur dalam bilik sendiri. Jadi saya hanya bersaing dengan adik bongsu saya
saja. Adik-adik yang lagi dua orang tu dilihat lebih berdikari dan selalu ‘ekk
ekk’ (as in merengek manja) dengan Arwah Nenda je. Tapi di sebalik kemanjaan saya
tu, ada juga kena marah dengan Papa Mama kalau buat salah. Bila umur makin meningkat remaja dan dah masuk sekolah menengah katanya,
budak innocent ni jadi berubah juga serba sedikit. Kata orang, bila mula nak
kenal dunia lagilah macam-macam ujian yang akan kita mulai kenal.
Alhamdulilllah. Mujurlah punya Papa Mama yang sangat menjaga kehidupan
puteri-puteri mereka dan hidup di tengah-tengah bandar buat saya makin mengenal
dunia. Benar kata orang, didikan orang tua mempengaruhi cara hidup. Diberi
kebebasan namun tetap di bawah kawalan mereka, minta apa saja akan diberi
mengajar saya untuk tidak terkena kejutan budaya yang banyak dialami oleh para
remaja seusia ketika itu. Okay.. Nak flashback balik timeline hidup kita~~
Umur 7 tahun, Papa dah benarkan guna komputer. Dia biarkan saya explore setiap
perkara yang ada dalam teknologi itu secara sendiri tanpa dia ajar atau
sesiapapun yang mengajar. Kemudian, dia bawa saya ke pejabatnya, mesyuarat
politik, persidangan politik, debat perdana dan apa saja yang berkaitan dunia
kerjaya dan politik. Dibesarkan dalam suasana begitu buat saya jadi seorang
yang sedikit sofistikated dan berfikir secara kritikal. -____-“ Saban kali
kalau ada apa saja event formal dan protokol, Papa tetap akan bawa puterinya
ini bersama. Umur 11 tahun, banyak masuk pertandingan nyanyian dan bakat atas
reason untuk asah self-confidence saya. (Ini kerja Mama.) Umur 12 tahun, saya
dah jadi PA Papa. Tolong buat surat rasmi, buku laporan mesyuarat dan
macam-macam lagi dokumen rasmi yang digunakan waktu mesyuarat. Tugas ini
berterusan sampailah hingga akhir hayat Papa. Tak percaya? Datang tengok koleksi
arkib di rumah dan kawan kawan Papa semua saksinya. Huhuk. Semua ni dilatih
secara tak langsung oleh Papa. He gave me the trust! Saya memang suka
memerhatikan setiap kali Papa buat kerja dan mungkin sifat curious observer ni
buat saya mudah belajar benda baru. Masuk sekolah menengah, Papa dah berani melepaskan
saya keluar pergi shopping mall sendiri secara berdikari seawal umur 13 tahun.
Pada umur 13 tahun juga, saya paling bahagia bila dapat banggakan Papa, menang
tempat kedua pertandingan pidato anjuran DBKL yang sepatutnya untuk penyertaan
peserta 18 tahun ke atas dan saya seorang peserta bawah umur waktu tu. =__= Kalau
part Mama, saya selalu terpengaruh dengan passion Mama terhadap shopping dan
gaya. (Itu dululah..) Mama biasalah, lebih mengajar anak gadisnya untuk jadi
sepertinya.. Selebihnya, Mama tumpukan untuk perhatian pada adik-adik.
Puteri
Papa bernama Hajar ini terlalu rapat dan payah nak berenggang dengan Papa.. Di
mana ada Papa, di situ ada kaklong. Hidup saya selain daripada bercampur
dengan kawan-kawan seusia, saya banyak bergaul dengan orang yang jauh lebih
berusia. Kawan Papa dan Mama jadi kawan kita juga. Tapi, bergaul dengan
orang-orang yang matang tak semestinya buat kita jadi matang juga. Lalala~ Umur-umur
yang seterusnya sepanjang tempoh berada di sekolah menengah, jadi makin maju
hari demi hari. Dah mengada-ngada nak masuk cheerleader tapi dalam masa yang
sama pegang amanah jaga surau sekolah bersama 2 orang sahabat yang lain selama
3 tahun. Budak gedik ikat rambut tinggi pakai reben putih yang Ustazah Norliza bagi
amanah untuk jaga surau? hmm. Ada juga yang fikir macamtu dulu.. Di sekolah
menengah saya keluar masuk beberapa badan kepimpinan seperti prefectorial
board, sidang redaksi dan juga pembimbing rakan sebaya. Paling seronok waktu
sekolah dulu tentulah cheerleader sebab banyak attention dan hot konons lah.. Seribu
satu lagi pengalaman di zaman sekolah menengah yang mencorak saya ke hidup yang
seterusnya juga. Lepas PMR saya dipaksa masuk ke Science Stream walaupun cikgu
tahu yang saya lebih minat bidang Sastera. Mati matian saya berjuang taknak
masuk Science Stream. Mungkin budaya di sekolah ni, bila kelas pertama atau
kelas kedua wajiblah ambil Science dah takda option lain. Tapi benda ini sangat
membawa banyak pengaruh dalam hidup saya dan pertama kalinya, saya memberontak
dan jadi acuh tak acuh untuk belajar subjek SPM. Dua tahun terakhir di sekolah
sebagai bakal pelajar SPM sangat teruk kerana Science Stream. Perang memang
habis diisytiharkan untuk subject Addmaths dan Kimia tapi saya jatuh cinta
dengan Biology. (^^,)
Masha
Allah.. Bila dah sampai ke perenggan ni, saya dah sedar yang saya makin banyak
merepek dan entri ni jadi makin panjang. Suka hati lah.. Memang generally entri
ini berkenaan saya dan ini blog saya. *tiup kuku* Haha. By the way, senior year
kat CPR juga tak kurang hebatnya bila bercerita tentang persahabatan dan keseronokannya.
:D Okay cukup.. Panjang sangat dah ni. Errr.. Bercakap tentang cita-cita, sejak
kecil memang cita-cita saya tak pernah berubah iaitu nak jadi seorang peguam.
Mungkin keadaan sekeliling agak mempengaruhi sebab ramai sangat kawan Arwah
Ayahanda yang bekerjaya peguam. Lagi satu, mungkin sebab saya suka berdebat
kot. :P Lepas SPM, surely matrik dah reject awal awal dan saya hanya dapat
tawaran melanjutkan Diploma TESL di Unisza Terengganu. Konon nak sangat belajar
asasi undang-undang di UIA atau UiTM tapi tak layak dan awal awal dah gagal. T__T Kawan-kawan ramai yang pergi IPTS untuk belajar LLB (as in course
for Lawyer) dan buat American Degree Program tapi Ayahanda bagi bagi pergi
jejauh sebab kosnya mahal dan baginya kerjaya lawyer tak menjamin sangat sebenarnya. Hmm. Akhirnya dapat offer dari Unisel untuk belajar TESL dan
Ayahanda suruh pergi je tanpa toleh yang lain lagi. Ada hikmahnya.. Ada
hikmahnya.. :D
Kembali
ke alam nyata.. Kisah di atas banyaknya dah lama berlalu dan tak ubah hanya sebuah
flashback buat Qish mengimbau memori lalu. Sekarang di mana Qish berdiri, menongkah realiti. Semusim kesedihan dan hari hari yang berlalu penuh
dugaan dah berjaya diharungi berkat kuatnya nama ini. Alhamdulillah.. Bercakap
kembali tentang nama ini, pernah diduga dengan pertanyaan berbunyi seakan
begini, “Berat sungguh ujian awak dapat. Ni mesti sebab nama ni. Nama awak ni
beratlah.” Hmm. Mungkin dia nak maksudkan yang si pemilik nama Siti Hajar akan
menghadapi ujian dunia yang berat rentetan ia diinspirasi dari nama Ibunda
Sayyidatina Hajar yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dari Allah.
Wallahualam.. Setiap orang takkan pernah terlepas dari ujian Allah. Pendek
kata, segalanya yang berada di hadapan kita ini tidak lebih dari hanya sekadar
ujian dari Allah. Cara mengendali dan menerima sesuatu ujian itu saja yang
menjadi kelainan. Ujian datang dalam bentuk yang baik mahupun dalam bentuk
dugaan dan cabaran. Nikmat Allah juga adalah satu ujian yaa. huhu. Firman
Allah;
“Dan
ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi
ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” – (QS
Al-Anfaal 8:28) *Dalam QS At-Taghaabun 64:1 pun ada menyatakan tafsir yang
sama.*
Dan
ada banyak lagi kalam Allah yang bercakap tentang ujian. Boleh rujuk (QS
Al-Furqaan 25:20), (QS Al-Ankabuut 29:3), (QS Ar-Ruum 30:37), (QS Az-Zumar
39:49). =D
Sebenarnya,
ujianlah yang menjadi tarbiyyah dalam kehidupan kita. Tanpa ujian, kita mungkin
takkan ingat pada Allah. Kalau dah seronok dengan ujian kenikmatan, mungkin
kita akan leka dengan hal keduniaan dan takkan ingat dah betapa kita hanya
sementara di atas muka bumi yang fana ini. Sayangkan dunia, lupa akhirat. Buat diri saya sendiri, saya rasa sangat bersyukur bila
Allah dah datangkan macam-macam cabaran dan dugaan kepada saya. Benda ini lah
yang mendewasakan saya dan membawa kepada di mana berdirinya saya sekarang.
Semuanya ada hikmah. Mungkin kamu akan menangis pada awal waktu tertimpanya
ujian itu terhadap kamu tanpa kamu sedari yang kamu akan dihujani pelangi
selepas itu. eh. Macam metafora terlebih pula. hihi. ^^” Apapun, apa yang cuba
saya sampaikan sebenarnya disini ialah “PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK
PERANCANGAN. BOLEH JADI KAMU TIDAK SUKAKAN SESUATU YANG DIA DATANGKAN KEPADA
KAMU DAN AKHIRNYA KAMU AKAN TERSEDAR SENDIRI BAHAWA IA ADALAH PERANCANGANNYA
YANG TERBAIK BUAT KAMU. DAN BOLEH JADI KAMU SUKAKAN SESUATU ITU PADAHAL IA
ADALAH MUDARAT BAGI KAMU.”
Subhanallah
panjangnya entri nii.
Nyenyenye. Alang-alang nak update biarlah panjang berjela~
Manalah
tahu kan kalau kalau ini adalah update terakhir di blog ini.
Manalah
tahu kan kalau kalau ini pengakhiran luahan dari tuan punya badan.
Manalah
tahu kan sebab Allah je yang tahu bila masa ajalnya kita sampai.
Pokok
pangkalnya sekarang, saya dah penat menaip. Akhir kalam, betapa besarnya
kurniaan Allah terhadap nama yang saya pegang sekarang. Saya harap saya istiqamah dalam apa jua
kebaikan yang saya lakukan dan saya harap akan ada banyak lagi hikmah yang
menanti selepas ini. Keinginan saya, untuk jadi seorang bintu solehah yang berbakti
buat orang tua saya, untuk jadi umat Muhammad yang patuh akan suruhan Allah,
nak jadi muslimah yang baik buat sekelilingnya dan macam-macam lagi. Moga Allah
permudahkan. Hati ini masih lemah, iman masih enteng berkocak, akhlak masih
50-50. Moga terus kuat yaa. *tepuk bahu sendiri*