HOME ABOUT QISH CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Tentang Sobat..

Dia, sobat yang selalu ada
Sobat yang sudi mendengar setiap bait curahan kata
Sobat yang sentiasa mengiyakan apa saja yang kuungkap
Sobat yang menjadi tempat mencurah rasa
Sobat yang melihat setiap lelehan air mataku yang selama ini menjadi rahsia
Dia sobat yang menjadi kesayanganku..

Tidak pernah kukisah bila saban hari aku dengannya
Aku tinggal sebilik dengannya
Aku tidur sekatil dengannya
Aku makan sepinggan dengannya
Aku minum segelas dengannya, dan
Aku berkongsi apa saja dengannya..

Kerana dia sobat yang setia selalu denganku
Dia saja yang memahami diriku
Nafas kami selalu senada
Jalan kami selalu beriringan
Fikiran kami selalu terdetik perkara sama
Dan citarasa kami jarang sekali berbeza..

Doa dan pintaku sepenuh jiwa
Agar nanti kekal bersama kita hingga akhirnya
Walau masing masing sudah punya rumahtangga dan keluarga
Namun sobat tetap tak akan aku lupa
Akan selalu dirimu sobat di dalam hati dan ingatanku..

Buatmu sobat hanya satu pesanku
Ingat daku dalam segenap doamu
Jika aku masih kau kasihi
Mengenalmu sangat membahagiakan diriku
Kamu lah sobat dunia akhirat.. 

Saya sayang ama kamu Nabeela sobatku.. 

2:41pm, 16 Mac 2012.

Entri Kusut.


Assalamualaikum warahmatullah..

Tatkala Qish memulakan tulisan ini, jiwanya sangat serabut dan penuh dengan seribu satu kekusutan. Ya.. Saya hanya salah satu dari hambaNya yang tidak terlepas dari rasa serabut yang hadir pada masa tertentu. Sememangnya rasa ini tak disukai. Memang sangat dibenci. Tapi apakan daya kalau dah namanya manusia, takkan lengkap hidupnya kalau tiada ujian.. Kann? 

Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 12:54am, 24 Mac 2012. Astaghfirullah al azim.. Sejak kebelakangan ini hidup Qish memang penuh tekanan. Tapi tekanan itu benda positif sebenarnya. Okay.. Memang ya sebenarnya.. Huhu. Tekanan mengajar kita lebih menghargai masa, lebih menyayangi diri kita, lebih tekun melakukan sesuatu perkara dan lebih menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup kita. Konklusi dia, saya sedang sangat tertekan, penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat, dan saya rindukan keluarga saya. Saya sangat tertekan dengan kehidupan semester ketiga saya di Unisel sekarang ni. Jari pun sangat tertekan agaknya hingga ia tanpa henti menari memuntahkan kata-kata. Allah..

Kepuasan.. Itu yang saya mahukan. Saya mahu peluk Mama, luangkan masa dengan Mama dan adik adik sepuas puasnya. Kepulangan saya ke rumah setiap minggu tak bererti saya dapat meluangkan masa saya sepenuhnya dengan keluarga tersayang. Minggu akhir sebelum final exam sangat padat dengan tugas saya sebagai Costume Manager/Head of Costume/Costume Designer untuk role play kami yang menjadi major assignments untuk subjek Literature semester ketiga.

Saya mahu meluangkan lebih lagi masa buat diri sendiri sepuasnya. Saya tak puas lagi dengan kehidupan saya. Ya.. Itu sangat menekankan sebenarnya. Banyak sungguh distractions yang mengganggu. Sungguh kalau diberi peluang, mahu tinggal sahaja di rumah, luangkan masa sepenuhnya buat memuaskan diri saya, err.. Tapinya tak mungkin.. Huhu.

Kiranya kalau yang membaca ini dapat membayangkan betapa kuatnya tekanan saya sekarang, dan anda rimas dengan tulisan saya yang penuh tekanan ini, sila fahamkan yang saya sedang menulis untuk diri saya sendiri. Tidak pernah meminta kamu untuk membaca sepatah sepatah tulisan saya kiranya kamu tidak berminat pun untuk ambil tahu. Yes, I'm advising myself. Entry ini hanyalah luahan rasa. Apapun Qish, jangan putus asa dengan apa yang ditakdirkan buat kamu. Berhenti mengeluh dan terus mengeluh seakan kamu tidak redha dengan ujiannya. Berhenti Qish! Berhenti..



Jiwa.

Jiwa manusia
Kadangkalanya kuat
Kadangkala boleh jadi terlalu lemah
Itulah fitrah jiwa manusia.

Tidak selalunya di tempat yang sama
Sama dengan diriku
Emosi aku rapuh
Mudah jua menitiskan air mata
Selalu saja mahu menangis bila mana aku rasa lemah.

Jangan kau pertikaikan air mataku
Jangan kau berani menilainya
Kerana kau bukan di tempatku
Hanya aku yang mengerti perasaanku
Biarkan aku terus hanyut dengan rasa hatiku
Asalkan aku tidak mengganggu dirimu
Dan asalkan aku masih punya batas dan ingatan padaNya Yang Esa.

Biarkan aku tersungkur menangis disini
Jangan kau bantu, jangan kau toleh jika kau letih melihatku
Aku tak pernah meminta simpatimu
Mahupun aku tidak pernah merayu pujukkanmu.


Persetankan aku..

1:26am, 23 Mac 2012.

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2020